Tuesday, February 12, 2008

Gulai Kawah Batang Pisang

Sempena cuti panjang CNY bebaru ni, aku bawa Potel balik kampung. Ni kali ketiga dia menjejakkan kaki ke kampung aku yang dikelilingi oleh lautan sawah padi.

Sewaktu di kampung, kami berkesempatan pergi kenduri kawin sedara belah mak aku. Aku ni kalau tak sebab kenduri kendara atau hari raya, memang tak pegi la rumah sedara mara. Ini kali kedua aku pegi umah sepupu mak(sebelah nenek) ni. Kali pertama masa raya puasa tahun lepas. Aku kalau tak sebab mak suh pegi berjalan kenal2 sedara, memang tak pegi la. Memang tak mencari lah. Nasib baik ada mak yang suka mengerah anak dia pergi rumah sedara setiap kali balik kg. Maka dapatlah kenal dengan lebih dekat, dengan lebih mesra.

Ok, berbalik pada kenduri kawin tadi, apa yang mengujakan aku ialah lauk pauknya. Kalau sebelum ini aku hanya bercerita pada Potel tentang majlis kenduri kawin di kampung aku serta lauk pauk yang disediakan, kali ini Potel dapat mengalaminya sendiri. Berada di majlis kawin orang kampung. Melihat sendiri sikap kerjasama di antara penduduk kampung dlm menyediakan makanan kepada tetamu yang hadir.

Di kampung, budaya makan berhidang masih kuat diamalkan. Tidak seperti di bandar2 yang lebih suka guna catering yang menyediakan buffet. Di kampung sikap tolong menolong dalam menjayakan sesebuah kenduri kawin masih tebal. Kita hanya ambil tempat saja di meja yang disediakan. Kemudian akan ada bentara @ penanggah yang membawa sedulang makanan di depan kita.

Di majlis yang kami pergi tu, lauk pauk yang disediakan ialah gulai kerbau dicampur dengan batang pisang, kerabu ubi keladi, ikan masin serta pajeri nenas. Aku dah lama tak pekena gulai batang pisang ni. Memang aku kalau hadap makanan tak pandang kiri kanan dah. Punye khusyuk makan gulai batang pisang. Sampai aku tak sedar mak sedara aku berdiri depan aku punye lama sambil senyum2 tengok aku makan.

Sempat aku minta penanggah menambah lagi semangkuk gulai batang pisang utk aku dan Potel. Yang pasti aku tambah nasi sampai 4 kali, Potel 3 kali. Sungguh menyelerakan sekali!! Nasib baik la nasi tambah dah siap terhidang depan kita. Kalau buffet, berat juga la kaki aku nak melangkah menambah nasi ni. Ni untungnya makan berhidang. Makan banyak mana pon takde sapa nak peduli :)

Lihat lah gulai batang pisang ni. Sedap gilerr...slurppp!

Monday, February 11, 2008

Miqael yang encemmm..

2 minggu lepas, N bawa Miq ke nursery akak aku kerana menemani adiknya untuk interview akak aku.

Miq dah besar! makin hensem dan bergaya dengan jersey Man U nye. Hajat utk berjumpa Larra tidak kesampaian kerana Larra balik ke rumah mummy n daddy dia.









Wednesday, February 6, 2008

Dia lagi..

Semalam, waktu aku keluar dari kereta, dia ada depan gate. Mengeow ngeow dia tengok aku. Seolah olah mengharapkan simpati.

Dia mengikut je aku sampai ke depan pintu. Bila aku buka pintu dia terus meluru masuk. Aku jenguk ke dalam rumah. Tengok anak aku tengah main2 langsir sambil cakap sorang2. Potel kat dapur macam biasa la.

"you, ni kucing ni nak masuk dalam rumah takpe ke"

"eh jangan bagi dia masuk , ada anak"

aku terus la amik dia dan bawa keluar

Dia macam tau saja aku nak bawak dia keluar..dia meronta2 minta dilepaskan. Aku tak sampai hati sebenarnya. Aku lepaskan dia keluar

Daun pintu aku tutup cepat cepat sebab dia mcam nak masuk balik.

Dia mengeow ngeow buat seketika.

Makin lama suara itu makin hilang. Mungkin dia telah pergi ke tempat lain.

Buat dia, bukan aku tak sudi membenarkan dikau masuk, tapi sebab aku ada si kecil. Takut juga tiba2 dikau menerkam si kecil atau takut bulu bulu dikau akan memberi masalah pada si kecil aku nanti.

Maafkan aku.

Tuesday, February 5, 2008

Cerita tentang Larra

Bila dah ada anak ni, rasa nak balik cepat saja.

Malam tadi, masa aku sampai rumah, Larra tgh terbaring depan tv sampai menggigit toys dia. Potel pulak kat dapur tengah masak. Larra tengok je aku masuk terus la mata dia bulat pandang aku sambil dia cuba mengesot ke arah aku. Terus aku sambar Larra bawak dia pegi dapur.

Potel tengah masak bubur jagung. Atas meja dah siap terhidang asam pedas ikan patin.

Waktu makan, kami cuba letak Larra tapi dia mcam tau kami nak makan, terus la dia berbunyi. Cepat2 Potel amik dia, letak atas riba Potel dan kami pon memulakan suapan.

Nampaknya Larra tertarik dengan makanan kami. Terbuka buka mulut dia bila Potel menyuapkan nasi ke mulutnya, bukan mulut Larra la. Dia kecik lagi nak makan nasi. Tangan Larra pula cuba menggapai pinggan Potel.

Kami makan sambil bergilir2 memegang larra. Lama2 Potel rasa mcm susah saja nak makan, terus dia amik Larra bawa ke depan dan suruh aku habiskan makan aku dulu. Lepas tu baru Potel makan pulak.

Kelakar pulak bila ingat. ye la mcm kelam kabut sket la. Kalau dulu boleh makan sama2, tapi bila ada Larra kami kena makan gilir gilir lah.

Lepas makan, aku buat susu untuk larra. Kami nak tidorkan lara. Jam pon dah menunjukkan pkl 9.30pm.

Kami bentang tilam kekabu di tengah bilik. Dan letakkan larra di atasnya. Wah..sungguh seronok Larra bergolek ke kiri bergolek ke kanan. Aku baring sebelah kanan, Potel sebelah kiri. Manakala Larra di tengah2 . Kami jadi benteng. Penuh la bantal di tepi , tengah , belakang semua. Takut larra golek2 sampai ke pintu bilik air saja. Jadi, elok dibuat kubu dengan bantal.

lepas Potel nyanyi lagu untuk tidurkan larra dan aku pon mengalunkan zikir, maka Larra pon tidur lah. Baru kami dpt tidur lepas dia tidur. Larra tidur nyenyak sampai pagi.

Semalam Larra tak bangun tengah malam minta susu pon. Agaknya dia dah kenyang minum sebelum tidur.

Monday, February 4, 2008

Larra ke sekolah

Pagi ni , first day Larra ke sekolah.

Selalunye, tiap2 pagi dia la yang paling awal bangun.

Tapi pagi tadi, nyenyak betul dia tidur mcm taknak bangun pegi sekolah. Macam tau tau saja dia kena hantar ke sekolah. Lepas kena cuit2 dengan mummy dia, terpisat2 dia bangun. bukan bangun, tapi angkat kepala saja. kalau bangun sendiri aku pon pengsan. maklumlah umur baru 5 bulan.

Bila tengok aku dah lawa pakai baju kerja, Larra cepat2 depakan tangannya. nak aku dukung dia la tu. Dia dah pandai dah. Pantang nampak kita pakai baju lawa2 cepat aje dia suakan dua belah tangan dia. Nak suruh kita ambil dia. Dukung dia. Aku bawa dia dukung2 sekejap hirup udara pagi. Bila nak kasi pada Potel, dia taknak. Terus dia palingkan muka ke belakang.

Potel kata, mula2 masuk dalam keta, dia ok saja duk dlm baby car seat tu. Tapi lepas tu dia nangis. Kelam kabut jugak Potel nak drive. Lepas nangis kejap, terus dia lelap. La..mengantuk lagi rupanya. Ye la masih awal pagi kan.

Hari ni Potel half day. Dia nak amik Larra cepat sket.

Tapi kesian Potel, tayar keta pulak pancit. Nasib baik la service centre dekat dengan rumah. Hajat nak ambil larra awal terus jadi lambat. Aku call adik aku, dia kata nursery off pukul 6.45pm. So masih ada byk masa lagi la nak ambil Larra.

Tadi aku call Potel, dia dah ada kat nursery. Dengar suara Larra. Macam happy dia kat sana. Ye la dia duk dengan kawan2 se umur dengan dia. Mesti la dia suka. Hope Larra akan sentiasa ok di sekolah baru dia.

Tak sabar aku nak balik rumah main main dengan Larra. Malam ni bermula la episod tak cukup tidur aku. Hope Larra tido la sampai pagi. Biar aku main dengan dia sampai dia letih malam ni. So tak adalah dia nak bangun minta susu. hik hik hik

Friday, February 1, 2008

Sarung ang pow yang ada duit di dalamnya

Yahoo!!! sub-con kasi angpowwww...yeahoooo!!

raya sakan la aku walaupon ni bukan raya kita..lalalalala!!

walaupon tak banyak, tapi 3 angka tu kira banyak la kan...hahahaha!(gelak orang baru dpt duit terpijakk)

Apa?Larra dah ada kat rumah??yeayyyyy....!

Semalam petang, lepas balik dari keje aku terus memecut pelan ke rumah A. Tujuan aku, tak lain tak bukan , nak bawak Larra balik ke rumah aku la. Masa aku sampai, A tengah siap2kan barang Larra. Sementara menanti dia mengemas dan masuk barang Larra dalam keta, aku bermain2 dengan Larra.

Bulat mata Larra pandang aku. Aku senyum tunjukkan gigi kat Larra. Makin bulat dia merenung aku. Ku agah2 dia. Pandangannya makin tertacap ke muka aku. Kali ni dahinye berkerut. Namun belum ada tanda2 dia menangis . Budak2 kan kalau dia mcm pelik dgn orang, memang dia boleh nangis. Tapi Larra belum nak nangis. Aku agah2 dia..aku tanduk2 muka aku ke perut dia, dia tengoook je aku..tapi dengan reaksi sedikit geli. Kali kedua aku cuba nak tanduk muka aku ke arah perut dia, dia mcm cuba nak mengelak.haaha...kelakar la...Tapi riak wajahnya tetap begitu. Tanpa senyuman tapi penuh hairan melihat aku yang beria2 mengusik dia.

Selesai masuk barang dalam keta, A letakkan Larra dlm keta aku. letak dlm car seat. Larra masih lagi memandang aku. kali ni silih berganti pulak. Kejap pandang A, kejap pandang aku. pelik agaknya.Apa motif dorang ni.Mungkin itu yang Lara pk agaknya.

Kami kemudian bergerak meninggalkan rumah A. A naik kereta dia memandangkan hari Isnin dia akan terus ke tempat kerja dari rumah aku. Larra berada di sebelah aku. Merenung aku dengan matanya yang bulat itu. Sesekali aku mengerling ke arahnya bila melalui jalan yang berlampu. Dibalik sinaran lampu yang menembusi kereta, aku perasan dia masih merenung aku.

Untuk mewujudkan komunikasi di antara kami, aku terus buka cd nasyid kanak2 pimpinan Yusoff Islam. Aku menyanyi sama2 sambil gerakkan kepala aku ke kiri ke kanan. Tujuan aku berbuat demikian adalah utk menarik perhatian larra supaya memandang aku. Dah memang betul. Dia tengoookk je aku.dengan muka pelik dia tu.

Aku biarkan dia bermain2 seat belt. Ku tumpukan perhatian di jalan raya. Tak sabar nak tunggu reaksi Potel di rumah. Dipertengahan jalan, selepas melalui toll Sunway, A menalipon aku . Katanya dia terlupa bawa botol susu Larra. Dia suruh aku terus pulang sementara dia singgah Di JJ membeli botol susu. Aku mencadangkan dia ke Giant sahaja memandangkan jam sudah hampir ke pkl 10.

Sampai di rumah Potel sudah siap menunggu di pintu pagar. Diambilnya larra masuk ke dalam. Sekali lagi Larra kehairanan. Dia memandang2 ceiling rumah , kipas angin..dan seterusnya memandang bulat ke arah Potel. Namun dia tak menangis. cuma berkerut2 dahi saja.

Potel dah siapkan tilam dia. Siap dgn permainan sekali. Aku naik ke atas utk mandi dan solat. Sementara Potel di bawah menyiapkan makan malam kami. Kedengaran suara Potel mengagah2 Larra sambil diselang selikan dengan bunyi lesung batu tung tang tung tang..OO..potel tumbuk cili, nak masak nasi goreng.

Bila aku ke bawah, Tengok larra dah relax meniarap. sambil matanya memandang tepat ke arah aku yang dah mcm badut mengagah agah dia. Tak lama, A sampai. Bawa botol susu baru utk Larra. Tapi nampaknye Larra tak serasi dgn botol susu tu. Taknak dia minum susu. Hisap kejap2 lepas tu terus taknak dan nangis. Putingnya tak sesuai.

Jalan penyelesaian, A kena balik rumah dia jugak ambil botol susu larra. sebab ni bukan masalah botolnya, tapi putingnya. Maka aku mendukung Larra masuk ke dalam kereta dan A terus memecut laju menuju ke rumahnya. Potel tak ikut sebab dia letih dan esok dia perlu keluar awal ke tempat kerja.

Dalam kereta, aku tepuk2 Larra sampai la dia tertido.

Pagi ni, bila aku bangun, aku jenguk ke ruang bawah. Tengok Larra tido. Aku senyum. Malam ni, Larra akan tido dengan aku. yesss...Bermula lah episod tak cukup tido nanti.Hahahah..small matter. Kalau kita sedia menggalas sesuatu tanggungjawab itu, maka kita tak kisah dengan apa saja dugaan yang dtg, InsyaAllah.

Pagi ini sepatutnye Larra sudah menjadi warga nursery akak aku. Tapi baru teringat, Hari ni Hari Wilayah.Putrajaya cuti lah. So hari ni A bawa Larra jalan2 ke rumah kawan.

Tak sabar aku nak balik rumah hari ni. Esok tgh hari kami akan berangkat balik ke Melaka tengok yayi dan nyayi.mesti yayi dan nyayi tak sabar nak tengok cucu kesayangan mereka.