Monday, April 20, 2009

Mansuh UPSR dan PMR?Betulkah?

Dah lama aku tak memblog. Banyak alasan. Alasan utama sibuk dengan kerja.Selebihnya penat. Bila kerja banyak, maka kepenatan otak bertambah.Ini memungkinkan tiada idea menarik untuk dilakarkan di sini.

Hari ni kerja tetap ada. Tapi aku terasa ingin membiarkan jari jemari menari2 di atas keyboard..memuntahkan idea idea yang masih kabur. Setelah sekian lama tidak menulis,agak susah untuk menyelongkar idea idea yang boleh dijadikan tatapan buat diri sendiri.

Ya. Aku sebenarnya tiada apa untuk dibicarakan.Politik?aku sudah muak. Cuma pagi tadi, sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja, aku menadah telinga mendengar celoteh di Ikim. Topiknya tentang pemansuhan UPSR dan PMR.Apa kebaikan dan keburukannya. Ramai yang memberi pendapat pro n cons.Aku tidak pasti sama ada pemansuhan peperiksaan ini sudah diumumkan atau pon ini hanya topik pagi yang diutarakan. Tapi topik ini memang menarik utk diperkatakan.

Ralatnya di sini ialah setiap kali kementerian bertukar menteri, maka sudah barang tentu ada saja benda yang nak dirombaknya. Pak menteri mahu meninggalkan jasa. Maka ada ada sajalah pembaharuan yang ingin dilakarkan.Pembaharuankan itu?

Cuma ingin diingatkan. Jangan kerana mahu meninggalkan nama dan jasa, ia bakal menyusahkan orang lain. Hanya kerana pak menteri seorang, habis semua pelajar2 akan mendapat kesan.

Peperiksaan adalah satu penilaian kepada pencapaian seseorang pelajar. Sekiranya tiada peperiksaan, kita tidak akan tahu prestasi pelajar tersebut. Tanpa peperiksaan, pelajar tidak akan bersungguh2 untuk belajar. Umumnya kesungguhan belajar ini dikaitkan dengan semangat untuk mendapat yang terbaik. Untuk ditempatkan di sekolah2 berasrama penuh yang terbaik.Ini impian setiap pelajar yang tekun belajar.

Sekiranya tiada peperiksaan besar seperti UPSR atau PMR, maka bagaimana hendak menyerapkan pelajar yang berkebolehan di sekolah berasrama penuh? Cukupkah dengan hanya bergantung dengan peperiksaan peringkat sekolah?Sedangkan setiap sekolah di Malaysia berlainan soalan peperiksaan diperingkat sekolah yang kebanyakan disediakan oleg guru sekolah terbabit.

Tidak seperti UPSR dan PMR yang mana kertas peperiksaannya adalah standard untuk semua sekolah2 di Malaysia dan disediakan oleh guru yang sudah berpengalaman dan berkebolehan. Sistem yang sudah sedia ada pada pendapat aku, sudah cukup molek. Kalaulah ingin dirombak pon, mungkin sukatan pelajarannya, bukan dirombak terus peperiksaan itu. Pendapat aku la.

Bukan apa. Proses ini akan merumitkan ramai pihak. Mungkin pelajar akan menarik nafas lega kerana tiada la peperiksaan yang membebankan diri mereka. Tapi kalau difikirkan untuk jangka masa yang panjang, ini sebenarnye merugikan mereka. Guru2 terutamanya yang menyediakan perkhidmatan tuisyen utk para pelajar juga tentu akan merasa bahangnya apabila pendapatan sampingan mereka sudah tiada sekiranya UPSR atau PMR dimansuhkan.

Bukan saja pada guru2 tuisyen atau pusat2 tuisyen yang terlibat dalam hal ini. Penerbit atau penulis buku2 peperiksaan atau panduan peperiksaan juga akan menerima nasib yang sama.

Saranan aku , sekiranya ini benar, maka pihak kementerian perlu mengenalpasti kesan2 yang bakal berlaku hasil daripada pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR ini. Jangan terus melaksanakan tanpa mendapat reaksi dari masyarakat. Pemantauan perlu dilakukan utk mengkaji apa buruk baiknya sekiranya tiada lagi peperiksaan ini.Jangan kerana kita ingin mengurangkan satu beban, maka kita mengambil tindakan yang kurang bijak yang hanya akan merugikan kita dan anak bangsa kita pada masa akan datang.

Monday, March 23, 2009

Hanya jauhari mengenal manikam

Malam tadi, aku mendapat berita, seorang kenalan meninggal dunia.

Innalillahiwainnailaihiraaaaaji'unnnn..

Dari Allah kita datang, kepadaNYA kita kembali.

arwah meninggal kerana serangan sakit jantung. Umur sebaya denganku. Semoga rohnya berada di kalangan orang2 yang beriman. Al-fatihah.

AKu termenung. Memikirkan tentang diri. Takut. Sapa tak takut mati. Semua orang takut. Kalau hantu pon kita takut, apatah lagi MATI. kalau hantu boleh la kita lari sekuat hati, baca ayat itu ayat ini untuk menghindari diri. Tapi kalau MATI..nak lari mana?nak baca doa apa supaya malaikat tak cabut nyawa?habaq mai sini..

Oleh itu..terima lah hakikat. Setiap yang bernyawa pasti akan MATI.

dan apa persediaan kita utk mengadap Illahi?

bila di telek diri ini, banyak sungguh kekurangan diri. Bila mengangkat takbir Allahuakbar, rasa sebak menguasai diri. Sungguh hina rasanya diri ini disisiNYA.

Apakan tidak. Sentiasa mengharapkan rezeki yang banyak, harapkan kesihatan yang baik, pekerjaan yang bagus..Dan waktu itu...waktu susah itu...tak lekang dari tikar sejadah. Sembahyang malam cukup mudah.Bangun pon senang. Kerana?waktu itu waktu diri susah. Nak minta pada siapa lagi kalau bukan pada Allah? Orang mana nak tolong waktu kita susah?Payah nak cari..Sebab tu ringan tulang kita terbongkok2 rukuk dan sujud mohon pertolonganNYA.

tapi bagaimana jadinya bila segala doa sudah dimakbulkan?Apakah rajin diri ini bangun sepertiga malam mengerjakan tahajjud?mengerjakan solat hajat?Atau bila jam berbunyi..bila azan Subuh berkumandang, makin erat selimut ditarik?makin kuat dengkuran berbunyi?

Inilah persoalan yang menghantui diriku.Tidak kumengatakan pada orang lain, melainkan pada diri sendiri. Hanya jauhari yang mengenal manikam.Hanya kita yang mengenal diri kita sendiri.

Saturday, March 21, 2009

Dulu..dan kini..

Mereka dah besar..

Dah petah bercakap..

Dah pandai mengusik kita..

Apabila ketawa..menampakkan baris2 gigi kecil yang comel dan putih...

Kenakalan pon dah makin terserlah..

adakalanya..kita hanya mampu melihat..biarlah..biarlah dia dengan dunia dia..sebab..kita penat..letih...penat nak larang...jangan itu jangan ini..

bila dah dapat kaki...berlari ke sana berlari ke sini..penat wooo nak mengejo..


ahh..budak kecil..apa dia tahu..

dulu..bila lapar..menangis..kerana...dia masih tak pandai bercakap..

kini..bila lapar..mummy...nak mamam!

dulu..bila nak susu..menangis...

kini...mummy..!Larra thirsty...sambil tangan mungilnye mengurut2 leher..

gaya yang membuatkan kita cepat berlari2 beruang mengambil air utk dia..



Dulu..

Kecil seperti ini...


dan ini..




Kini...

dah besar..


dan..makin hensem..



dengan pelbagai gaya..



dan cara...



selepas ini apa lagi lah gelagat mereka ya..tak sabar nak menunggu sikecil sikecil ini menginjak dewasa..

Saturday, January 31, 2009

Dan..aku rindu padanya

Lama aku tak jumpa dia..

lama...

Hampir 3 bulan..

lama la tu..

dan dia..

tak lekang menyebut nyebut namaku...

tiap kali melihat hanya Potel datang berseorangan..

mulutnye muncung mengarah ke muka pintu..

tangan mongelnye menunjuk2 ke arah muka pintu..

mengharapkan aku bersembunyi dibalik pintu...

mengharapkan aku akan menerkam dan mendakapnye..

tapi..

aku tidak juga muncul..

dan dia..

terus terusan mengharapkan aku muncul..di muka pintu itu...

mulutnye yang mungil..menyebut2 namaku berulang kali..

dan aku...tak mampu berbuat apa2...kerana...

ya...kerana tanggungjawab itu...yang satu itu..

membuatkan aku makin jauh dari dia..

bukan kemahuanku...tapi..ya...tanggungjawab...

di sini ingin kuluahkan padanya...

ingin kulaung rasa hatiku..

yang...aku amat merinduimu..

Larraku...






Friday, January 23, 2009

Ringan

Beban yang tertanggung di atas kepala sudah terlepas..

Malam ni dapatlah kiranya tidur dengan lena..dengan mimpi2 indah...yeahhooooo!!

Penat?

Penatnye.

tapi hilang penat bila kaki melangkah masuk ke rumah.

Langsung hilang penat bila melihat makanan sudah tersedia di atas meja.

Mata kadang2 lambat pejam mengingatkan banyaknya benda yang nak dibuat esok pagi.

dan..apabila pagi menjelma..terasa berat bedan ini utk melangkah ke bilik air..terasa baru beberapa minit merebahkan badan di atas katil empuk..

Penat sudah terasa di saat enjin kereta dipanaskan..dan kereta pon menderum meninggalkan rumah...

dan bermulalah kerja dari pagi sampai malam...bukan sampai petang tapi malam..

Penat ini akan berulang ulang setiap hari...sampailah tiba hujung minggu..hilang sedikit..tapi ada kalanya hujung minggu bertukar menjadi hari bekerja..maka penatnya tidak akan habis..

Namun..apabila tiba hari yang penting dalam hidup, ketepikan dulu kepenatan bekerja.

Perlu masa utk diri sendiri juga..dan utk mereka yang berkaitan..

dan esok..hari berehat sekejap..sebelum menyiapkan apa2 yang patut buat tetamu yang bakal hadir. yang sudah lama tak berjumpa...

Buat Potel, Selamat Menyambut Hari Lahir yang baru lepas..semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di dalam keberkatanNYA.

Saturday, December 20, 2008

Kisah sebiji pisang

Ada satu cerita. Cerita bermula di sebuah kampung. Kampung aku la tu. Cerita ni dah lama. Zaman aku sekolah rendah dulu. Kisah benar. Kisah masyarakat. Kisah pengajaran.

Di kampung aku, antara berpuluh2 rumah ada sebuah rumah. Rumah di tepi sawah. Rumah yang didiami oleh seorang lelaki bersama keluarga. Watak utama dalam kisah benar kali ini adalah watak lelaki ini.

Lelaki ini kerjanya bersawah. Lumrah, orang kampung di utara memang kerjanya bersawah. Apa yang menariknya lelaki ini selain bersawah, beliau mempunyai satu hobi yang dikira sangat2 menyusahkan orang kampung. kesan dari hobi lelaki ini, boleh memporak perandakan suasana harmoni penduduk kampung. Kemungkinan besar boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan.

Apa hobinya?

Hobinya ialah......mengendap pempuan.

Masalah tak?

Memang masalahhhh..

Suatu hari seorang penduduk kampung mengamuk. Bukan mengamuk bawak parang mcm dalm kisah zaman sultan dulu2. Tak..

Dia tak puas hati dan geram dengan lelaki ini kerana dia nampak lelaki ini mengendap bini dia. Adusss.. dah ada bini, bini orang lain jugakkk yang dia nak hendap. Apa dapat? dah hobi..ni la masalahnya..

Jadi lelaki yang bininya kena hendap mengadu pada tok Imam. tentang perilaku lelaki yang mengendap ni. Lelaki yang bininya kena hendap ini mengatakan dia sendiri nampak lelaki itu mengendap2 dan terus menyergah menyebabkan lelaki yang mengendap bini orang ni lari lintang pukang.

Lelaki yang bininye kena hendap tadi juga mengatakan dia sendiri meligan (mengejar) lelaki tadi. Namun sebab larian lelaki tadi lebih pantas maka beliau terlepas dari ditangkap.

Apabila aduan dibuat, maknanya sudah ada kes. Apabila ada kes, maka penyiasatan perlu dilakukan.

Tok Imam tidak mahu kerana kes ini, maka keharmonian penduduk kampung akan terjejas. Sedangkan semuanya ada talian kekeluargaan. Yang hidup aman damai turun temurun sejak zaman dulu lagi.

Belumpun tok Imam sempat menyarungkan selipar croc nya utk ke rumah suspek, lelaki yang dituduh mengendap tadi, tampil bertemu tuan Imam. Dia tidak puas hati. Kenapa dia dituduh. Dia mempertahankan dirinya yang dia tiada ditempat kejadian.

Lelaki yang dituduh mengendap bini orang lantas memberikan idea bagaimana mahu memerangkan suspek sebenar. Dia mahu membersihkan namanya yang sudah buruk di mata orang kampung. Lelaki yang dituduh mengendap bini orang itu mencadangkan agar diadakan majlis doa selamat di rumahnya. Dia menjemput semua orang kampung dan tak terkecuali Tok Imam.

Tok Imam bersetuju.

Maka diadakanlah doa selamat di rumahnya utk menentukan yang benar dan yang mana bathil.

Selepas selesai doa selamat tok imam meminta semua hadirin dan hadirat utk makan pisang. Sebiji seorang. Sekiranya sewaktu makan pisang, ada yang terlekat, maka itulah dia pengendap sebenar.

Pisang di bahagi bahagikan di kalangan hadirin.

Tok imam meminta semua makan serentak.

Sebelum menyuapkan pisang ke dalam mulut, tok imam melihat tuan rumah aka lelaki yang dituduh mengendap bini orang.

'Eh...mana pisang hang"

"La...saya tuan rumah takkan saya pon kena makan"

"Kenaaa...awat pulak tak kena...kita dah baca doa selamat nak tau sapa punye angkara. Hang pon tak terkecuali..kena makan"

Lelaki yang dituduh mengendap bini orang tiada pilihan. Dia kena makan jugak.

Maka dengan lafaz bismillah, semua makan serentak.

Dengan kuasa Allah, lelaki yang dituduh mengendap bini orang aka tuan rumah , tercekik pisang.

Maka, terbongkarlah sudah siapa punya angkara duk ngendap bini orang.

Cerita ini memang kelakar. Dia yang beria2 buat majlis doa selamat utk tentukan sapa yang bersalah, dia yang kena. Memang hangin orang kampung dengan dia. Tapi dia dah dapat pengajaran. Orang kampung lepaskan dia. Tapi dengan amaran terakhir, sekiranya dia masih meneruskan hobi gilanya, dia akan diseret ke balai polis.

Pengajaran disebalik cerita ini ialah...

LU PIKIRLA SENDIRI......!!

Opss...pengajarannya ialah, kalau buat salah mengaku sajalah. kalau tak nak mengaku la kan, tak payah lah beria2 nak buat majlis doa selamat utk tentukan sapa yang salah. Alih2 diri sendiri yang kena.Sapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka....

Sekianlah sahaja secebis kisah masyarakat utk kali ini.