Monday, October 12, 2009

Cerita weekend

Alhamdulillah segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya semalam. Terima kasih banyak2 pada yang hadir. Diharap semua puas hati dengan makanan yang dihidangkan. Kalau ada kurang di sana dan kurang di sini mohon maaf di atas kekurangan itu.

Frankly speaking, aku seronok semalam. Pedulikan pasal keletihan dan kelelahan selepas itu. Yang pentingnya puas. Puas sebab dapat berkumpul dengan kawan2. Walaupon aku mungkin tak dapat berborak serentak dengan semua yang hadir tapi puas kerana jemputan yang datang memang tidak menghampakan.

Yang tidak hadir juga tidak membisu begitu saja. Ada alasan yang munasabah. Kalau shift kerja bertindihan dengan jemputan ke rumah terbuka, tentu agak sukar untuk mencari masa. Tapi tidak mengapa, tidak semestinya perlu datang bila dijemput saja. Rumah aku terbuka setiap masa buat kawan2 tidak kira waktu dan masa, asalkan aku ada.

Buat kawan2 yang sudah kuiktiraf sebagai saudara, terima kasih saja sebenarnya tidak memadai untuk kubalas jasa kalian semua. Walaupon jadual padat dan ketat, tapi masih upaya untuk datang dan tidur di ruang tamu yang sempit tanpa ada keluh kesah atas kekurangan itu. Walaupon mata masih kelat2 diwaktu pagi, tapi tetap membantu kami menjayakan rumah terbuka semalam. Dan kuharapkan persaudaraan kita akan terus utuh dan utuh sampai bila2.

Memang masih ada yang tidak dapat kujemput semalam. Saudara mara dan kawan2 sepejabat serta kawan2 sekolahan belum lagi diraikan.Mungkin sebelum Syawal berakhir akan kuraikan mereka.

Ada sebabnya. Rumah yang kecil itu tidak mampu menampung jemaah yang ramai. Dan sebagai tuan rumah, aku ingin semua tetamuku mendapat layanan yang sama rata tanpa mengira had umur, ketinggian, perbezaan saiz badan atau paras rupa. Aku tidak mahu ada tetamu yang merasakan dirinya terpinggir di tepi sudut disebabkan tuan rumah tidak berbual2 dengannya. Aku ingin semua tetamuku tahu yang kehadiran mereka sangat significant kepada aku. Memang aku sangat2 menghargai mereka.

InsyaAllah sekiranya masih murah rezekiku (sentiasa kuharapkan), akan kulayangkan jemputan lagi kepada kawan2 semua. Harap maaf atas segala kekurangan.