Wednesday, April 25, 2007

Berakit ke hulu berenang ke tepian...

Aku datang dari keluarga yang miskin walaupon bukan kais pagi makan petang , kais petang makan malam.Makan pakai pon ala kadar sahaja.asal ada.bak kata pepatah melayu lah, daripada cempedak baiklah nangka, daripada tiada, baiklah ada..tapi sebab aku masa tu berada di zaman kanak2 riang, maka aku tak ambil hirau sangat la apa yg berlaku di sekeliling aku.Yang aku tau, main..main..dan main..then bila lapar balik makan,bila letih tidur.

Aku teringat lagi, masa sekolah rendah, mak aku jahitkan beg sekolah utk aku, baju sekolah pon dia yg jahit.terer jugak mak aku ni…beg sekolah pon dia boleh buatkan.kalau la kasut sekolah dia boleh buat, mesti aku dah pakai dah kasut buatan tangan mak aku ni..eheh..mungkin ini adalah anugerah Allah pd mak aku…pandai menjahit.so takde la duit byk dihabiskan nak beli beg sekolah, baju sekolah.aku yakin, kalau mak aku boleh buat beskal, mesti aku takde la jalan kaki gi skolah..heheh ni kalau mak aku baca ni mau dia sekeh aku bertubi2 ni…


Setiap pagi gi skolah, mak aku bekalkan aku dua posen utk aku beli makanan masa lunch nanti.doposen jeee??sket nyeeee…memang sket la dan kalau zaman skang ni apa la nilainye doposen tu kan..kat umah bersepah doposen merata2..nampak sgt betapa tak bernilainye doposen tu bila kita dah berduit ni..tapi aku tak penah protes pon..sebab aku rasa doposen tu besar nilainya..terutamanya utk anak miskin mcm aku ni..berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian, bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian.

di sini aku nak bitau nilai doposen masa aku skolah dulu.ni skolah kat kg..so doposen tu boleh beli mcm2 benda..kat kantin skolah aku, nasi lemak harga seposen.byk woooo…ada sambal ikan bilis dgn separuh telur rebus…kenyang la makan. Kalau sekarang ni nasi lemak mcm tu dah berapa harganya?singgit kan …n then harga air minuman lima sen!!uii..murah kann…and ada balance lagi 5 sen kan..yg tu aku simpan la..aku menabung..balik skolah aku masukkan 5 sen dalam tabung buluh yg ayah aku buatkan utk kami setiap sorang. Ayah aku memang menggalakkan anak2 dia menabung.sehari 5 sen..kalau setahun?2 tahun?sket2 lama2 jadi bukit..

masa aku darjah 2, kami semua berpindah ke kg ayah aku…so aku pon kena la tuko sekolah. Sungguh tak best la..sebab sekolah ni agak jauh dari kg aku..n then tak boleh jalan kaki..kena naik basikal. Kalau tak, mau patah kaki aku nak berjalan..jauh..lebih kurang 2 km dari kg ayah aku..sekolah di kg mak best sebab sekolah tak jauh dari umah aku…jln kaki dlm 15 min sampai lah..n then environment kat sekolah pon best…dgn pokok2 besar…dgn cikgu2 yg best…kawan2 yg memang ku kenal sedari kecil..makanan kat kantin pon sedap2 dan murah2..sungguh best lah..

so bila dah pindah sekolah ni kenalah aku menyesuaikan diri dgn sekolah baru, kawan2 baru, cikgu2 baru…semuanya baru lah…mula2 aku tak suka lah.. tak best sgt…aku jadi malas nak g skolah..nak ponteng je ..tapi tak boleh sebab mak aku garang..bab2 pegi sekolah ni dia strict sket…so kena la aku gi jugak dalam keadaan yg tak best..aku memang rindu giler kat skolah lama..cikgu2 yang comel…kawan2 aku…kenangan aku masa kat kg lama aku..memang aku tak suka sgt la kg ayah aku ni..tapi apa kan daya..aku ni anak kenala ikut mana ayah aku nak pindah kan…aku pon tatau apa sebab nak pindah, sedangkan kami dah bahagia duk di kg lama..takpe la..aku kanak2 tak kose aku nak pk semua tu..yg pasti, aku nak aku enjoyyy mcm biasa..yeahhh..

masa aku darjah 3, mak aku telah menugaskan aku untuk belajar berniaga kat sekolah.task pertama aku ialah menjual maruku.adoi la..ni yg lomah lutut den ni..aku malas la nak jual2 ni..lagipon aku tak biasa la nak menjual ni.dalm family aku, dari kakak aku yg sulong sampai ke abng aku dorang semua tolong mak aku jual kuih2 or kerepek2 kat sekolah.so mak aku nak turunkan ilmu berniaga ni kat aku la plaks…aku pada awalnye agak keberatan nak menjual.sambil tolong mak aku goreng maruku dgn separuh hati, aku bagi mcm2 alasan la kenapa aku taknak jual maruku kat sekolah.mak aku cakap…cuba dulu…lama2 nanti biasa…

Kat sekolah aku tu dah ramai budak2 menjual ni.sebab tu aku malas.lagi satu, sebab utama ialah aku malu la..aku segan.nak menjual2 ni..aku taktau mcm mana nak cakap kat kawan yg aku ni ada maruku utk di beli..takkan aku nak cakap …yo kawan2 semua..mari mariii….ada maruku baekkkk punyeee…mari beliii….harga murahhh..seposen sajaaaa..’..isk..tak terkeluar kat anak tekak aku ayat2 mcm tu..ni mcm orang meniaga ubat kat pasar malam saja..

Hari pertama aku bawa maruku ke sekolah..aku diam je..aku tak cakap apa2 pon kat kawan aku..susah la nak buang rasa malu dlm diri aku ni..berat betul mulut aku nak bersuara kat kawan2 aku kata aku ada jual maruku…masa aku tgh belek2 plastik maruku dlm beg, kawan aku mcm perasan la..dia kata eh apa tu..aku pon cepat2 la tutup beg…kata takde apa2 lah..wahahaa…walhal kalau aku cakap tu maruku ..aku jual..mesti dia akan beli punye…chaiitt….apa ke seksa mulut ni nak cakap ntah..

Sudahnye sampai balik la aku tak cakap pasal maruku tu..masa balik naik beskal, aku duk pk apa alasan aku nak kasi mak, yg maruku dia aku tak jual..takut kena marah dgn mak, aku pon stop kat tepi jalan dan dengan penuh semangat aku habiskan 3 bungkus maruku…aku bukan kelaparan sgt..tapi utk mengelakkan mak aku bertanya soklan kenapa aku tak jual, baik aku panjangkan akal pk apa yg patut aku buat..

Sampai kat umah , aku dah agak la..mak tanya..’macam mana maruku?laku tak?kawan2 ramai beli?’..aku dgn pantasnye menjawab..’ala mak…laku 3 bungkus je…tu pon dorang hutang tak kasi duit lagi..’ aku buat la muka sedih2..mak aku pon senyum2 sambil cakap ‘ takpe la tu..ada jugak orang beli…haaa..mcm tu la meniaga..mula2 sikit..lama2 mesti ramai yang beli’…aku diam je tak berani nak pandang muka mak aku…kang dia perasan lak aku tipu dia..walhal 3 bungkus maruku tu aku balun sebab takut dia marah aku tak jual langsung…

Tapi sejak tu…aku dpt kekuatan utk menolong mak aku menjual kerepek2..kuih2 semua…sampai la hari ni..aku dah keje,,aku masih lagi berniaga kat office ni..jadi tauke kuih raya…kalau tak sebab maruku tu, belum tentu aku akan jadi tauke kuih raya mcm sekarang ni.terima kasih banyak2 pada mak aku sebab dialah maka aku jadi berani utk masuk dalam bidang perniagaan kecil kecilan ni.Terima kasih IBU!!

Sempena menyambut Hari Ibu pada 13th May ni, aku ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih yang tak terhingga pada IBUku yang sangat kucintai kerana mengajarku tentang erti kehidupan.Aku tau, aku anak yang paling nakal dan paling susah utk ditangani, tapi ko tetap sabar dengan karenah anakmu yang gila gila ni.I LOVE U SO MUCH IBUUUU!!!MUAHHH MUAHHH!!

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Tuesday, April 24, 2007

Persoalan mengenai KENTUT

S: Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?

J: Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut. Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut. Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan? Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.

S: Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?


J: Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar. Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut? Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak. Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.

S: Adakah betul kentut boleh menyalakan api?

J: Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

S: Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?

J: Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

S: Adakah kura-kura kentut?

J: Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.

S: Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?

J: Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.

S: Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?

J: Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan. Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut? Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:
a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.

S: Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?

J: Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

S: Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?


J: Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain...

FAQ ditaja oleh Pulasan.net

Tuesday, April 10, 2007

Bersyukur dengan apa yang kita dapat

Sewaktu aku bercuti kat Jakarta baru2 ni, aku tengok mcm mana rakyat kat sana bekerja utk mencari sesuap nasi.Macam2 depa buat.Kalau kat traffic lite tu, ada yg jual paper kat kita, magazines lah(playboy pon ada, aku nak beli, tapi segan la pulak), jual burung hidup pon ada. N ada budak2 pempuan yg pakai topeng n then depa mainkan alat muzik n jalan2 kat kita kot kita nak dengar..kalau taknak, kita geleng2 sajalah...kalau ada yg nak, depa nyanyi la...

imagine..tu masa tunggu kat traffic lite tu..nak tunggu lampu hijau...Depa sanggup bergadai nyawa hanya utn mencari rezeki halal.Kalau pegi Tanah Abang, ramai anak2 muda yang menjual donut, menjual air dari satu kedai ke satu kedai, dari satu floor ke satu floor. sambil menjinjing bekas makanan mereka menjerit2 menyebut 'Donut...donut..jus..jus'..Betapa mereka merebut peluang yang ada , selagi benda tu boleh buat duit, mereka akan buat.Aku angkat topi pada dorang ni.Tahu mencari rezeki yang halal, bukan mengemis atau meminta2 mcm yg ada di tempat kita ni.

Sebab tu la bila dorang datang sini, dorang bekerja keras sebab dorang tau, kalau tempat asal dorang, nak mencari peluang pekerjaan tu sgt la susah.

Memang rasa insaf betul la tgk keadaan mcm tu.At least depa tak mengemis kan..kat Jakarta takde pengemis sgt la..kaalu ada mungkin sket je kot(actually,aku tak jumpa langsung).Tak macam kat Malaysia.kalau ke Kotaraya ke Jalan TAR ke or even bila kita minum kat gerai2 pon ramai yg dtg menadah tangan.Kadang2 tu mcm taknak kasi je..tapi kasi jugak lah sebab bila pk kalau kita niat sedekah, duit tu jadi berkat.cuma aku tak suka betul cara mcm tu.Memang kebanyakan tu bukan rakyat kita.banyak golongan pendatang asing dari mcm2 ceruk rantau mcm dari Indonesia, Bangladesh, China dan negara2 Indochina.

Walaupon macam2 cara kerajaan cuba nak pantau kes pengemis ni, tapi keadaan mcm tak berubah lah.Malah makin ramai dan ramai.Pada aku, Pihak berkuasa Tempatan kena sentiasa memerangi kes pengemis jalanan ni sebab ini hanya menyemakkan mata yg memandang dan merosakkan pemandangan bandaraya kita.Buat satu pasukan yang hanya memantau kes2 pengemis ni.mesti lama2 bersihlah bandaraya kita dari pengemis jalanan.

Bila lihat cara rakyat Indonesia mencari rezeki di Jakarta, aku rasa bersyukur sangat dilahirkan sebagai anak malaysia.Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada sebab ada orang lain yang lebih menderita teruk dari kita di luar sana.Dengan macam2 dugaan yang Allah bg pada dorang seperti tsunami, banjir dan gempa bumi, kita sebagai rakyat malaysia seharusnya bersyukur sgt2 sebab kita bebas dari bencana seperti itu.

Bila tsunami melanda Penang dan Langkawi serta banjir di Johor sedikit masa lalu, kita dah rasa teruk, bayangkan di Indonesia, lagi byk bencana yang dtg.Dan belum tentu dorang mendapat bantuan yang sewajarnya sebagaimana kita di sini.Sangat mewah dengan mcm2 bantuan yang diberikan.Oleh itu bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Monday, April 9, 2007

Secretaries' week

Ni aku nak cite lah apa aku buat hari ni.

Hari ni aku diinvite utk pegi ke secretary's week luncheon kat Quality Hotel Convention Centre yg terletak kat level 7 di Sogo Shopping Complex.orang jemput aku pegilah walaupon secara hakikinye aku bukanlah secretary and keje akupon memang langsung takde kena mengena dgn bidang secretary nih.

Sebab yang perform tu Mawi & Rossa(bukan terra rossa tau) maka ramailah para seksiteri berdoyon2 dtg dengan pakaian yg setanding dengan artis2 lah..aku pakai biasa saja.takde la tetiba aku nak make up lah apa lah kan..mcm pakai pegi office hari2 lah.

Yang best bila host majlis(Dee) suh pi makan dulu la..sebelum mawi & rossa nak nyanyi, kena la isi perut dulu.tak syiok aaa depa duk pulun nyanyi kita duk pulun makan kan..nanti tak concentrate la kan...food sgt la ok.Buffet style.Aku tak suka sgt la buffet style sebab jenuh la nak Q panjang.maklumle semua orang berderu 'hurung' food yg disediakan.lenguh kaki.patut la lutut aku longgar, ni sebab berdiri lama sgt la ni (alasan).

And then satu lagi yg sebab aku tak suka buffet style bila secretary's week ni sebabnye meja sgt lah padat.nak berjalan pon susah la kerusi berlaga dgn kerusi.kalau yg kecik comel tu boleh la menyusup dgn mudah.Ni bila aku lalu, jenuh nak cover perut cover bontot.kononnye nak sopan la taknak nanti aku tersentuh kosi orang, orang tu dari duk elok2 terus terpusing 60 degree kan..tapi itulah yg berlaku.ni gara2 depa tak kasi laluan la.jenuh jugak la nak pusing jauh2 sebab table aku depan stage..food lak jauh di belakang sana.

So cara terbaik ialah, mengambil sebanyk mana makanan yg mampu n then cepat letak atas meja n then terus berlari semula ke tempat makanan utk ambil yg lain pulak.so bila balik kat meja penuh la meja dgn food.imagine, satu meja ada 10 orang.kalau sorang amik 3 pinggan, dah 30 pinggan atas meja tu..mak haii..tapi kena baut mcm tu..sebab malas nak ulang alik ulang alik pegi belakang everytime food dah kosong dlm pinggan

Kalau ala-carte senang ..sebab depa yg serve kita.tak perlu kita nak menyusup merangkak pegi amik food kan.Takpe la..makan sajalah benda free..apa nak bebel kan..

Apa yang aku nak tekankan di sini lah kan(cess baru nak masuk isi2 penting, tadi intro saja) ialah, betapa beruntungnye secretary2 sebab dorang ada hari utk meraikan dorang.untung woooo...n then aku perasan la kan..ni kalau kat office aku la kan..byk betul function2 yg involve para secretary ni..Kalau bosses day pon depa pegi(boss tak pegi pon eventho' ti hari depa), malam gala jelita la apa lah...byk la..dlm setahun aku rasa lebih kurang 4 ke 5 function lah yg involve secretary ni.see...betapa untungnya jadi secretary ni kan...mcm aku la kan..keje accounts department..takde pon hari mcm accountant's day ke apa ke kan..atau kalau keje admin ke..takde pon hari utk administrative's day ke..boleh kita lihat di sinilah betapa pentingnye kerjaya seorang secretary tu.

Tapi aku tgk kat office aku la kan...dorang takde la keje apa sgt..lebih byk handle personal boss lah ..kalau office matters tu mcm amik minutes of meeting ke mcm tu la...memang depa ni mcm '2nd wife' boss la kan...apa2 mesti refer kat depa la spashy kalau kita nak jumpa boss ke apa...

Bottom line, aku sgt appreaciate lah sapa yg keje as secretary ni.aku tau kdg2 keje depa bukan semudah yg kita sangka.Letih jugak tau nak handle boss ni tambah2 boss yg jenis sawan tak kira masa..yg jenis fussy..ikut kepala dia saja..seksa wooo...so memang aku salute la kat depa2 ni.

To all secretaries, Happy Secretaries' Day!!