Friday, September 26, 2008

Salam Aidilfitri

Buat semua sahabat2 muslimin dan muslimat, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap.

Selamat balik kampung dan berhati2 memandu.

Tuesday, September 23, 2008

Penat

Aku penat.

Puasa penat. Kerja penat. Lepas berbuka penat. Pendek kata penat penat penat!

Macam mana nak jadi tak penat?

Aku tengok mak. Dari aku kecik sampai aku boroi mcm sekarang. Mak macam tak penat lah. Bangun seawal 4am lebih utk memasak sahur. Masak nasi, masak lauk. Kejutkan anak2 bangun sahur. Mak tak penat pon.

Lepas solat subuh mak bertadarrus. Menjelang fajar menyinsing, mak meninjau kebun kecilnye di tepi dan belakang rumah. Mak tak penat pon.

Mak merumput. Kalau tak pegang cangkul, mak tarik tarik rumput dengan tangan. Mak capai penyapu lidi. Sapu halaman. Sampah2 mak bakar. Mak masih tak penat.

Kemudian mak masuk dalam rumah. Mak kemas dalam rumah pulak. Mak sapu sampah. Mak kemas dapur. Mak ambil semua baju kotor. Mak basuh. Lepas basuh dan mandi, mak sidai kain. Kuatnye kederat mak.

Dari dulu hingga sekarang, aku tak nampak mak penat. Walaupon macam2 kerja mak kena buat. dari pagi sampai malam. Aku cuma nampak mak rebahkan badan sekejap lepas solat zuhur. Kadang2 dengan telekung masih di badan mak pejamkan mata. Tapi tak pernah aku mendengar keluh kesah dari mulut mak mengatakan penat.

Kini mak dah tua. Muka mak dah banyak kedut kedut. Tapi mak masih tak nampak penat. Masih gagah memaku pagar utk kebun kecilnya. Aku yang terpaku melihat pagar baru hasil kerja tangan mak. Kukuh. Kalau aku, tak jadi pagar agaknya. Habis lah kayu2 tu aku buat kayu api saja. Tapi mak tak, dia suka dan pandai menafaatkan benda2 recycle ni.

AKu tau mak penat. Tapi mak tak tunjuk kepenatan dia. Mak cekal. AKu rasa semua mak mak mcm tu. Kalau penat pon tak bersungut. Aku, merumput sekangkang kera pon rasa penat mcm keje angkat guni padi.

Boleh ke aku jadi macam mak?

Friday, September 19, 2008

berbuka di mana?Apaaaa??di officeee???kesiannn..

Dah lama rasanya aku tak melembutkan jari2 menitipkan bait bait ayat di sini. Aku sibuk. Perasan sibuk?Bukan..memang aku sibuk. Kerana sibuknye aku, tak sempat aku nak menjengah rumah hinggapku ini..dan tak sempat nak mencoretkan atau menconteng apa2 di sini.

Sibuk dengan urusan kerja. Urusan kerja=urusan dunia. Tapi kerja itu juga satu ibadah bukan. Maka, ada juga habuan di akhirat kelak sekiranya keikhlasan dlm bekerja tu ada.

OK ok..aku tatau nak tulis apa ni. Tapi aku seronok pulak nak menconteng di sini walaupon aku masih sibuk dgn kerja. Waktu sekarang sudah menunjukkan pukul 6.32pm. Maknanya kalau aku lanjutkan masa aku di ofice sejam lagi, sah la aku akan berbuka di sini untuk hari kedua.

Bukan sengaja atau suka2 nak berbuka di office. Apa kelessss berbuka kat office ni..aku sendiri mengelak untuk balik lambat sebab nak berbuka di rumah.

Ok la aku cerita la mcm mana aku boleh terperangkap sampai berbuka kat office ni. Kali pertama berbuka di office pada hari seluruh Selangor cuti. Nuzul Al-Quran. 2 hari lepas. Di waktu warga Selangor bergerak ke KL untuk membeli belah keperluan raya hinggakan menjadi punca kesesakan jalan di KL, aku bertungkus lumus menyiapkan kerja.

Diwaktu kawanku di KL mengomplen betapa sesaknye jalan sebab warga Selangor serbu shopping mall di KL, aku mengerah tenaga, otak dan minda untuk menyiapkan kerja di office. Hasilnya , aku berjaya berbuka puasa di office. Apa aku makan? Alhamdulillah. Kalau Allah dah tetapkan rezeki tu, jangan risau. Mesti ada.

Terima kasih kepada kontraktor yang menyumbangkan beberapa hamper kepada department aku kerana dengan adanya hamper tu la aku dpt menyumbatkan makanan ke mulut aku. Diwaktu orang lain sibuk menjamah nasi berlaukkan ikan bakar, masak lemak cili padi atau air bandung, aku sibuk memuatkan mulutku dengan kuih2 raya pelbagai bentuk dan rasa. Kalau orang lain makan kuih raya waktu hari raya, aku dah awal2 lagi merasmikan kuih raya waktu berbuka.

Untuk mengenyangkan dan mengetatkan lagi perut aku yang sememangnya mempunyai banyak ruang kosong ini, aku dengan pantasnya memanaskan megi mee perisa kari. Maka riuh rendahkan pantry dengan bunyi bunyian slurpp slurppp dek kesedapan menjamah megi mee.
Sambil minum soya bean sempat aku sumbatkan mulut aku dengan maruku.

Hasilnya..aku berjaya meneruskan kerja sampai pkl 10.30 malam...balik rumah pon dah terhuyung hayang..Namun sempat menunaikan terawih sebelum badanku terhempas di atas katil dan tidur tanpa mimpi.

Mmmm...apa aku nak berbuka hari ni? Baru tadi dapat lagi satu hamper setinggi pokok krismas..mm..mm..adakah hamper itu bakal menjadi mangsa perutku?adakah?tungguuuu....

Mencari Lailatul Qadar

"Sesunguhnya
Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah
kamu apakah malam kemuliaan itu. Malam kemuliaan itu lebih baik dari
seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat
Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu
(penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (QS al-Qadr [97]: 1-5).

Antara kelebihan malam sepuluh terakhir Ramadhan ialah :

1. Rasulullah s.a.w memperbanyakkan ibadah pada malam sepuluh terakhir ini melebihi daripada malam-malam sebelumnya. Hadis Aisyah r.a : “Rasulullah s.a.w apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah dari isteri-isterinya.” - Riwayat BUkhari & Muslim

2- Iktikaf pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.

Rasulullah s.a.w sentiasa melazimi iktikaf di sepuluh malam terakhir Ramadhan ini dan sekalipun tidak pernah meninggalkannya, baginda beriktikaf bersama-sama isteri-isterinya ketika baginda hidup dan sesudah wafatnya. Disunatkan memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca Al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa, menghadiri majlis ilmu, mendalami ilmu agama seperti hadis, tafsir, sirah dan sebagainya.

3- Malam Lailatul Qadar

Pada malam sepuluh terakhir terdapat satu malam yagn dinamakan Lailatul Qadar.

1. Diturunkan Al-Quran pada malam ini. Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada Lailatul Qadar.” - Al-Qadar 1

2. Lailatul Qadar adalah terlebih baik dari seribu bulan, firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan.” Al-Qadar 3

3. Malam yang disifatkan oleh Allah s.w.t sebagai malam penuh keberkatan. Maksud firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya Kami turunkannya (Al-Quran) pada malam yang diberkati.” - Al-Dukhan

4. Pada malam ini juga diturunkan pada Malaikat dan para malaikat tersebut telah turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini

5. Pada malam ini juga Allah s.w.t telah menetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” - Al-Dukhan 4. Urusan yang penuh Hikmah menurut Imam Fakhrurrazi ialah pada malam itu Allah s.w.t menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

6. Allah s.w.t mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam tersebut dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan

Bilakah berlakunya Malam Lailatul Qadar ini?

Rasulullah s.a.w ada memberikan kita “klu” melalui maksud sabdanya : “Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.” - Riwayat BUkhari & Muslim

Sabdanya lagi : “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir.” - Riwayat BUkhari

Jika diteliti dari kedua-dua maksud hadis tersebut, kita akan dapati malam 23, 25. 27 dan 29 paling menepati malam-malam ganjil yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah s.a.w tersebut dan pada 10 malam terakhir inilah Rasulullah s.a.w menggandakan ibadat beliau.


Selamat beribadah kepada semua!

Sunday, September 14, 2008

Entry pendek

Sebenarnya bukan tiada isu utk menulis. Ada. Tapi lebih menjurus kepada soal politik yang makin berkecamuk sejak akhir akhir ini. Namun ku tahan diri untuk menulis tentang itu.

Kebebasan utk bersuara melalui blog juga sudah tidak seperti dulu terutama apabila melibatkan soal politik. Pada aku, sebagai rakyat malaysia kita berhak menyuarakan pendapat kita. Baru komen atau kritik pemimpin negara, sudah kena ISA. Dengan alasan boleh mencetuskan suasana sentimen perkauman lah..apa lah.Walhal sebagai rakyat tidak bolehkah sedkiit kita nak mencuit pemimpin. Kalaulah apa yang pemimpin buat itu betul, rakyat tak kanlah nak kritik yang bukan bukan.Ok lah full stop. bising pon tak guna. Tak pasal2 kena ISA.(Ikut.Suka.Aku)

Semoga termakbul

Semalam terasa seronoknya dapat berjumpa dan berbuka dengan ex boss dan ex colleague. Terasa seperti masih berada di kalangan mereka. Suasana yang penuh kekeluargaan. Suasana yang amat aku rindu rindukan sejak aku meninggalkan mereka 8 bulan yang lepas.

Sempat aku berbincang dengan ex-boss tentang sesuatu perkara dan alhamdulillah aku harap doaku yang tidak putus2 sepanjang ramadhan ini akan termakbul. Yang penting usaha dan tawakkal.

Thursday, September 4, 2008

Apabila berbuka sorang sorang

Semalam aku berbuka sorang2. Ajakan Potel utk berbuka bersamanya di office aku tolak dengan lembut. Aku banyk kerja. Aku balik awal semata2 nak elakkan jalan sesak dan dengan hasrat murni nak siapkan kerja offc di rumah.

Untuk menu berbuka, aku masak yang paling mudah sahaja, semudah ABC.Baked potato, burger grill dan scramble egg.



Hari ni aku masih fikir apa nak masak. Sesekali turun dapur menggantikan tempat si Potel seronok juga.

Wednesday, September 3, 2008

KL..Pendang...Jitra..

Menjelang puasa ramai anak2 muda berpusu2 pulang ke kampung halaman utk menyambut awal puasa bersama keluarga. Aku adalah antara mereka yang berpusu pusu itu.

Bibir tersenyum lebar apabila papan tanda untuk mencilok ke daerah kelahiran sudah terpampang di hadapan.



Kelihatan mesin padi melata di tengah sawah. Ya. Musim menuai sudah bermula. Bermakna apabila malam tiba, berperanglah dengan nyamuk2 yang sudah sedia menunggu mangsa. Ini yang tidak boleh tahan bila balik kampung sewaktu musim menuai. Penat menggaru garu satu badan akibat serangan nyamuk. Cara terbaik pasang kelambu. Ubat nyamuk sudah pasti wajib dipasang kiri dan kanan, ,depan dan belakang kalau tidak mau tidur terganggu.

Hujan yang turun menderu deru menimpa atap zink menghasilkan bunyi yang sngguh mengasyikkan. Sudah lama tidak mendengar deruan hujan yang turun menimpa atap zink. Bunyinya..ahh..membuatkan tidur makin lena dan badan mengerekot kesejukan.

Sebelum pulang ke KL, kami sempat memanjangkan langkah ke Jitra.

Antara pemandangan yang indah sepanjang jalan ke Jitra melalui highway.


Bertemu dengan seorang teman blogger yang tinggal di sana. Borak2 sambil makan cup cake yang sungguh enak buatan sendiri. Sayangnya, dek terlalu asyik mendengar celoteh si Potel dengan Cik Pretty pasal perabot lah kitchen kabinet lah shopping lah apa lah.. aku hanya sempat makan sebiji je cup cake.Uishh...rugi...rugii...patut aku minta Cik Pretty tapaukan cupcake sedap tu..Tapi segan lah pulak. Kami meminta diri untuk beransur apabila jam menunjukkan ke pkl 7pm.

Pulang ke KL selepas bersahur dan solat subuh. Tidak mampu menunggu waktu berbuka memandangkan keesokan harinya bekerja. Awal pagi kenderaan agak kurang di atas jalan. Pemanduan penuh lancar dan tepat pkl 10.30am kami sampai di KL.