Wednesday, November 12, 2008

Takde idea...

Dah lebih 2 minggu aku mengalami fenomena batuk yang melampau. Fenomena kebatukan ini tidak kira masa dan ketika. Waktu aku tengah makan, tengah borak, hatta tengah sedap tido sambil melayan mimpi indah pon batuk ini menyerang.

Aku belum pegi klinik walaupon dah berbuih2 mulut si Potel memaksa aku ke klinik. Ok aku tak pegi bukan sebab malas. Sebab aku makan juga ubat batuk yang masih ada tu. Di samping tu aku makan Intra. Dan tak lupa juga air kosong yang dah bergelen2 masuk dpt perut aku. Aku takle degil sangat bab2 makan ubat ni. Sapa nak sakit kan.

Minggu ni minggu yang agak kelam kabut utk aku. Minggu yang busy. Kena settlekan banyak benda. Semua kena buat sendiri. Inisiatif sendrii. Inilah dia, kalau rajin sangat nak tukar kerja kan. Maka tanggung sendiri lah kalau lepas ni masa untuk bersuka ria pon tak banyak mana. Tak apa lah. Aku ok. Baik busy dari takde kerja.

Thursday, November 6, 2008

Cerita apa yea...

Aku tenung lama2. Puas. Memang puas. Walaupon hasilnya adalah hasil amatur, tapi aku puas. Berapa liter peluh dah membasah bumi gara2 benda ni. Berapa kali aku kena mandi dan tukar baju gara2 nak menyiapkan benda ni. Berapa banyak kalori yang terbakar akibat berusaha keras merealisasikan impian kecil ini. Ahah...mcm le aku boleh kurus setakat benda sekangkang kera ni. Tak. Aku pon taknak kurus. Aku suka mcm ni. Bulat. Montok. Boroi. Kombinasi yang memang serasi utk aku. Dulu, kini dan selamanya. Biarkan aku maintain bulat, montok dan boroi. Aku ok. Sebab, mission accomplished!

Di dalam, masih banyak yang perlu aku lakukan. Tapi buat masa ni, dah ok. Aku tak sempat nak siapkan betul2 gara dipanggil utk bertugas. Ingat dapatlah berhoneymoon 2 minggu. Hanya sempat bertahan seminggu lebih saja. So masa yang boleh dicuri hanyalah weekend. Kalau boleh aku taknak tangguh2. Kerja bertangguh memang tak akan menjadi. Aku teringat kata2 Potel, kalau kita tangguh2 solat, segala hajat kita pon Allah tangguhkan. Jadi, kalau la kita lambat dpt apa2, kena renung diri sendiri balik dan tanya diri kita.."ada tak apa2 yang aku tangguh sampai hajat aku pon lambat sangat nak terlaksana?" .Ok..ni sekadar renungan dan kesedaran utk diri sendiri.

Minggu ini minggu pertemuan. Setiap perpisahan pasti akan ada pertemuan. Setiap kesedihan pasti akan digantikan dengan kegembiraan. Aku suka. Aku bersyukur. Berjumpa mereka yang suatu ketika dulu bergelak ketawa bersama, menangis bersama, dan siapa sangka boleh bertemu kembali. Mendengar namaku disebut2 kembali, adalah suatu yang aku sendiri tidak jangkakan. Inilah dia, aturan dari Allah SWT. Kita merancang, DIA juga merancang. dan sebaik2 perancangan adalah dari DIA yang Pemurah lagi Penyayang.Alhamdulillah.

Aku ni bukan penyedih orangnya. Tapi sesekali bila jiwa tersentuh,syahdu juga. Keluar juga air mata ni. Pensil. Ye. sebab Pensil lah air mata aku ni jatuh berlinangan membasahi pipi dan seterusnye mengalir perlahan jatuh ke baju dan ke bantal dah seterusnya membentuk peta di bantal itu. Sempat air mata tu terkena bibir dan termasuk sedikit ke dalam mulut. Masin lah!! Kenapa ye air mata masin? Sebab air mata ni asal dari garam ke? atau..sebab aku dah tua..dah banyak makan garam? Orang2 tua selalu cakap.. 'Aku makan garam lebih dulu dari ko"..ada kaitan tak dengan air mata?Ok..ok..aku dah mula mengarut ni..Tapi kan kalau aku jadi tua esok2..pangkat nenek..aku nak cakap la dengan cucu2 aku.."Nek minum susu ibu lebih dulu dari ko"..aku rasa ni lebih relevan dari garam la kan...baik cakap..makan nasik ke..sambal belacan ke..mmm....orang tua dulu2 cakapnya beralas. Ada unsur simbolik..garam melambangkan pengalaman yang luas..Kot...Ok ok..stop..byk melalut dah ni..Off topic.

Ok la. pasal Pensil. Sapa yang belum tengok cite Pensil. Tengok la. Memang touching giler khinzir. Tak percaya. Tengok dulu.

Syukur

Keras rasanya jari2 montok ini menekan2 keyboard gara2 dah terlalu lama tak menjenguk blog. Ye lah..dah bz sgt2..nak buat mcm mana.

Minggu ini minggu yang ceria utk aku. Untuk Potel juga. Alhamdulillah. Bersyukur pada Allah. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Subhanallah.

Semoga kami sentiasa dimurahkan rezeki olehNYA dan dipermudahkan segala urusan harian. Amin ya rabbal alamin.

Saturday, November 1, 2008

Kerabu kerang dan Ubi kayu rebus

Semalam, aku ke pasar borong Selangor. Potel ada pesan beli barang2 dapur di Balaji. Bawang besar, bawang putih, cili kering di rumah sudah di paras merbahaya. Kena tambah stock sebelum kehabisan.

Namun, agak memeningkan kepala juga apabila Potel menyuruh aku singgah di pasar membeli apa2 yang patut utk di masak tengah hari nanti. Selalunya ikan2 dan sayur2 semuanya diuruskan oleh Potel. Dia tahu mana tempat ikan yang murah, mana sayur2 yang murah. Sudah kenal peniaga2 di situ. Dan aku akan mengekor dari belakang dan bertugas membawa barang2 yang dibeli.

Semalam. Aku kena tentukan apa aku nak beli. Masalah jugak apabila sorang2 ni. Masalahnya aku tatau apa nak masak. Tapi aku sempat membeli 250 gram udang kecik. Hajat hati nak buat cucur udang petang nanti. Dah lama tak makan cucur udang. Kucai di dalam pasu dah subur sangat dan sgt sesuai utk dipetik dan dipotong utk dibuat cucur udang.

Aku kemudian berjalan ke bahagian ikan. aku tengok ikan tamban. Aku tenung ikan selar kuning kecik. Tu memang favorite aku utk digoreng. Ikan tamban aku dah lama sangat tak makan. Malas nak beli sebab tulang banyak sangat. Tapi kalau digoreng garing dan rangup, dengan tulang2 boleh dimakan. Aku ambil 5 ekor ikan tamban dan 10 ekor ikan selar kecik. Hanya RM2.70. Murah!

Aku meneruskan perjalanan ke gerai sayuran. Terus ke gerai Hj Shamsudin Dan Anak2. gerai ini sayurannya murah kerana diambil terus dari ladang mereka. Di situ aku buntu seketika. Aku nak masak sayur apa? AKu bukan peminat sayur. Aku lebih suka ulam ulaman. Tapi kena fikir pasal Potel juga. Dia suka sayur. Fikir punye fikir, aku terus minta taugeh tiga posen, sedikit kacang botol. kesemuanya berjumlah tujuh posen. Kelakar pulak bila beli sayur kurang dari seringgit. Aku yakin aku sorang je pelanggan yang beli sayur punye sket.

Banyak2 pon sapa nak makan. Hanya aku dan Potel saja di rumah. Lagipon bila kami membeli, kami akan pastikan ia dimasak dan dimakan pada waktu itu saja. Tak perlu simpan. Nanti tak makan. masuk dalam fridge. sampai berhari2. Kemudian buang saja bila sayuran dah kekuningan. Kan membazir tu.

Aku kemudian singgah membeli kerang sekilo serta santan kelapa. Sempat aku beli 2 batang ubi kayu. Dah lama aku tak makan ubi kayu rebus cicah dengan kelapa parut yang digaul dengan gula. Teringat zaman kecik2 bila mak aku selalu rebus ubi kayu.

Aku kemudian memanjangkan langkah menuju ke kedai belakang beli sedikit kerisik dan kepala parut. Aku nak buat kerabu kerang campur taugeh dan kacang botol serta ulam raja yang tumbuh subur di rumah. Dah lama pon tak makan kerabu kerang ni.

Hasilnye pada tengah hari semalam aku berjaya memasak kerabu kerang dan ikan goreng. Walaupon kerabu aku tak sesedap kerabu mak, tapi bolehlah nak makan. Untuk mengalas perut yang semakin memboroi ni.

Dan petangnya kami menjamah ubi kayu rebus cicah kelapa parut digaul dengan gula.