Wednesday, May 27, 2009

Koperasi

Kebelakangan ini kesibukan aku bertambah.

Kerja sudah menjadi kebiasaan. Kini, aku perlu menolong menguruskan hal2 koperasi keluarga yang baru ditubuhkan.

Buat permulaan, perlu mendapatkan keahlian sekurang2nya seramai 50 orang. Juga tandatangan. Alhamdulillah semua dalam proses. Cuma untuk mereka yang tinggal berjauhan aku perlu meminta mereka courier borang tersebut memandangkan masa tidak mencukupi utk aku berjumpa mereka. Ya..nun jauh di utara..Untuk balik, merugikan masa , wang ringgit dan tenaga. Masa yang diberikan sekitar kurang dari 2 minggu. Jadi kena guna pendekatan yang lebih effektif.

Walau apa pon semuanya boleh dituntut semula. Simpan segala resit untuk memudahkan urusan.

Terus terang aku merasa amat teruja. Mengenangkan aktiviti yang bakal dijalankan. Bermacam-macam lagi yang bermain di benak fikiran.

Hakikatnya, bukan mudah.Buat permulaan, perlu menyediakan kertas kerja untuk suatu aktiviti di Melaka. InsyaAllah minggu ni aku dan Potel akan menguruskannya. Kami perlu bertindak segera. Masa tidak akan menunggu kita. Umpama pedang. Akan mencantas apabila kita leka.

Namun, masih banyak yang aku perlu clarify dengan SKM. Kami masih baru. Jadi perlu tunjuk ajar.

Membuka koperasi bukan seperti membuka sebuah kedai runcit. Koperasi adalah milik bersama. Sesiapa yang menyuntik modal, dia layak mendapat keistimewaan seperti ahli yang lain. Jadi kebajikan ahli tidak boleh dipandang ringan. Juga kerjasama semua ahli amat2 diharapkan demi memantapkan kedudukan koperasi sekaligus menolong ahli menjana pendapatan masing2.

Inilah impian allayarham ayahanda tercinta. Beliau banyak memberi semangat pada anak2untuk saling bekerjasama untuk kepentingan keluarga, anak2, cucu2 dan generasi akan datang.

Kalau semasa beliau masih ada, tabung keluarga ditubuhkan untuk kemudahan semua anak2. Kini anak2 merealisasikan satu lagi impiannya. Semoga ayahanda tenang di sana dan ditempat di kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.

Dan aku...akan terus berusaha dan berusaha..aku tidak mahu ketinggalan...aku mahu merealisasikan impian aku sebagaimana impian ayahanda yang sudah terlaksana. Tinggal kami yang perlu menguruskannya.

Wednesday, May 13, 2009

soalan yang susah nak jawab

Setiap kali balik kampung...setiap kali terjumpa orang2 kampung..terutamanya hari raya..soalan cepumas ialah..bila nak kawin.

Bila nak kawin..mm..soalan yang susah nak bagi jawapan. Mana kita tau bila kita nak kawin. Kita mana tau apa jadi esok,lusa...tulat..

Ok la..to be fair n square.. kita boleh tanya balik kat pemberi soalan..bila nak mati? sama saja..kita tak tau bila kan..issuenya sama.benda yang kita tatau bila.

tapi ada bezanya..kawin, kita tatau kawin ke tak kita ni (pada yang bujang lagi la)..even yang dah kawin pon tatau ntah2 dia akan kawin lagi ke..kan..kan..cuma kita disarankan berusaha...lepas tu tawakkal..ada jodoh, ada..takdak jodoh,takdak..simple kan..life ni simple je..jgn complicated kan..nanti serabut..wohoo..

ok..pasal mati..ye kita pon tatau bila..tapi tetap akan mati kan...haa..itu beza dia..yang satu kita memang tatau langsung langsung..yang satu lagi kita tauuuu...cuma masanya je yang kita tatau...

Ya..pada sesetengah or kebanyakan orang, issue kawin adalah issue yang sensitive. pertanyaan tentang kawin akan membuatkan seseorang itu merasa jauh hati. Terutama pada mereka yang sudah berusaha tapi belum menemui jodoh.Kalau awalnya bercerita sambil gelak ketawa menderu2..mungkin bila persoalan ini ditimbulkan, beliau jadi passive..diam..kurang bercakap..bisu....sedar tak sedar..air jernih mengalir..dicelah lubang hidung..ceshh..hingus rupanya..cesssss...

Apa yang aku nak cungkilkan di sini ialah..umumnya masyarakat kita adalah masyarakat yang suka mengambil berat. baguslah. ambil berat bagus. berapa byk penimbang kat rumah dia tatau la. Maklumlah pengambil berat katakan.

Tapi jangan terlalu ambil berat sangat. Berpada2 la sikit.Ini boleh merimaskan orang. Namun..kita tak boleh nak halang orang tanya pasal apa2 saja dengan kita. Ye la jumpa pon setahun sekali. Maknanya hanya sekali setahun aje la dia ambil berat pasal kita kan..ok la tu..kasi chance lah...yang penting..pandai2 la sediakan jawapan..kalau sama mcm tahun lepas pon takpe..asalkan ada jawapan.kan...

Dan satu lagi..pernah kah kita jumpa orang yang tanya kita bila nak mati? wahh..soalan yang tak terlintas di fikiran. Bayangkan apa jadi agaknya kalau kita utarakan soalan ini pada makcik2 di kampung yang suka sangat mengambil berat itu? apa agaknya reaksi mereka yea. Bukan mau memulangkan paku buah keras atau buah lembut..tapi kalau di tanya begini, apa jawapan nya?

mungkin ini jawapannya "hang ni awat duk tanya benda pelik2 sgt ni..."hang ni dah buang tebiat ka?atau..ishh..ada ka tanya mcm tu.dah takdak soalan lain ka"..atau..'hang dah gila ka apa.."..atau yang lebih sadis "hang ni kena sawan khinzir ka apa.."atau yang paling last sekali 'kuang hajaaaqqqq hang nooo'..tu diaaa aihhh..

yea..persoalan tentang mati semua orang taknak sentuh..taknak tanya..cuba bayangkan kalau kita panggil kawan kita 'bakal mayat'...apa reaksi dia?marah?tentu la..kenapa la kita gatal2 pergi panggil dia panggilan maut macam tu. Tapi bila fikir2..betul tak kita ni bakal mayat?fikir tengok..betul la kan..memang bakal...cuma tatau bila akan jadi..tapi akan jadi..tu namanya bakal.

macam pasangan yang bertunang lah..kita panggil bakal pengantin. tentu tersipu2 malu kalau kita panggil mereka begitu..maklum la..bunyinya sungguhh sweett..sebab tu senyum nya pon simpul mati punye senyum...tapi kalau kita tukar bakal mayat..mau di hempuknya kita.Bukan apa..bunyinya gerun..gerunkan bunyi bakal mayat ni..sapa pon takmo disebut begitu..walaupon hakikatnya..memang inilah panggilan buat kita yang masih hidup.

dan soalan tentang mati ni pon kita hanya dengar di ceramah2 agama..jarang orang membuka persoalan tentang mati di dalam topik perbualan mereka kerana ini topik yang berat yang boleh buat muka seseorang dari kembang atau tegang jadi kecut atau kedut seribu.Takut..memang takut.

Ok la..disebabkan aku pon takut..maka topik ini berhenti di sini saja.Buat peringatan kita semua, beramal lah seolah2 esok kita akan mati. Semoga Allah panjangkan umur kita agar dapat lah kita menyediakan bekal yang mencukupi untuk kembali ke tempat yang kekal abadi di mana kita tak akan mati selama lamanya.

Mak

Boleh dikatakan hampir setiap pagi aku akan call mak. Sewaktu memandu ke tempat kerja tangan aku gatal mendial number mak. Aku sentiasa rindukan suara mak. Ketawa kecil mak kedengaran dihujung telinga aku setiap kali aku buat lawak bangang. Tapi mak ketawa tak macam aku. Tak terbahak2 macam aku gelak. Tak golek2 macam aku. Kalau mak tak tahan sangat, mak akan ketawa sambil menekup mulutnya dengan tapak tangannya yang kecil itu. Serious..tak penah aku dengar mak ketawa kuat2.

Sewaktu aku masih tinggal sebumbung dengan mak. Bila menonton cerita cina yang kelakar bangang, aku akan memuntahkan ketawa yang tidak kurang kuatnya. Dan mak, dengan lembut menegur aku. Kuat sangat gelak. Teguran yang lembut itu ku balas dengan wajah yang masam. Kenit hati aku. Mak tegur aku gelak kuat. Sudahnya, aku menonton cerita lawak bangang tu dengan menahan ketawa. Tanda protes aku kecil hati dengan teguran mak. Ntah apa apa aku ni kan. Ye zaman kecil. Zaman protes. semua mak tegur semua tak kena.itulah anak kan..dan itulah cabaran membesarkan anak.

Bila dah kerja di KL. Nak balik kg selalu pon susah. Selalunya aku menjengah mak 2 bulan sekali. Kalau sibuk sangat 3 bulan sekali. Bayangkan setahun berapa kali saja dapat jumpa mak. Ajak mak datang sini tinggal dengan anak2 di sini bukan perkara yang senang. Setakat 2 minggu macam 2 tahun untuk dia. Tak boleh nak paksa dia. Jiwa dia kuat di kampung. Suasana di kampung tak sama dengan sini. Mak sekarang dah bela ayam kampung. Dah beranak pinak anak ayam dia. Selalu jugak aku mengintai2 telur ayam kampung mak. Kalau ayam kampungnya bertelur sempat jugak aku menyambar sebiji dua buat bawak balik KL. Saja. buat telur ayam kampung separuh masak. Kegemaran si Potel.

Maklah orang yang paling sibuk di dapur kalau kami nak balik ke KL. dibekalkannya dengan nasi lah, sambal lah dan berbagai jenis lauk. Belum campur dengan ketupat lagi kalau datang rajinnya. Nak menghalangnya pon tak guna. Kita taknak dia susah2 sediakan apa2. Di highway penuh dengan hentian R&R yang boleh kita mengalas perut. Tapi itulah dia mak. Dia taknak anak2 dia balik Kl dengan perut kosong walaupon sudah diisi padat sebelum bertolak.

Mak,
anakmu ini akan sentiasa menjengukmu walau sesibuk mana pon ia
anakmu tidak mahu menyesal di kemudian hari, hanya kerana sibuknya ia, ibu ditinggalkan kesepian di kampung.

Mak untung ada anak ramai.
sembilan orang satu angka yang besar
mak tak akan sunyi sebab..
setiap bulan anak mak akan balik menjenguk mak.
sorang balik sorang lagi standby..
kami anak2 mak tak akan biarkan mak kesunyian.
kami anak2 mak akan pastikan hidup mak sentiasa dilimpahi oleh kebahagiaan.
Walaupon arwah ayah dah lama pergi..mak tak akan sunyi kerana mak masih ada kami..

Mak,
bulan ni bulan utk meraikan para ibu..
buat mak...SELAMAT HARI MAK...SELAMAT HARI IBU..SELAMAT HARI MAMA...SELAMAT HARI MUMMY..

Walau apa pon panggilan ...jasamu membesarkan kami mak...tidak mampu kami balas..hanya iringan doa buatmu wahai mak yang tersayang..Semoga hidupmu sentiasa dilimpahi dengan keberkahan.AMinnn..

Friday, May 8, 2009

8 May 2009

Pagi yang indah. Hari yang penuh berkah.

Semoga hari2 mendatang sentiasa di dalam rahmatNYA.

Wednesday, May 6, 2009

Apabila aku merepek...

Di waktu dan ketika ini ..di saat saat kerja menimbun di depan mata..di ketika orang lain sudah bingkas bangun untuk memanjangkan langkah ke rumah..menandakan waktu pejabat sudah habis..aku masih di sini.

Tiba tiba aku mendapat idea untuk melatih jari jariku menari poco poco di atas keyboard ini. Ah..kerja tak akan habis. Perlu ada masa untuk diri sendiri juga. Contohnya, meluangkan sedikit masa untuk meng'update' blog yang dah lama usang ini.

Ada masanya di waktu busy macam inilah, idea tiba tiba melintas di fikiran. Jangan ditunggu lama2. Terus aje menulis apa yang terlintas. Kalau idea pergi, bukan senang menunggu dia datang lagi.

Teringat kata2 seorang teman di tingkat atas. 'Kalau ada anak, jangan galakkan dia amik accounting..nanti jadi macam kita ni. Orang lain seronok2 balik awal.Kita terperangkap dengan kerja yang tak berkesudahan ni."..Mmm..ye la..bila kami berbicara tentang kerja, kebanyakannya rasa 'menyesal' menceburkan diri di dalam bidang 'accounting' ini. Aku? Buat masa ini aku dah immune dengan keadaan yang semak ini. Sudah lebih 12 tahun bergelumang dengan angka, bukan mudah nak beralih ke bidang lain.

Sudahlah banyak deadline, nak kena berdepan dengan auditor lagi di hujung tahun. Auditor boleh tahan lagi lah. Ini setiap kali Board meeting, penat nak menjawab soalan2 maut Director2 yang hanya mementingkan keuntungan. Penat.Memang penat.

Masalah di sini ialah, kebanyakan mereka tidak faham 'nature of business' yang kami jalankan. Business berkaitan 'power generation' ni bukan macam business biasa.Contohnya manufacturing company lah. Kalau income dia rendah, maka cost dia directly akan turun. seiring dengan penurunan income. Contohnya seperti keadaan ekonomi dunia sekarang lah. Banyak kilang ditutup disebabkan kelembapan ekonomi dunia.Masalah globalisasi.

Tapi kalau business power ni..income turun,cost tetap akan naik atau maintain.Tak akan turun punye lah. Kenapa?

begini ceritanya..

Income bergantung kepada berapa banyak kita generate electricity. Berapa byk electricity kena generate depend pada company yang satu tu. Maknanya company yang satu tu yang tentukan kepada IPP berapa MW yang perlu digenerate.

Contohnya company aku. Kami ada 3 unit Plant utk produce electricity menggunakan coal fired. Dalam keadaan ekonomi yang lembap, dengan kilang2 byk ditutup , membuatkan electricity demand pon menurun.Bila electricity demand menurun, maka kami tak boleh generate electricity byk2. Atas arahan company yang satu itu..contohnya 1 unit saja kena pakai. Lagi 2 unit on standby. Bila standy maksudnya dia kena duk diam la. Di sini, akan effect kami punye income. Ok.bukan income saja. Cost pon meningkat. Kerana bila ada unit standby atau duk diam2, bukan bermakna duk diam mcm tunggul saja. waktu inilah kena buat maintenance ke atas unit yang standby tadi. Sebab tu lah walaupon income turun, kos tetap naik disebabkan oleh maintenance tadi. Maintenance pulak ada 2. Satu, minor satu lagi major. untuk minor overhaul saja ia menelan belanja berbelas million. Kalau major overhaul takyah cakap la. Buat sakit hati saja bila tengok cost dia. Ya. Walaupon ini duit company, tapi sakit hati tetap sakit hati bila tengok cash flow jadi tight waktu2 genting macam ni.

Itu belum masuk bab2 holding company yang asyik la nak minta dividend bila habis financial year end. Bukan taknak bagi. tapi sakit hatilah juga walaupon tu bukan duit aku. Tapi bila kita yang kena manage duit tu, jadi sakit hatilah jugak.Ya..memang sakit hati. Kalau kita boleh dapat, tu lain cerita la kan.

Lagi sakit hati bila time budget. Semedang nak tengok profit naik. Ye la sapa takmau profit. Semua mau buat untung punya. Takdak sapa mau rugi. Tapi kena la fikir secara logik. Walaupon itu cuma budgeted figures, tetap kena ada reasonable assumption kenapa kita plug in that figure. Bukan tak boleh nak letak figure kat income tu byk2.Income utk power generation ni bergantung kepada Capacity Factor yang ditentukan oleh company yang satu itu.bukan kita boleh main suka2 saja.

Nasib baiklah takde hutang dengan bank. Mudah sket kerja.

Satu lagi pasal accrual concept. Ya. memang kebanyakan company akan implement accrual accounting instead of cash accounting. Masalahnya kalau benda2 yang belum incur pon nak di accrue nya..apa kehal? Baru issue PO sudah mau accrue ka? PO hanyalah commitment yang mengatakan akan ada kerja yang akan dibuat. Belum incur apa2 kos selagi invoice tak dikeluarkan. Kalau nak accrue based on PO amount, masalah lah. Sebab PO ni kadang2 adalah estimation amount. Jenuh nak reverse balik lepas tu kalau lari dari actual figure. Banyak sgt reversal pon tak bagus jugak. But, di sini konsepnya begitu. Seronok agaknya dorang tengok under accrue or over accrue. Yang pening aku jugak lah. Uishh..

Itu la.bercakap pasal kerja ni memang boleh jadi novelis. Banyak sangat issuenya. Ni baru issue tempelan. Umpama lekat celah gigi saja.

Actually takdak issue besar apa pon, tapi manusia ni suka cari issue. Macam wartawan lah. Perlu ada issue, perlu ada gossip. Baru orang nampak kita buat kerja. Walaupon sebenonya isu kosong yang takde isi langsung.

Banyak lagi nak cakap ni. Tapi sebab nak kena sambung kerja kena la stop dulu. Sehingga bertemu di lain waktu dan ketika, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ( macam berdakwah kat dalam tv la pulak).