Thursday, July 24, 2008

Misi

Satu : Alhamdulillah berjaya juga misi yang satu itu. Lepas ni kalau Potel nak melekat lama kat situ...nak tido kat situ pon aku faham. Benda baru ..biasa la.. :)

Dua: Semoga kami selamat dalam perjalanan pergi dan balik ..Aminn...

Tuesday, July 22, 2008

9/10

Sesungguhnya 9/10 rezeki itu datangnya dari dunia perniagaan..mmm..bila agaknya aku nak meraih rezeki 9/10 tu?mmm...mmmm..
selagi tak buat apa2 terima sajalah 1/10 tu...mm..mmmm...

Tuesday, July 1, 2008

Salam Takziah

Buat UL, salam takziah diucapkan atas kembalinya ayahanda tercinta ke rahmatulllah hari Jumaat lepas.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang2 yang beriman.Amin ya rabbal alamin.
Buat UL, tabah menghadapi dugaan ini dan sentiasa berdoa utk kesejahteraan arwah di dunia sana

Buat Rozi, salam takziah diucapkan atas kembalinya adinda tercinta ke rahmatullah semalam.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang2 yang beriman.Amin ya rabbal alamin.

utk kita yang masih hidup ini, beringat dan beramal lah selagi hayat dikandung badan. Kita semua adalah BAKAL MAYAT yang bila2 masa saja akan dijemput malaikat IZRAEL ke dunia yang kekal abadi.
Sentiasalah bertanya pada diri sendiri, sudah cukupkan amalan ku selama ini??atau aku hanya mengumpul dosa demi dosa setiap hari? Berapa keraplah lidahku menyebut Lailahaillah?berapa kerapkah lidahku menyebut Subhanallah?berapa kerapkan lidahku menyebut Astaghfirullah?

Peringatan ini adalah utk diri sendiri dan semua sahabat. Semoga kita menjadi BAKAL MAYAT yang sentiasa mengingatinya di saat senang mahupun susah. Amin ya rabbal alamin.