Thursday, January 31, 2008

Sikap kita di jalan raya

Ye..hari ni aku nak mengupas pasal sikap kita bila berada di atas jalan. Tak kira la jalan highway ke jalan persekutuan ke jalan taman ke jalan kampung ke jalan ban pon termasuk la sekali.

Aku admit la, dulu masa aku zaman moda2 dulu..aku drive keta mcm jalan tu nenek moyang belah cousin atuk tiri aku yang punye jalannn...cehh..tak ngaku tu aku punye jalannn...aku takde la memandu membabi buta. takde la aku nak langgar babi melintas ke apa..cuma kadar kelajuan aku tu. Tapi ini hanya di highway saja lah. Jalan2 biasa aku memang pemandu yang sungguh berhemah.

Kekerapan aku memandu melebihi had kelajuan menyebabkan aku selalu menerima surat cheentaaa dari PDRM mengatakan aku melanggo peraturan jalan raya sekian2 masa sekian2 tempat. Dan aku menerima surat chentaaa itu dengan deraian air mata pelesuuu...cess...nangis tak mainn la...berani buat berani bayarr la kan..uwaaaaaa...rugiii betull la bayo samannn ni kan...abeh duittt ...haaa...padan muko kan. sapo suh bawak laju laieee...hamekkkk ko..!!

Aku pon tatau la nak kata mcm mana . Bila tangan dah pegang stereng tu mcm tak best je kalau bawak slow. Mcm orang tua bawak la..slow n steady. tapi di KL ni semua benda mau laju.faster...faster..kita bawak slow, habis la berderetan keta lain ada honnn honnn pinnn pinnn ponnnn ponnn kita...masalah jugak tu. geram wooo orang dok hon hon ni..hangin satu badan weyy..tu menghina namanya..perghh..ayat tak hengattt...so kdg2 tu kita jadi brutal ni bukan atas kerelaan diri sendiri. ni atas desakan orang2 lain tu la yang duk horn2 kita awat bawak pelan sangattttttt..(tu diaa..orang lain pulak yang kena..tapi betul la kan)

kadang2 tu bukan kita nak kata apa lah kan. Bawak slow pon masalah jugak kalau pemandu tu tanpa sedar diri masuk lorong kanan sekali. Tapi dia drive seolah dia tengah berada di dlm panorama Salem High Country gitu. Menikmati pemandangan kiri kanan, menghidup sruppp srupppp udara bersih di keliling. Masalahnya encik, encik sudah salah lane. lane nak hirup2 udara ka apa ka,nuuu..di belah kiri sekalii..tu tempat dia..bukan lorong kanan sekali. Lorong kanan sekali ni tempat orang yang ala2 tercirit birit dlm keta. bawak keta mcm tayar pon tak jejak jalan.

Aku penah jugak la berada di belakang orang yang bawak slow tak hengat dunia ni tapi duk kat lane kanan. Tapi dia relaxxx jee...Walaupon orang horn2 ke..dia steady je. mungkin dia sound trouble agaknye.So maafkan aje la orang mcm ni. Jalan terbaik, kena la potong ikut lane tengah atau kiri sekali. Ada jugak yang terslow lepas tu kena horn, terkedek2 dia nak bagi signal masuk kiri.kesian pulak tgk dia terkedek2 tu tapi sendiri mau ingat la kan.

Akan tetapi, bila dlm keta tu ada orang2 tua seperti mak kita, ayah kita, tau pulak kita nak bawak biasa2 saja. sebab kita pon taknak bawak laju2 bila ada orang tua dlm keta kita kan.ni aku la. Memang aku sungguh bersopan bila bawak mak aku. Walaupon hidung mendengus2 mcm hidung naga nak kuar asap sebab nak kena maintain slow kan..tapi sebab kita pikir keselamatan orang tua kita, maka automatically, peraturan jalan raya itu dipatuhi dengan penuh rela hati.

Mmm..itu cerita dulu. Cerita masa umur belum mencecah 30s. Now, bila usia pon dah menginjak ke alam dewasa(belum masuk tua lagi laa..), gaya pemanduan pon berubah. Aku perasan sgt la pasal tu. La ni kalau aku drive jarang la lebih 110 kalau kat highway pon. Unless kalau aku nak potong la, boleh la mencecah 120 tapi bila masuk lane tengah, jarum meter pon turun balik ke 110km atau pon kurang.

Kalau dulu, aku tak sabar2 nak sampai kg cepat2(dulu 4 jam aku dah sampai kg ), kali ni, aku lebih tenang, relaxx..tak perlu terkocoh2. Apa yang nak dikejar sangat?bukan kampung aku berubah tempat.Bukan mak aku lari sembunyi kat mana2 pon kalau aku sampai lambat. Takkan lari gunung dikejar. Bawak laju pon bukan ada motif apa2 pon.

Malah hari ni, aku menggunakan jalan alternatif utk balik ke kampung. kalau dulu guna highway direct dari Kl, kini aku ikut kuala selangor, sabak bernam, jumpa Lumut, then terus keluar ikut tol Changkat Jering. Di samping aku save duit toll dan petrol (sebab tak perlu nak tekan minyak sgt), aku juga boleh menikmati pemandangan menarik sepanjang perjalanan.

Mungkin mengambil masa agak panjang dari biasa, tapi aku puas. Walaupon ada masanya nak kena ikut bontot lori tanah ke lori balak, tapi kesabaran yang tinggi membuatkan kita takde masalah utk menangani hal itu.

Sikap SABAR memang penting bila kita memandu. Banyak kemalangan yang terjadi adalah disebabkan tiada sifat kesabaran, tiada sikap toleransi sesama kita. Kerana sikap kita, orang lain mungkin menderita. kerana sikap kita, orang lain mungkin hilang tempat bergantung.

Kalau hilang nyawa terus, itu kita tak boleh buat apa dah ajal,tapi ini ke kita nak kesudahan hidup kita? Tentu tidak bukan. Bagaimana kalau hilang sebelah kaki, hilang sebelah buah pinggang, hilang sebelah badan, bukankah itu menyulitkan orang yang hidup utk menguruskan kita yang dah jadi insan yang tak sempurna??

Apa2 yang kita buat pon , kena fikir orang sekeliling kita. Kerana kemungkinan sikap kita akan menjejaskan hidup mereka.


Kita ada peraturan yang perlu dipatuhi. Jangan ingat keselamatan kita saja. Ingat keselamatan orang lain sama. Oleh itu, sebelum memulakan perjalanan sama ada jauh ataupon dekat, baca doa naik kenderaaan,baca dua kalimah syahadah. Semoga kita dilindungi OlehNYA dari sebarang malapetaka.

Wednesday, January 30, 2008

J.U.J.U.R

Selalunya, bila kita berlaku jujur, ramai yang tidak boleh menerima. Malah tidak menyukainya.Malah lagi, akan mengutuk2 sifat jujur kita. Bila sudah kes mengutuk, tu maknanya dia tak nampak sifat jujur kita. Orang yang terus mengutuk ini, pendek fikirannya, pendek akalnya. Tanpa meyelidik dengan mendalam, berderet2 kutukan akan keluar dari mulutnya umpama bertih jagung yang sedang diproses. Macam la dia tu bagusss sgt kann....perasan bagusss ada la...hahahaha..!

kebanyakan orang lebih menerima sikap tidak jujur dari jujur. Sebab, jujur tu kadang2 satu benda yang sungguh pahit utk ditelan, untuk diterima. Sebab itu manusia lebih suka menyembunyikan kejujuran itu kerana ianya pahit kalau diketahui, kerana ianya biasa menimbulkan fenomena yang tidak sanggup utk dihadapi seperti cemuhan masyarakat.

Sepatutnye, kejujuran yang dipersembahkan itu perlu dihormati. Bukan dilaknati. Segelintir masyarakat, bukan mudah nak menerima kejujuran kerana ianya dipandang kotor, jijik. Contoh la, kalau seorang perempuan itu berkahwin dengan suami orang, mesti akan kawin senyap2, tempatnye sudah tentu di selatan Thai. kenapa tidak berlaku jujur memberitahu perkara sebenar?? Kenapa??? Ya..sebab takut kena sembelih dengan bini pertama. Sebab takut kena serang hendap dengan bini pertama. Sebab takut kena bom apa semua.

TAKUT. ye..sebab takut. sebab takut lah maka kejujuran itu disembunyikan. takut apa yerk?mmm...byk takutnye..antaranya takut orang kata kita ni manusia kejam lah,jahat la , tak mengenang budi la..atau pon takut sebab nanti hilang kawan..nanti kawan kata mcm2 kat kita, kira busuk nama la..mcm2 lagi jenis takut ni..cukup la sekadar menyebut beberapa jenis takut ni. di sini bolehlah kita concludekan orang tak jujur ni sebenarnye PENAKUT, PENGECUT...

Jujur pula adalah satu sifat yang baik. tapi ada sesetengah sifat jujur yang tidak dipandang baik oleh masyarakat. Contohnye bila seorang isteri/suami mengatakan dia tak boleh lagi nak melayari hidup dengan suami/isterinya. Dia nak hidup dengan orang lain. Dalam hal ini, kejujuran itu sudah tidak nampak wpon itu perbuatan jujur dengan memberitahu pasangan yang dia tak mampu nak hidup bersama. Tapi orang akan pandang itu sebagai satu kesalahan. bukan kecil, tapi besarrrr. ini adalah salah satu kejujuran yang tidak boleh diterima oleh kebanyakan orang walaupon itu perbuatan yang wajar. Orang sekeliling malah mengorek ngorek hingga ke akar umbi apa salah sijujur tadi. Hanya kerana memberitahu niatnya maka dia dipandang serong oleh masyarakat.

Mungkin orang lebih suka nak dengar berita macam ,si polan kena tangkap basah dengan pasangannya. si polan ditangkap oleh bini sendiri sewaktu sedang bermesraan dengan orang lain di dlam bilik air contohnya. Ini agaknye yang masyarakat kita nak kott..sebab, bila si polan secara jujur memberitahu dia nak bercerai utk menikah dengan orang lain, semua orang naik minyak salahkan dia, salahkan orang satu lagi. Walhal dia jujur tu. dia bersikap terus terang. Tapi ramai yang tak boleh menerima sifat terus terang ni. Habislah sebakul, atau sepadang bola orang tu kena maki free saja. Tapi pahala orang tu banyak la kan..hehehe..

Tu la sikap segelintir masyarakat kita. Tau nak salahkan orang saja. Alih2 di belakang dia pon sama juga, main kayu patbelas dengan orang lain.kekekekeke..lawakk..lawakk..tak rasa ke mcm jilat ludah sendiri ke atau ludah ke langit terkena ke muka sendiri??hihihihih....

Kesimpulan yang boleh disimpulkan ialah, jujurlah dengan diri sendiri. bila kita jujur dengan diri kita, maka kita akan jujur dengan orang lain. Dan perlu diingatkan, tak perlu lah kita nak menyangkal kejujuran seseorang sekiranya kita sendiri tiada kejujuran.

Oleh itu, hayatilah bait bait lagu JUJUR yang dinyanyikan oleh Radja. Dalam maksudnya tu..

Jujur

Duhai kekasih pujaan hatiku
Apakah kau memberiku satu arti
Sedikit rasa yang bisa kumengerti
Bukan sumpah atau janji

Buktikanlah bila ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
O... Ho... O... Ho...

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
Selamanya

Tuesday, January 22, 2008

perbualan tentang Larra

Tadi, aku dapat call dari A

A: hallo..boleh cakap ke tu

aku: weyy hallo..mesti la boleh, takkan nak diam kott.

A: yo la mana tau kot kat office bz keje nak cakap pon tak boleh

aku: boleh ..boleh..hehe

A: weekend ni buat apa

aku: weekend ni?mmm...kejap nak pk..mm..aaaa...27th hari ahad tu , pagi nak ke umah kak M, sebab adik si N, mak si Miq tu la, adik dia ada buat project paper pasal nursery ni, so nak interview kak M ni la. malam tu plak aku dgn Potel nak pegi tgk AJL. alah..tiket pree..pegi je la..

A: wahhh..bestnyeee pegi AJL..selalu pegi ke

aku:selalu la jugak..kalau ada ticket pree orang nak kasi, aku pegi je lah..hehe

aku: sabtu tu lak, kami nak jejalan le pegi Toys "R" us kat midvalley nak tgk barang larra la..ko patut datang A tgk bilik dak Larra. kitorang dah decorate lawa2

A: ye ke..lahai rajinnye korang..ni mesti idea dak Potel la ni

aku:hah..sapa lagi..dia la..hehe

A:nanti mcm mana pepagi sapa akan nganto Larra?

aku: kami dah discuss semua dah pasal ni. pagi Potel akan hantar dia, balik pon Potel ambik

A: kesian la korang kena bangun awal2..mcm ni le A ingat A mula2 nak duk skali la, boleh tolong siap2kan Larra..A pon lepas tu boleh terus p keje je. nanti A tolong le korang basuh2 kain ke kemas2 rumah ke..hehehe

aku:lah..apa ke susah payah nak basuh kain bagai..tak payah..tapi A, mai la duk sini, bukan jauh pon ngan office tu haaa

A: A duk pon bukan tetiap hari la..dlm seminggu 3 kali ke..kesian jugak takut nanti tak terkejor korang dgn masa

aku:ala datang je..duduk je..kami tak kisah.Larra tu bukan orang lain dgn A :)pasal masa tu no hal la A.skang ni pon kami memang kuar awal pon p keje.so takde masalah..

A: korang nanti jangan pulak letak aku kat bilik bawah, duk sebelah dengan piyuk belanga semua ..hahaha

aku:Cess...ko duduk le dlm bilik Larra...ada ke nak duk kat bilik yang penuh dgn barang dapo tu..apa le ko A..cesss..bilik dak Larra tu memnag tempat ko nak istirehat ..tu pasal kami pulun deco lawa2..

A:haaa..tu la tak sabo2 nak tengok leeee...

A:nanti kalau Potel keje malam mcam mana? A ada bincang dgn B, kami ingat nak letak maid kat rumah korang. takde la korang susah payah sgt nak kemas ke apa ke..sebab Larra dah ada kat sana kan

aku:uiii..takyah le A bab2 maid ni..kami boleh je uruskan Larra tu..kalau Potel keje malam, dia balik dlm 5 pagi, kalau dia sempat, boleh dia terus anto Larra ke nursery pagi tu, kalau tak, aku pon boleh sebab aku pon memang bangun awal. nanti petang, Potel boleh amik Larra. kalau dia tak dapat, aku leh p amik.no hal punye..

A:ko balik keje pukul berapa

aku:selalu aku balik lepas maghrib, dlm 7.45pm gitu,sampai umah dlm 8.30pm. alah..Larra boleh aje letak kat rumah kak M sementraa aku pi amik..bukan orang lain pon kak M dgn aku.

A:tak menyusahkan korang ke

aku:iskk..apa nyusahkan pulak..kami ni lagi la tak sabo2 nak tunggu Larra masuk rumah tau...hehe

A:so maid tu tak nak la?

aku:eiiii..taknak le A maid2 ni..buang duit je la.nak bayo bulan2 dah berapa. nak kena p imegresen lagi la..uii..letihh wwooo..tak payahh...kami tak mooo..

A: ok kalau mcm tu, nanti kita discuss balik yea

aku:yo la...kalau ko free, datang le rumah nanti..

A:insyaAllah..ok la..pegi buat keje..sorry le mengaco ni..hehe

aku:hehe..takpe..ok bye.

A:bye..


Lagi 10 hari dari sekarang..1..2...3..4..5...6..7..8..9...10..kau akan terpacul di muka pintu, dan kami menghulurkan kedua belah tangan menyambut kedatanganmu..

Monday, January 21, 2008

Mari menjolokk.

Malam tadi kami ke steven, atas jemputan kawan.

Dah lama kami tak ke sana.

Sampai sana, aku order nasi goreng sotong. Rindu weh. Dah lama tak pekena. Potel hanya order roti canai saja memandangkan sebelum datang dia dah melantak dulu kat rumah.

Tujuan kami ke sana juga sebab nak main pool. Tangan dah gian nak menjolok buah di atas meja yang banyak lubang tu. Lepas makan, terus la kami menyerbu tempat yang dulunye sentiasa menjadi tempat persinggahan suatu waktu dulu.

Apa yang boleh ku kata. Tempat yang dulunye riuh rendah dengan pelbagai karenah manusia, sunyi sepi kini. Yang ada, kawan aku yang duk main sorang2 , kami dan juga sang cashier. Tapi telinga tetap rasa mcm nak pecah dek lagu2 yang dipasang oleh sang cashier. yang tu tak berubah lah. sama je mcm dulu.

Malam tu main 2 frame sajalah since kawan aku tu dah lama sampai. Kalau ikutkan napsu ni, mau lima nam frame kami bantai. Lepas main, kami lepak kat kedai depan pool.

Borak2. gelak2. Maklum dah lama tak jumpa. Bila dah jumpa, nak cakap pon tak nyempat2.Sorang habis sorang sambung. Seolah2 mcm esok tak keroje je.

Potel...ooo Potel...ko nak p main lagi tak?? Jangn ditanya dak Potel. belum habis tanya, dia dah angguk2 dahhh...

Si dia datang lagi...

Malam tadi dia datang lagi. Terpacul di muka pintu waktu aku dengan Potel siap2 nak keluar ke steven jumpa kawan.

Cantik.

Tapi mana la tuan dia ni. Bila tengok rantai comel dilehernya, tentu dia bertuan. takkan dia nak bubuh sendiri kot rantai tu.

Potel mcm biasa, terus mendukung dia dengan penuh kasih sayang. Dah selalu dia datang ke rumah kami tatkala kami bersantai tengok tv ke atau tengah makan ke. mesti dia muncul mengeowww ngeowww di depan pintu. Tak sampai hati pulak nak membiarkan.

Potel kata, bila dia teringatkan Sally, mesti si dia datang kemari. macam ada instint la pulok. semacam ingin mengubat rindu di hati Potel. atau seakan memberitahu pada Potel, patah tumbuh hilang berganti, ini dia datang kemari sebagai pengganti yang telah pegi. Akan tetapi dia milik orang. pasti tuannya akan tercari cari nanti di mana kah gerangan si buah hati.

Mmm..bulu2nya sungguh gebu sekali. semuanye kelabu.tentu tuan sidia ni menjaga dia dengan elok sekali. hari2 disyampoo agakye. sebab gebu bebenor. Aku kata kat Potel, tuan dia ni letak Softlan agaknye sebab tu gebu sangat.

Tapi peliknye, ke rumah kami juga nak ditandangnya. ke rumah kami juga nak ditujunya. Mungkin dia dah singgah di beberapa rumah. Mungkin rumah kami adalah persinggahan terakhirnya sebelum dia kembali ke rumah tuannya untuk beradu.

Kata Potel, kalau kucing selalu datang rumah, tu tandanya murah rezeki. Alhamdulillah.

Aku harap begitulah.

Thursday, January 17, 2008

Love is..

Love is
being happy for the other person
when they are happy
being sad for the person
when they are sad
being together in good times
and being together in bad times
Love is the source of strength


Love is
being honest with yourself at all times
being honest with the other person at all times
telling, listening, respecting the truth
and never pretending
Love is the source of reality


Love is

an understanding so complete that
you feel as if you are a part
of the other person
accepting the other person
just the way they are
and not trying to change them
to be something else
Love is the source of unity


Love is
the freedom to pursue your own desires
while sharing your experiences
with the other person
the growth of one individual alongside of
and together with the growth
of another individual
Love is the source of success


Love is
the excitement of planning things together
the excitement of doing things together
Love is the source of the future


Love is
the fury of the storm
the calm in the rainbow
Love is the source of passion


Love is
giving and taking in a daily situation
being patient with each other's
needs and desires
Love is the source of sharing


Love is
knowing that the other person
will always be with you
regardless of what happens
missing the other person when they are away
but remaining near in heart at all times
Love is the source of security



Love is the source of life

Happy Birthday Sayang

Sayang,

Happy Birthday! Semoga Allah panjangkan umur sayang, semoga Allah murahkan rezeki sayang, Semoga hidup sayang lebih bahagia dan lebih bererti.

Happay Birthday Sayang!!

Monday, January 14, 2008

Menghitung hari

Busy. Ini saja yang boleh ku katakan keadaan aku sekarang ni.

Tapi, aku suka. Aku happy. Busy pon tak apa lah. Asalkan aku bahagia dengan kerja aku.

Tempat baru, environment baru, kawan baru.

Semuanya serba baru.

Apa yang boleh aku katakan, di sini adalah tempat aku. Aku suka dengan kerja baru aku. Semangat aku membuak buak. Semangat yang dulunya hampir hilang , kini muncul balik. Aku harap inilah tempat yang betul untuk aku mencari rezeki sesuap nasi,InsyaAllah.

Ni nak cerita kisah semalam.

Semalam pagi, awal2 lagi aku dan Potel bergerak ke rumah Larra. Dah 2 minggu tak visit dia. Wah..makin comel la dia..Kulit dah la gebu. Macam nak gigit2 saja. Aku tengok Potel mcm dah hilang akal sebab geramkan si Larra. Asyik mengetap2 gigi je bila acah2 si Larra. Aku pon sama jugak sebenarnye. si kecil yang tembam pipinye, yang bulat dan kental isi2 lengan dan pehanya, sapa tak gerammm..

Awal february, Larra akan tinggal dengan kami. Tak sabar nak tunggu tarikh keramat tu. mesti kelam kabut kami nak mengatur jadual pagi kami. Kena bangun awal. Nak siapkan Larra lagi, kami lagi. Lepas tu tugas menghantar dan mengambil Larra akan digalas di bahu Potel. office dia tak jauh dari nursery yang menempatkan Larra kami.

Pada awalnye keadaan mungkin agak sedikit kelam kabut. Yang pasti kami sudah sedia menggalas tanggungjawab ini. Sekian lama kami menunggu tiba juga akhirnya tarikh itu. Semoga kami dapat menjadi Mama dan Ummi Larra dengan baik.