Friday, October 24, 2008

Sepi

Dah lama jari montel aku tak menari2 untuk mencoret sesuatu di sini. Tak ada alasan. Kalau ada pon, sekadar ketandusan idea.

Banyak sebenarnye cerita ceriti utk di kongsi di sini. Setiap hari ada saja cerita baru. Cerita gembira. Cerita sedih. Cerita hambar. Cerita Sepi.Semua ada. Tapi bila hati dan minda tak selari dengan jari, maka tiada apa untuk dinukilkan.

Hari ni. Hari yang menggembirakan buat aku. Juga hari yang menyedihkan buat aku.

Gembira kerana sudah terlepas segala yang terbuku di dada, di hati, di minda.

Tapi kesedihan yang menyinggah di hati ini melebihi kegembiraan di ruang mata.

Walau apa pon, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan yang boleh mengundang lelehan air mata. Namun percayalah, senyuman pasti akan terukir di bibir apabila perpisahan itu dianugerahkan dengan pertemuan di lain waktu.