Friday, August 29, 2008

Larra permata hati

Aku mengambil kesempatan ekoran waktu rehat yang panjang hari ini utk melawat permata hatiku, Larra Jasmine.

Ternyata sikecil molek ini sudah pandai berposing apabila dihalakan lensa handphone ke arahnya.

Yang paling menggembirakan hati ini, bila melihat saja wajahku tersembul di muka pintu, dia melentikkan badan dari pangkuan mummynya meronta ronta minta aku mengambilnya. Ahh Larra..manakan mampu aku menahan rasa rindu ini wahai prmata hatiku. Gelagatmu sungguh mencuit hati.

Nah.! disni aku selitkan beberapa gaya manja darinya.





Salam Ramadhan

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam

P/S: Kepada sahabat2 semua mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap samada disengajakan ataupon tidak.Semoga ibadah kita di bulan ramadhan mendapat keberkatan dan pahala yang berlipat kali ganda. amin ya rabbal alamin.

Thursday, August 28, 2008

Apa ada pada SUMPAH

Kecik kecik dulu sumpah ni menjadi mainan bibir bila kita cuba menegakkan kebenaran utk diyakini oleh teman teman sepermainan.

"Sumpah aku tak amik duit seposen ko “…antara kata bersumpah bila dituduh kawan amik duit seposen dia..

"Sumpah aku tak ngendap nenek ko mandi" …antara sumpah bila tuduhan liar dilemparkan.

Pendek kata, sumpah ni dah glamour sejak zaman kanak2 lagi.

Yang lebih menarik tentang sumpah ni..”ko tak caya, ni aku tulis kat dahi..alif lam lam haaa, kalau aku tipu aku berdosa”…punye la nak tunjuk yang dia berkata benar sebenar2nya.

Ataupon yang tak percaya tadi akan kata ‘ aku tulis alif lam lam ha kat dahi ko , ko tipu ko berdosa “sambil menggayakan jari2 utk tulisan alif lam lam ha

Maknanya dari kecik2 kita dah biasa dengan sumpah sumpah ni. Sampaikan ada binatang yang dinamakan sesumpah. Ini tatau la kalau dulu dia ni manusia ..kemudian dia derhaka kat mak dia. Kemudian mak dia sumpah dia. “aku sumpah ko jadi binatang”..maka anaknya pon jadilah binatang dan dinamakan sesumpah. Mungkin la kot asal usul nama dia mcm tu. Ni aku reka reka saja. Sumpah aku reka je cite ni…uis..nak sumpah jugak tu.

Bila dah menjengah ke usia remaja..zaman bercintan cintun..kedengaran sumpahnya begini pula..”sumpah yang..hanya you yang I sayang..hanya you yang I mimpi tiap2 malam ‘…

Atau begini sumpahnya kalau ada perbalahan “sumpah I tak main kayu tiga…dia yang kejip kejip mata kat I dulu, I tak kejip balik pon kat dia ..percayalah aminah..cinta I hanyalah untuk you sorang”

Bila dah menginjak ke alam dewasa..melangkah ke gerbang perkahwinan…dari sumpah utk taat setia mungkin sampai ke sumpah seranah sebab bini tak masak sedap ke…bini malas basuh baju ke atau laki tak kasi duit nafkah ke…atau..apa2 saja…asam garam rumahtangga…macam macam sumpah ada..

“sumpah yah…dia tu office mate abang je..bukan kekasih abang..mana yah dengar benda mengarut ni”

“sumpah abang tak kawin lagi yah oiii…hanya yah dan anak2 sajalah tempat abang bermanja “..ni sumpah lelaki manja yang ada hati nak kawin lebih ..

Ingat cerita si Tanggang yang derhaka pada mak dia? Mak dia sumpah dia jadi batu kan. Adakah ini cerita benar?sumpah aku tatau…huhu..sumpah lagi…

Dan kini, sumpah menjadi bualan ramai apabila sumpah menjadi mainan politik. Sumpah pon dah dipolitikkan. Nampaknya sumpah menjadi mangsa keadaan. Digunakan oleh orang2 tertentu untuk tujuan tertentu.

Depa mcam tak takut untuk bersumpah. Kata2 yang aku biasa dengar “ jangan bersumpah nanti akan dimakan sumpah”..ooo…sumpah ada mulut rupanya..boleh makan tu..dah mengarut dah aku pon..

Pada aku la kan..kalaupon benar berkata benar, apa perlunya sumpah. Kalau pon orang menuduh bermacam macam tuduhan,sekiranya benar kita tidak lakukan, apa perlunya sumpah. Kita tau kita ni benar. Nak bersumpah apa lagi. Ok la. Sebab kalau tak sumpah, kebenaran itu tidak menyakinkan. Maka kenalah bersumpah. Terpulang pada diri masing2 lah.

Sumpah adalah kata2. dan kata kata itu adalah satu doa. Oleh itu fikirkanlah risikonya sebelum ingin melafazkan sumpah terutama apabila ia membabitkan sumpah atas nama Allah SWT.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita. Aminn ya rabbal alamin.

Monday, August 25, 2008

Balance Sheet of Life

Our Birth is our Opening Balance
Our Death is our Closing Balance
Our Prejudiced Views are our Liabilities
Our Creative Ideas are our Assets
Heart is our Current Asset
Soul is our Fixed Asset
Brain is our Fixed Deposit
Thinking is our Current Account
Achievements are our Capital
Character & Morals, our Stock-in-trade
Friends are our General Reserves
Values & Behavior are our Goodwill
Patience is our Interest Earned
Love is our Dividend
Children are our Bonus Issues
Education is Brands / Patents
Knowledge is our Investment
Experience is our Premium Account
The Aim is to Tally the Balance Sheet Accurately.
The Goal is to get the Best Presented Accounts Award

Saturday, August 23, 2008

Isu caca merba

Semalam petang sewaktu aku dalam perjalanan pulang ke rumah sambil mendengar berita di Radio Bernama, PM umumkan minyak turun 15 sen berkuatkuasa malam tadi dan juga ditekankan bahawa penurunan harga minyak ini tiada kene mengena dengan agenda politik dan pilihanraya kecil di Permatang Pauh tidak lama lagi. Alhamdulillah, walau apa pon sebab musababnya, baguslah minyak turun walaupon harapan utk melihat penurunan harga barang ekoran penurunan harga minya adalah agak mustahil .

Teori ekonomi hanya diguna pakai apabila minyak naik. Maka harga barang naik. Tetapi, sekiranya minyak turun, harga barang yang dah naik tadi maintain tak turun turun sampai bila2.

Kerajaan mengatakan kenaikan dan penurunan harga minyak adalah berdasarkan pasaran harga dunia. sekiranya minyak naik lagi, maka harga petrol di sini akan berubah selari dengan kenaikan harga minyak dunia. Bagaimana kalau dalam masa sebulan dua tiga kali harga minyak turun naik. Adakah kerajaan akan sentiasa mengubah harga minyak? Kalau ikut apa yang dikatakan oleh kerajaan, sepatutnye begitulah.

Katalah harga minyak naik lagi selepas ini. Maka harga barang akan naik. Dan sebulan kemudian, harga minyak turun mendadak contohnya, harga barang tidak akan turun. Maintain mcm itu juga. Yang merasa perit susahnya adalah rakyat yang majority mungkin tidk mempunyai kenderaan yang terasa sgt dengan kenaikan petrol.

Kebanyakan rakyat marhain kita anggaplah mempunyai sekurang2nya sebuah motosikal.Dan kita tau margin kenaikan atau penurunan harga minyak ini utk pemilik motosikal tidaklah terasa sangat di bandingkan dengan kenaikan harga barang2 di pasaran yang naik mencanak canak selepas itu. Jadi yang parahnya ialah masyarakat golongan bawahan. Tidak terikut lagi arus kenaikan harga ini yang semakin hari semakin parah.

Disebabkan kenaikan harga barang yang mendadak dan masalah kekurangan beras di pasaran, maka kempen memakan kentang pula dilaung laung oleh kerajaan sebagai menggantikan nasi yang sudh menjadi makanan ruji sejak azali. Kiranya sekilo beras boleh dinikmati oleh sebuah keluarga katalah dalam masa dua hari contohnya. Bagaimana dengan sekilo kentang? berapa biji dapat?Sebiji sudah cukupkah mengenyangkan perut seorang petani yang tugasnya memerlukan makanan berat utk kerja2 di sawah? Sudah cukupkah mengenyangkan perut sang buruh kontrak yang kerjanya melibatkan kekuatan fizikal?

Berapa lama kentang boleh tahan? sehari?dua hari?masuk hari ketiga sudah lembik ketuek. Tapi beras mampu bertahan beberapa lama dan dengan secawan beras boleh di makan oleh beberapa ahli keluarga dibandingkan sebiji kentang yang tak cukup pon utk makan seorang!.

Aku tak tau la sapa yang syorkan kempen kentang ganti nasi ni. Mungkin keadaan akan berbeza sekiranya kita adalah pengeluar kentang terbesar di dunia. Maka nak ganti kentang dari nasi itu tidak menjadi masalah. Tapi kita ni sebagai pengeluar beras pon kita masih tak mampu nak tampung utk seluruh rakyat malaysia, masih kena import dari negara negara jiran. Inikan pulak kentang yang perlu diimport dari negara luar yang memerlukan belanja yang bukan sedikit.

Cuba bayangkan apabila kenduri kawin semua menu adalah kentang.Ye la kita disarankan mengganti nasi ke kentang kan. Maka bersinsing lengan baju lah makcik makcik mengupas kentang berpuluh bakul untuk dimasak kentang beriani, kentang rendang tok, kari kentang, kerabu kentang dan kentang goreng berlada.

Nanti akan timbul pula issue subsidi kentang la apala.Tetap aku merasakan syor ini sangat kelakar dan akan hanya menambah cost dan unjuran perbelanjaan yang lebih besar. Dan akhirnya syor ini menemui kegagalan.

Kita tunggu pula Budget 2009 yang dikatakan oleh Timbalan PM adalah buah tangan terbaik utk rakyat. Kita tungguuuu 29 August ini buah apa yang kerajaan nak beri pada rakyat ni. Tungguuuu...

Wednesday, August 20, 2008

Kisah dan Teladan

Kisah yang ingin kupaparkan di sini adalah kisah benar yang cukup menyayat hati. Ini adalah antara siri kisah kisah benar yang kubawakan dari kampong halamanku sendiri. Tujuan pendedahan cerita ini bukanlah untuk membuka pekung atau memalukan mana mana pihak. Bukan juga untuk tujuan agenda politik. Bukan. Serious bukan. Dan tidak perlulah aku sampai kena bermubahalah atau sumpah laknat semata-mata ingin membuktikan kebenaran ceritaku ini. Walaupon aku tiada di tempat kejadian, namun aku mempunyai alibi alibi yang boleh membuktikan kesahihan cerita ini. Bukan seorang, Bukan dua orang, Bukan tiga orang, Tapi satu kampong!!..Sesungguhnya kebenaran itu adalah sesuatu yang pahit dan sukar untuk diterima.?Namun ia adalah untuk memberi pengajaran dan teladan kepada kita semua.

Cerita ini dibawa dari mulut ke mulut umpama cerita rakyat dan merupakan cerita lisan yang tidak pernah dibukukan. Maka tidak perlulah mencari hingga ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk rujukan. Memang tidak ada.

Baiklah. Tanpa membuang lebih banyak masa dan tenaga utk menaip bait bait kisah sedih ini ku mulakan dari sekarang!!

Tersebut al-kisah di sebuah kampong yang diberi nama Kampung Majapahit yang terletak di sebuah daerah di Utara tanah air. Adapun nama kampong tersebut bukanlah diambil sempena nama Kerajaan Majapahit di Sumatera sana yang terkenal dengan kisah puteri jelita Radin Galoh Cendera Kirana. Tidak… Bukan… Sebenonye aku pon tak tau la macam mana kampong tersebut mendapat nama sedemikian rupa.Kita lupakan dulu kisah asal usul nama kampong ni. Mari kita lihat dan meneroka kehidupan masyarakat kampong ini.

Penduduk kampong ini rata ratanya berkerjaya sebagai pesawah atau penanam padi. Maka tidak hairanlah kalau di lihat dari jalan besar, kampong ini seakan akan sebuah pulau yang dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau. Sayup mata memandang. Kiri kanan depan belakang sawah padi semata mata.

Di antara penduduk kampong tersebut, ada sebuah keluarga yang agak senang hidupnya. Kerana di samping mempunyai sawah untuk dikerjakan, mereka juga mempunyai sebuah kedai runcit yang diusahakan. Dengan adanya kedai runcit tersebut maka mudahlah orang kampong membeli barang keperluan harian seperti tepung gandum, tepung pulut, ,tepung beras,gula, garam,ikan, sayur sayuran mahupon cikedis serta cokelat (gula2) buat kudapan anak anak.

Orang kampong tidak perlulah keluar jauh ke pekan untuk membeli barang memandangkan kedai runcit sudah ada dan ini lebih memudahkan mereka. Namun, keadaan ini tidak berapa menyeronokkan memandangkan stock di kedai tersebut ada kalanya stock lama yang sudah expired. Dan agak menggeramkan apabila duit baki sentiasa tidak cukup dipulangkan dan alasan yang diberikan “hutang dulu no..nanti mai beli apa2 tolak balik lah”..ya.. agak pelik keadaannya. Selalunya penghutang adalah pembeli, tapi di sini, terbalik la pulak. Pekedai menjadi penghutang kepada pembeli. Namun orang kampong tidak kisah. Lagipon memang hari2 beli di situ. Maka, tidak apa. Sikap tidak apa ni memang tebal di kalangan penduduk kampong memandangkan semuanya bersaudara. Bukan orang jauh. Saudara sendiri juga. Bukan tidak jumpa pon. Nak pergi mana dah memang tinggal di situ. Begitulah sikap orang kampong. Sentiasa bertoleransi dan bertolak ansur.

Pekedai tersebut mempunyai ibu bapa yang merantau di KL dan mencari rezeki dengan menjual kuih muih. Sekali sekala mereka akan ‘balik kampung’ menjenguk anak2. Di antara anak-anaknya, pekedai ini merupakan anak yang paling mereka sayang. Maka setiap kali pulang ke kampong, rumah pekedai inilah yang mereka tuju dulu untuk melepaskan rasa rindu dendam. Cukuplah dinamakan pekedai ini sebagai A.

A terkenal dengan sifat tangkai jeringnya. Apabila beliau ingin keluar ke mana2 beliau akan mengunci kedainya agar anak2nya tidak dpt masuk untuk mengambil makanan ringan. Beliau beranggapan ini akan mengurangkan keuntungan apabila anak sendiri mengambil tanpa membayar.

Tidak hairanlah pokok jambu dan mangga yang tumbuh meranum di depan rumahnya pon dia boleh buat untung seratus peratus . Ini kerana apabila anak2 jiran datang utk mengait buah tersebut, dia akan menjual dengan harga sebiji 30 sen. Sifatnya sungguh berlainan dengan penduduk kampong yang lain yang tidak kisah sekiranya ada anak2 kecil ingin mengambil buah di pokok mereka. Ambillah. Makanlah. Kerana buahnya banyak dan tidak luak puan kalau budak2 makan sebiji atau dua biji pon. Kita sendiri bila sudah ada pokok rambutan, durian , manggis di tepi rumah, selera makan buah biasa saja. Tapi pada A, ia tidak begitu. Setiap benda perlu dibayar.

A juga terkenal dengan sifat yang sungguh berjimat cermat. Betullah apabila terlampau berjimat, maka kita akan menjadi sedikit bakhil. Hatta, anaknya sendiri yang berjaya masuk universiti pon dia tidak mahu mengeluarkan sesenpon wang untuk membiayai pengajian si anak. Katanya, anak yang perlu memberinya wang, bukan dia yang perlu keluarkan wang untuk anak2. Maka anak tersebut tidak jadi ke universiti dan terus mencari kerja untuk menampung kehidupan seharian.

Seperti kebanyakan orang kampong yang lain, setiap kali padi dituai mereka akan mengadakan kenduri kesyukuran atas limpahan rezeki dari Yang Maha Kuasa. Begitu juga dengan A. Namun majlis kenduri yang dianjurkan oleh A seringkali menimbulkan suasana yang kurang menyenangkan.

Apabila kenduri musim durian, maka durian yang disajikan isinya kurang elok, sudah masam, ada yang berulat dan tidak sanggup kita nak masukkan dalam mulut pon. Apabila kenduri masak gulai ikan talang, maka ikan talangnya tidak dpt dimakan disebabkan kualiti yang agak teruk dan hanya layak utk di makan oleh ayam2.Ini kerana beliau membeli durian yang murah tapi isi yang sudah tidak elok, Ikan talang beliau membeli dari pekedai cina yang memang dah nak buang ikan tersebut. Di sebabkan boleh dapat seecara percuma maka beliau sanggup mengambil dan menjamu masyarakat kampong dengan keadaan ikan yang sedemikian rupa.

Apabila diadakan kenduri kahwin anaknya, lauk tidak pernah cukup kerana dia memang beli dalam kuantiti yang sedikit. Untuk menghilangkan rasa malu orang kampong kepada orang luar yang hadir, mereka mengutip wang untuk menambah daging lembu supaya semua yang hadir dapat menikmati hidangan. Pendek kata setiap kali majlis yang diadakan oleh beliau, ada saja perkara yang tidak kena berlaku. Sentiasa kecoh.

Berbalik kepada ibu bapa A. Setelah sekian lama merantau di tempat orang, maka mereka kembali ke kampong halaman untuk meneruskan sisa sisa kehidupan. Sementelah pula si ibu yang sering sakit2 dan sudah tidak larat untuk berjalan.Tempat yang mereka tuju tidak lain dan tidak bukan ialah ke rumah A. Mengharapkan kasih sayang anak untuk menjaga mereka di kala keduanya sudah tidak ada daya untuk berbuat apa apa. Di waktu itu A makin maju dengan mempunyai perniagaan membuat pelbagai jenis kerepek.

Namun kepulangan ibu bapa A ke rumahnya tidak menyeronokkan A dan isterinya. Isterinya seringkali merungut mengatakan ibu A seringkali menggangu dia membuat kerepek apabila si ibu meminta utk di papah ke bilik air dan sebagainya. Perkara ini juga tidak menyenangkan A apabila merasakan ibu bapanya hanya menyusahkan hidupnya. A lupa sewaktu beliau mengalami masalah kewangan, ibu bapanya lah yang menghulurkan bantuan kewangan .Duit hasil jualan kuih oleh ibu bapanya banyak diberikan kepada A yang sering meminta wang. Ini menimbulkan rasa kurang senag di hati anak2 yang lain namun kerana sayangnya ibu bapa A kepadanya, mereka tetap memberikan bantuan wang apabila diminta.

Keadaan kesihatan ibu A makin meruncing. Makan bersuap.Bangun ber angkat.Jalan berpapah.A tidak gembira dengan keadaan ini. A sanggup mengenakan charge bagi setiap makan pagi, tengah hari dan petang ke atas kedua ibubapanya. Sesuatu yang tidak terfikir oleh orang yang berakal waras. Tapi A sanggup. Beliau dan isteri sanggup tidak memasakan makanan sekiranya hari itu ada kenduri di kampong .Mereka sanggup membawa balik lauk kenduri untuk dijamu kepada ibubapanya memandangkan ianya percuma. A tak sanggup mengeluarkan wang hatta kepada ibu bapanya sendiri. Menyedihkan bukan.

Kemuncak kisah ini apabila A mengambil keputusan untuk menghantar kedua ibubapanya pulang ke rumah lama ibubapanya sebelum mereka merantau. Rumah tersebut memang sudah uzur dan hanya didiami oleh abang A yang tidak berapa sihat akalnya. Si ibu meronta2 tidak mahu dibawa pulang manakala si bapa terdiam tidak dapat berkata apa2. Terlalu sedih dengan layanan sang anak kepada mereka. Orang orang kampong mula datang seorang demi seorang apabila mendengar raungan sang ibu yang meronta2 tidak ingin dihantar pulang. Di kampong yang penempatannya berselerak, jarak dari rumah ke rumah sangatlah dekat. Hatta kalau bersin pon boleh didengar di beberapa buah rumah lain. Menandakan betapa dekatnya kawasan kejiranan di sini. Maka raungan sang ibu sudah pasti didengar dengan jelas oleh jiran jiran.

Suasana waktu itu sungguh mengharukan. Sungguh menyedihkan. Jiran jiran yang datang turut menangis merayu pada A agar membiarkan si ibu dan bapa tinggal saja di situ. Si ibu tidak lepas pegangan tangannya pada kaki A. Seolah2 seperti seorang anak yang memohon belas ihsan dari seorang ayah. Ahh..tidak tergambar oleh perkataan akan keadaan dan suasana waktu itu. Namun A tetap berkeras untuk menghantar pulang. Orang kampong sudah habis daya untuk menghalang A. Akhirnya si ibu dan bapa yang uzur itu dibawa pulang dalam keadaan yang sungguh mengharukan sesiapa saja yang berada di tempat kejadian. Sungguh tergamak A berbuat begitu kepada ibu bapanya yang membela beliau sedari kecil hingga besar. Sungguh tergamak dia.

Diberitakan selepas beberapa bulan kembali kerumah lamanya yang uzur itu, si ibu pulang mengadap Illahi setelah menempuh pelbagai kesengsaraan hasil layanan anak sendiri yang tidak mengenang budi itu.

Kisah ini diceritakan kepada aku oleh kakak dan ibuku. Sambil bercerita mereka tidak henti2 mengesat air mata kerana sangat tersentuh dengan kejadian yang tidak pernah di sangka itu.

Semoga kita mengambil iktibar dan teladan atas kisah ini dan jagalah ibu bapa sebaik mungkin sewaktu mereka masih hidup kerana pengorbanan mereka tidak terbalas oleh kita. Wallahua’lam.

Tuesday, August 19, 2008

Demi Matahari

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

Thursday, August 14, 2008

Kebaikan nyamuk

Arwah ayah pernah bertanya aku. Waktu itu umur aku dalam lingkungan 10 tahun. Selepas menikmati makan malam. Sambil ayah menggulung rokok daunnya, ayah melontarkan pertanyaan

“ Apa kebaikan nyamuk pada manusia?”..Spoantan pertanyaan yang keluar dari bibir ayah dan..aku terpempam..

Tak terfikir pulak nyamuk akan bagi kebaikan pada manusia. Yang dia bagi penyakit ada la. Denggi la malaria lah…kat mana kebaikannya pon. Memang kepala otak aku tak boleh nak cari kebaikan nyamuk.

‘Ada ke yah’..aku macam tak puas hati. Ayah senyum2 sambil hembus2 asap rokok daun dari bibirnya.

Aku ambil rokok daun ayah, gulung2..dan gigit ke bibir sambil mata pandang tepat ke muka ayah …masih fikir apa la kebaikan nyamuk ni.

‘Cuba fikir..apa kebaikan dia “..ayah seolah2 mencabar aku.

Bibirnya tak henti2 menghembus asap rokok daun.

Aku pandang ayah. Ayah mengemam ngemam pipi, sekali kemam dan menarik nafas dalam dalam. Maka berdesup desuplah asap2 keluar dari bibirnya. Ralit aku perati asap tu.

“Kalah la yah..tatau” aku surrender. Seolah2 pertanyaan ayah macam satu pertandingan. Tak boleh jawab maknanya kalah. Memang tak best betul kalau tak dapat jawab soalan ayah ni.

Aku renung ayah..menunggu jawapan. Ayah masih leka dengan rokok daunnya.

“Cepat la yah..apa jawapan dia.” Aku menjadi tidak sabar tengok ayah relax2 dengan rokok daunnya.

“Tu..kilang2 ubat nyamuk tu..tu antara kebaikan nyamuk pada manusia..kewujudan nyamuk bagi peluang pada manusia utk kerja di kilang ubat nyamuk. Bagi pendapatan pada manusia. Bukan kebaikan tu?” ayah macam menempelak aku balik.

Ye tak ye jugak. Sebab nyamuk yang bawa penyakit ni la, maka kilang2 ubat nyamuk tumbuh merata dan memberi peluang pada manusia mencari rezeki sesuap nasi. Memang aku langsung tak terfikir pasal tu.

Sebab tu kita, jangan hanya nampak yang buruk2 saja pada sesiapapon. Disebalik keburukan itu rupanya terdapat kebaikan yang tiada taranya. Dan belajarlah utk lebih bersikap positive. Tidak rugi apa2 pon.

Wednesday, August 6, 2008

Menjengah ke Makassar, Sulawesi Selatan-Part 2

Kami meneruskan perjalanan ke Horison Hotel lepas mengetatkan perut dengan sup2 yang sungguh menyelerakan.

Walaupon keletihan dan late check out tapi staff hotel melayan kami dengan layanan yang sungguh istimewa. Sempat berborak dan bertanya tempat yang menarik di sini. Maklum le kami main redah je datang ke sini dan sekadar utk melihat2 tempat orang.

Utk mereka yang berminat ke Makassar, aku suggest sila lah stay di Horison Hotel. Harga lebih kurang mcm di Malaysia utk hotel bertaraf 4 star iaitu RM180 semalam. Namun layanan baik sukar dilupakan dan tidak lupa juga makanan di hotel. Murah dan sedap.

Esoknya kami mengambil teksi utk ke Jalan Somba Opu, yang terkenal dengan toko2 emas berderetan dan juga toko kerajinan (kedai kraftangan). Jalan Somba Opu berdepan dengan Pantai Losari yang penuh dengan manusia bila tiba waktu sore utk melihat sunset. Jarak antara hotel dengan Jalan Somba Opu tidak sampai 5 minit menaiki teksi. Tambang sekitar Rp15 ribu kalau menaiki teksi dan Rp10 ribu menaiki beca.

Salah satu lorong di Jalan Somba Opu


Pantai Losari


Kami menyusuri toko-toko emas yang banyak terdapat di sini. Turun naik harga emas di sini berdasarkan turun naik USD. Naik USD naiklah harga emas. Harganya murah sedikit dibandingkan dengan Malaysia. Potel sempat menyambar sebuah loket.Kalau sudah peminat barang kemas, ke mana pergi pon mesti nak membeli.Tak apa lah. murah sikit dari tempat kita. Tak beli kang termimpi2 pulak. So beli sajalah.

Kami kemudian singgah di Toko Tahir. Pemilik toko ini dikenali dengan nama Alufya berketurunan India. Sabar dia melayan karenah kami waktu tawar menawar. Di sini harga adalah tetap. Nggak boleh ditawarin lagi. Namun harganya sudah jauh murah walaupon tetap.

Sempat aku snap pic Alufya


Antara barangan yang dijual di Toko Tahir



Banyak jugak kami borong di sini. Barang kraftrangan,souvenir utk keluarga dan kawan2semua dibeli di sini saja. Memang rezeki utk Alufya hari tu. Sedang kami rancak memilih barang, masuk 3 orang lelaki umur akhir 40an. Rupanya dari Malaysia juga. Datang lebih awal sehari dari kami. Sempatlah berborak dan makin murah rezeki Alufya hari tu.

Makassar adalah antara destinasi yang baru dijejaki oleh Air Asia. Mungkin sempena Tahun Melawat Indonesia maka Air Asia secara tak langsung menolong promote tempat2 lain di Indonesia.

Alufya kemudian mencadangkan kami menikmati seafood di Rumah Makan Kayangan,sebuah restoran seafood yang terkenal di situ. Kami menaiki beca memandangkan kotak barang kami agak berat utk dikendong sambil berjalan. Mau peluh satu badan.

Rumah Makan Kayangan


Sayur kangkung, ikan berlada, sotong bakar dah ketam masak sambal menjadi hidangan tengah hari kami


dah kenyang makan..apalagi..balik hotel la rehatkan badan.

to be continued...

Monday, August 4, 2008

http://vege-licious.blogspot.com

Kepada penggemar makanan serta mereka yang berminat utk order vegetarian food atau apa saja makanan,sila visit http://vege-licious.blogspot.com (Lin's blog).

Friday, August 1, 2008

Menjengah ke Makassar, Sulawesi Selatan

Bertandang ke Makassar selama 3 hari 2 malam sebenarnye belum puas buat kami meneroka kehidupan serta adab resam dan budaya masyarakat di sana . Perjalanan ke sana mengambil masa selama 3 jam setengah dan kami mendarat di Hasanuddin Airport tepat pukul 7.50pm.

Kami meneruskan perjalanan ke Horison Hotel dengan bayaran aiport taxi Rp 91 ribu untuk jarak perjalanan lebih kurang 20km. Sempat kami meminta Pak Malek, taxi driver utk berhenti di mana2 warung buat kami mengisi perut yang sudah berkeroncong. Memandangkan Makassar majoritinye penganut Islam maka kami tidak perlu bimbang tentang makanan di sana.

Pak Malek membawa kami ke satu warung utk menikmati sup2 yang terkenal di sana seperti sup kikil, sup saudara, sup konro serta ikan bakar.

Warung Pangkep tempat kami menikmati sup kikil, sup saudara dan sup konro


Bila dah lapar..penuh la meja dengan makanan.


Makassar terkenal dengan sea foodnya yang agak murah dan juga makanan tempatan yang wajib di cuba apabila ke sana. Antaranya Coto Makassar. Bukan Soto yea..tapi COTO..bunyi mcm budak2 cakap pelat tapi memang itulah sebutan serta ejaannya.

to be continued...