Monday, November 23, 2009

To be continued.....

Dah lama tak melakukan kunjungan ke rumah sendiri ni. Sibuk menguruskan rumah lain, rumah maya ini seakan dilupakan. Bukan selamanya. Hanya untuk sementara waktu. Bukan juga sengaja untuk tidak menjengah. Cuma termengah2 hendak mencari idea dan cerita. Ada. Bukan tak ada. Cuma mahu olahan ceritanya menarik. Untuk kepuasan tuan rumah sendiri.

Termenung sekejap. Ulasan tentang Guilin belum pon masuk perenggan pertama. Sedangkan sudah lebih sebulan meninggalkan bumi yang penuh dengan keindahan alam itu. Hanya gambar mampu menceritakan segalanya. Sayangnya bukan di sini. Tapi di FB. Sekarang sudah mudah. Busy macam mana pon tetap ada masa menjenguk FB.

Tapi di sini, di rumah yang agak usang ini, amat payah menitipkan kata2 walaupon sebaris. Tidak puas. Alang2 jari ini menari, biarkan tariannya habis. Bukannya tergantung umpama muzik terhenti disebabkan ketiadaan elektrik. Barulah puas. Puas untuk dibaca sendiri. Umpamanya cerita di TV. Kalau ianya bersiri, rasa tak puas. Mahu dihabiskan jam itu juga. Baru tidur pon tenang tanpa gangguan. Ye ke?

Kunjungan melawat asnaf2 di sekitar Selangor juga masih belum mampu disiapkan kisahnya. Masa mungkin alasan kedua. Yang utamanya aku memerlukan gambar supaya jalan penceritaannya lebih menarik, lebih menyentuh hati mungkin. Tapi gambar masih dengan pihak itu yang entah bila akan sampai ke inbox aku. Tapi ini bukannya seperti Bersamamu di TV3 itu. Ini adalah mereka2 yang bertuah hasil dari pembayar2 zakat menyumbangkan bahagian mereka. Bukan semua orang bertuah seperti itu. Bersyukurlah.

Dalam kesibukan mengejar kerja2 yang sentiasa bertimbun2 sempat aku menyelit dicelah2kanak2 kecil molek untuk menjadi salah seorang penonton majlis graduasi mereka yang bakal mencecah tahap 1 tahun depan. Walaupon ia cuma majlis graduasi kanak2 kecil. namun teks ucapan perlu juga disedikan. Tidak boleh main semberono saja. Hasilnya, aku puas. Tedengar suara2 mahukan Aku dan dia lagi tahun depan. Aku tidak menjanjikan apa2. Kalau kena masanya aku akan ada. Dia akan ada.

Ok. masa dah habis. To be continued....

Monday, October 12, 2009

Cerita weekend

Alhamdulillah segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya semalam. Terima kasih banyak2 pada yang hadir. Diharap semua puas hati dengan makanan yang dihidangkan. Kalau ada kurang di sana dan kurang di sini mohon maaf di atas kekurangan itu.

Frankly speaking, aku seronok semalam. Pedulikan pasal keletihan dan kelelahan selepas itu. Yang pentingnya puas. Puas sebab dapat berkumpul dengan kawan2. Walaupon aku mungkin tak dapat berborak serentak dengan semua yang hadir tapi puas kerana jemputan yang datang memang tidak menghampakan.

Yang tidak hadir juga tidak membisu begitu saja. Ada alasan yang munasabah. Kalau shift kerja bertindihan dengan jemputan ke rumah terbuka, tentu agak sukar untuk mencari masa. Tapi tidak mengapa, tidak semestinya perlu datang bila dijemput saja. Rumah aku terbuka setiap masa buat kawan2 tidak kira waktu dan masa, asalkan aku ada.

Buat kawan2 yang sudah kuiktiraf sebagai saudara, terima kasih saja sebenarnya tidak memadai untuk kubalas jasa kalian semua. Walaupon jadual padat dan ketat, tapi masih upaya untuk datang dan tidur di ruang tamu yang sempit tanpa ada keluh kesah atas kekurangan itu. Walaupon mata masih kelat2 diwaktu pagi, tapi tetap membantu kami menjayakan rumah terbuka semalam. Dan kuharapkan persaudaraan kita akan terus utuh dan utuh sampai bila2.

Memang masih ada yang tidak dapat kujemput semalam. Saudara mara dan kawan2 sepejabat serta kawan2 sekolahan belum lagi diraikan.Mungkin sebelum Syawal berakhir akan kuraikan mereka.

Ada sebabnya. Rumah yang kecil itu tidak mampu menampung jemaah yang ramai. Dan sebagai tuan rumah, aku ingin semua tetamuku mendapat layanan yang sama rata tanpa mengira had umur, ketinggian, perbezaan saiz badan atau paras rupa. Aku tidak mahu ada tetamu yang merasakan dirinya terpinggir di tepi sudut disebabkan tuan rumah tidak berbual2 dengannya. Aku ingin semua tetamuku tahu yang kehadiran mereka sangat significant kepada aku. Memang aku sangat2 menghargai mereka.

InsyaAllah sekiranya masih murah rezekiku (sentiasa kuharapkan), akan kulayangkan jemputan lagi kepada kawan2 semua. Harap maaf atas segala kekurangan.

Wednesday, September 16, 2009

Rapuan sebelum cuti raya. Woha!!

Tinggal beberapa hari saja lagi utk mengucapkan Selamat Jalan kepada RamadhanAl-Mubarak.

Personally, aku tidak mahu ia berlalu dengan pantas dan mengharapkan setiap bulan adalah Ramadhan. Namun ini sudah tentunya tidak akan berlaku. Bulan yang penuh keberkatan dan penuh dengan pahala hanya diberi sekali sahaja dalam setahun. Sama ada kita mengejar pahala di bulan itu atau sebaliknya, hanya diri sendiri yang mampu menjawabnya.

Aku tiada persiapan apa2 untuk menyambut Syawal tahun ni. Baju raya pon aku tak beli. Memandangkan ada selai dua baju yang baru je aku amik dari teller sebulan dua sebelum puasa, aku mengisyitiharkan itu sebagai baju raya aku lah. Kawan2 pulak sepakat utk mengisyitiharkan tema kaler baju raya tahun ni kaler hijau. Aku belek2 baju aku. Ok. Lulus. Memang kaler hijau.

Adakah kami akan berlenggang memakai baju hijau beramai2 utk ke open house tu aku belum pasti. Selalunye kalau ada open house ni, kawan2 aku ni jarang sangat2 la nak pakai baju raya. Setakat sarung jeans and t-shirt saja. Ini berdasarkan pengalaman tahun2 yang lepas. Hanya pakai baju raya bila raya pertama saja. Kadang2 tu petang raya dah tak pakai dah.

Semalam aku dapat sms dari kawan baik yang menetap di negara omputeh. Nak balik 3 minggu lepas raya. Aku check calander. Ye..masih dalam bulan Syawal. Beliau bertanya kalau2 aku ada berniat utk buat rumah terbuka. Kalau ada, dia nak datang tolong apa2 yang patut. Aku memang plan nak buat. Tambah2 kalau dia balik, dah tentu aku akan buat. Dah lama tak jumpa dia. Aku tanya dia kalau2 ada masakan istimewa yang dia nak makan. Yang tu Potel akan uruskan lah. Aku tukang bertanya saja. Mengenali dia, memang dia boleh makan semua. Yang aku duk perati lah sebelum ni kalau dia makan, kicap mesti ada kat sebelah. Peminat kicap ni.

Aku belum berbincang secara serious dengan Potel tentang open house ni. Tapi insyaAllah pasti aku buat. Masa inilah nak berjumpa kawan2 yang lama tak jumpa. Mengeratkan lagi tanda persahabatan. Amalan yang mulia kan.

Tahun ni aku tak lagi menjadi penjual kuih raya. Dan pencen. Tak seperi tahun2 sebelumnya. Jangankan kuih raya, segala kerepek2, rempeyek/tempeyek hatta mercun pon aku jual .Penjual yang tegar la ni. Tapi kini dah taubat nasuha tak jual mercun lagi dah. Kerana? Distributor aku pon dah tak jual. Kalau dia jual, mahu aku pon jual ni.

Sewaktu balik berbuka di kampong awal puasa lepas, aku berbisik dengan mak. Nak buat dodol. Aku cakap dengan mak, jangan buat dodol selagi aku tak balik. Aku nak mengacau dodol. Ikut mak, dia tak buat sebab abang aku dah siap order dari Parit Buntar. Aku merayu kat mak. Buat sikit pon jadilah. Dodol mak sedap. Lemak cukup. Tak manis sangat. Even anak buah aku yang belum mumayyiz pon suka. Depa panggil chewing gum Malaysia. Cuma bezanya yang ni boleh telan masuk dalam perut la dan takde side effect apa2 compared dengan telan chewing gum yang betul2 punye gum tu.

Seperti tahun2 sebelumnya, bila time membalut ketupat, aku akan menjadi orang kanan mak. Malah sekarang ni mak lepas semuanya pada aku. Maknanya aku dah lulus dengan cemerlang utk membalut ketupat palas. Kalau dulu gigih aku bertanya mak macam mana nak pulas ke kiri dan masuk ke kanan sampai kadang2 tangan aku macam nak terkehel sebab nak balut ketupat ikut piawaian mak. Kini, giliran anak2 buah aku pulak interview aku. Aku ajar sikit2 saja. Penat la mulut aku nak bitau dorang mcm mana nak balut. Posa2 ni memang kena kurangkan cakap. Kang dahaga (adakah ini alasan??) Dan, kalau ajar lebih2, habis la pulut dorang buat main.

Actually bagus juga bebudak tu nak tau. Selalunye aku kasi daun palas yang kecik2 utk dorang. AKu dulu pon mcm tu jugak. mak kasi yang kecik2 utk aku balut. Dah terer sket, mak kasi yang sederhana besar. Skang ni, besar atau lebar mana pon daun palas, insyaAllah aku boleh balut la walaupon takde la sehebat mak. Mana boleh celen mak. pengalaman dia berpuluh tahun berbanding dengan aku yang amatur ni..Mak selalunya akan masak 2 jenis pulut. Satu pulut biasa atau putih satu lagi pulut hitam. Pulut hitam kena rendam semalaman sebab berasnya lebih keras dari pulut biasa.

Tapi aku suka lagi pulut putih. Ada yang suka letak kacang la apa la. Aku tak suka. Biar original . Lebih sedap. Ikut selera masing2 sebenarnya. Selalunye mak tak akan rebus semua ketupat. Dia akan simpan dalam fridge sedikit buat anak2 bawa balik ke rumah masing2. Hari anak nak balik baru mak rebus balik. Utk menjaga kualiti ketupat. Mak memang best laaa...

Kalau abang ipar aku kat lumut beraya di kampung, peluang untuk kami makan lemang sangatlah cerah. Dia rajin membakar lemang. Buluh lemang kena pesan dari bapa saudara yang berada di Kubur Panjang dulu. Rumahnya dikelilingi pokok buluh lemang. Penduduk kawasan tu memang buat lemang pon..maklumlah pokok buluh banyakk..Kalau kami pesan, beliau memang pantas menghantar buluh lemang. Kalau malas, kami makan saja lemang kat rumah dia bila beraya ke sana. Penat sebenarnya nak jaga api lemang ni. Tambah2 puasa2 ni kan. Masa tu la teringat lai ci kang lah, sirap selasih la..air tebu lah entahapehape la yang teringat lagi…tambah2 bila berpeluh satu badan sebab bahang api lemang tu..kalau jaga api lemang ni jgn la suruhh aku buat benda lain. Penat. Boleh tersadai di tepi pintu macam dugong terdampar di pantai..penat wooooo. Setakat nak masukkan beras pulut dan santan dlm buluh lemang ok lagi lah. Nak jaga api tu haiii…panassss..kalau pikir2 la kan..ni baru api lemang..kalau api neraka mcm mana la…nauzubillahiminzalik...

Tahun ni aku cuti seminggu. Jumaat aku dah balik sini. Masuk keje hari tu. Then sabtu ahad cuti lagi. Woha! Sebab lepas tu aku akan bercuti panjang. Ramai kata kenapa aku cuti sekejap. Aku check2 balik cuti aku takde la pendek mana pon aku amik cuti. Ok la tu kalau dibilang dari hari Jumaat ni sampai Khamis depan. Sempat sangat2 kalau aku nak manja2 dengan mak..Cuma aku balik ke KL hari Rabu. Khamis tu aku nak rehat2 kat rumah nak kemas2 rumah cabut2 rumput n cabut la apa2 yang patut. Nanti kalau nak buat open house takde la rumah tu tunggang terbalik baru la nak terkocoh2 kemas. Dah terlambat dahh joyahhh...

Program lepas raya? Woha! Kalau tengok dari apa yang kawan2 plan tu, memang menakutkan je. Harap2 semua jadi la. Jangan setakat plan saja tapi tak jadi. Kalau tengok dari sejarah plan kawan2 aku ni, apa dorang plan tu jadi aje. Pagi ni plan, petang terus jadi…memang cayalah kat dorang ni!!

Wah..dah 2.10pm dah…ok la aku stop sini dulu. Buat semua yang terbaca blog aku ni, Selamat hari raya dan maaf zahir batin kalau ada salah silap. Mau duit raya? Kalau ada aku kasi lah. Dengan syarat mai beraya kat rumah aku. Dengan syarat lagi..kalau duit raya masih berbaki lahhh…Woha!!

Tuesday, August 11, 2009

Lepak di hujung minggu

Menghabiskan hujung minggu bersama kawan2 setelah berminggu2 cuba mencari masa yang sesuai adalah satu kenangan yang perlu diingati. Tiada aktiviti yang mencabar. Sekadar bersantai melihat pantai dan ada yang sanggup dipelantingkan ditengah laut dengan berbanana ride, dan berenang2 di kolam renang sambil bermain bola sepak dalam air, ianya sesuatu yang terkesan di hati.

Plan asalnya cuma aku dan Potel saja untuk beriadah di sana. Kami memang tidak mempunyai masa yang cukup memandangkan weekend selalunye padat dengan mcm2 hal. Setelah ditolak, didarab , dibahagi dan dikuasa duakan, maka last weekend adalah satu2nya minggu yang free buat kami. Itupon selepas aku dengan rela hatinya melepaskan peperiksaan PTD pada hari Sabtu. Setelah difikirkan adalah lebih baik memberi peluang kepada mereka yang memerlukan pekerjaan kerana aku tidak mempunyai masalah itu. Aku sendiri tidak menjangkakan akan menerima surat tawaran menghadiri peperiksaan memandangkan tawaran pertama dulu telah aku tolak. Lama dulu.Aku pon dah tak ingat bila.

Berbalik kepada perancangan kami, dari berdua ia meningkat kepada tiga, empat dan seterusnya berbelas2. Walaupon ianya cuma sessi lepak dihujung minggu, tapi memandangkan ianya lebih dari sepuluh orang, perancangan rapi amat diperlukan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupon pada awalnya ada masalah logistik yang tak sepatutnya terjadi. Atas kecekapan seorang sahabat yang menguruskan penginapan kami,semuanya lancar dan kami sangat berpuas hati.

Aku akan cuba menjadikan aktiviti melepak ini sebagai aktiviti tahunan insyaAllah. Buat sahabat yang hadir pada hujung minggu lepas, terima kasih byk2 dan lain kali kita lepakkk lagiii...

Wednesday, August 5, 2009

Sapa nyorok gula ni?

Menjelang bulan Ramadhan atau Syawal, akan kedengaranlah di dalam berita perdana atau di media massa yang kita kekurangan bekalan asas seperti gula dan tepung. Aku tepuk dahi. pelan saja. Kalau kuat, sakit.

Kenapa aku tepuk dahi? Sebab setiap tahun akan terjadi perkara yang sama. Apa alasan gula kurang di pasaran? Yang kelakarnya, kekurangan gula agak kritikal di Perlis, negeri pengeluar gula yang utama di Malaysia. Tidakkah kelakar bunyinya?

Aku tau dan mengagak ini disebabkan pengeluar/pengilang nak pastikan harga gula naik menjelang musim perayaan, maka mereka sengaja mengedarkan gula dengan terhad dan menyorokkan sebahagian yang lain. Tak silap aku baru beberapa hari Ismail Sabri memberi jaminan harga gula tidak akan naik, tup tup gula sudah kurang di pasaran. Tidak bolehkan kerajaan buat sesuatu tentang ini kerana ianya berlaku setiap tahun?

Tidak bolehkan kerajaan keluarkan amaran kepada pengeluar tentang ini? Kenakan penalti atau sita lesen sekiranya mereka masih melakukan perkara ini? Ya, memang kita bergantung sepenuhnya kepada pengeluar. Tapi apa guna ada kerajaan kalau ia tidak boleh memantau perkara ini yang berlaku saban tahun? Dah muak la dengar kes gula kurang, tepung kurang apa semua ni.

Kita dah tau benda ni akan berlaku kan, so do something lah before it happens again and again. Yang jadi mangsa, rakyattt jugak. Benda2 mcm ni tak perlu seorang rakyat mengingatkan pemimpinnya. Kalau tidak apa gunanya jadi pemimpin kalau tidak buat kerja? KPI mcm mana? Aku sangat2 menyarankan lah agar KPI semua kementerian ni di'disclose'kan buat tatapan rakyat. So, kalau ada kementerian yang tak buat kerja dengan betul, rakyat boleh tegur.

Gaji menteri2 semua adalah dari duit rakyat. Maka, tentulah rakyat merupakan employer kepada menteri2, wakil2 rakyat semua. Rakyat yang patut evaluate mereka2 ini. Lama kan masa 5 tahun untuk rakyat nak evaluate menteri2, wakil2 rakyat ni. Sebab itu amat wajar sangatlah KPI mereka di paparkan buat tatapan rakyat. Baru rakyat dapat mengukur sejauh mana kecekapan seseorang pemimpin buat kerja untuk kebajikan rakyat. Ini baru betul. Kalau sekadar meletakkan beberapa KPI di dada akhbar dan bukan utk semua kementerian, bagaimana rakyat nak tahu akan peratus ketelusan pemimpin menjalankan kerja? Kalau nak buat, buatlah betul2. Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Sedikit masa lagi tunggu lah pula tepung kehabisan di pasaran. Kita tunggu dan lihat. Kalau tidak ada, aku ucapkan syabas kepada Ismail Sabri.

Apabila H1N1 menyerang

Makin hari makin bertambah. Memang merisaukan. Kalau setiap hari kita mendengar mangsa H1N1 ada yang meninggal, ada yang positive , bukankah ini sepatutnye merisaukan kita? Aku risau. Kemungkinan besar aku perlu memikirkan kembali trip selepas raya nanti. Juga trip next year sekiranya penyakit ini semakin tersebar dengan meluasnya.

Angkanya aku tak pasti. Tetapi kalau semakin banyak pusat pengajian tinggi ditutup, sekolah2 rendah dan menengah ditutup dan hospital semakin bertambah pesakit ini , tentu ianya kes yang serious. Ini yang kita baca dan kita dengar/lihat dari media massa/elektronik. Bagaimana kes yang kita tak tau atau sengaja tidak di'disclose'kan kepada orang ramai?Sungguh merisaukan bukan.

Pendapat aku, adalah penting utk pihak berwajib mengingatkan rakyat jelata tentang wabak yang semakin agressive ini. Jangan hanya mengatakan ianya terkawal. Tetapi sebenarnya tidak. Perkara sebenar perlu diberitahu. Sekiranya tidak, rakyat tidak akan sensitive dengan keadaan ini. Sehingga berita semalam, 8 orang dah meninggal. Itu yang meninggal. Yang kritikal? Yang sah positive?

Satu lagi, pihak kerajaan sepatutnye mengedarkan topeng muka secara percuma kepada seluruh rakyat jelata. Kementerian Kesihatan wajib peka dengan keadaan ini. Dengan ekonomi yang tidak menentu eloklah diberi sumbangan sedikit kepada rakyat. walaupon topeng muka tu hanya bernilai RM1 lebih dan ramai mampu membeli, tapi silalah tunjukkan keprihatinan kepada rakyat.


Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE, SARS, Selsema Burung dan kini Selsema Babi pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat.

Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;

“Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).”(HR: Ibnu Majah).

Untuk menghindarkan diri kita dari terkena penyakit2 ini, berdoalah selalu padaNYA.

Friday, July 31, 2009

cerita pendek

Senang hati aku melihat Potel agak happy lately. Malam tadi, dia dah masak nasi. Pagi ni dia bawak nasi goreng untuk officemate 'test'. Kalau OK, dia akan terus memberi sumbangan . Dah hobi dia memasak, elok disalurkan ke tempat yang sepatutnye.

Aku pon menumpang sekaki bawa utk ofcmate. Alhamdulillah, next week dah siap2 dorang order. Potel sangat happy. Aku pon. Biar dia buat benda yang happy. Kurang sket stress tu.

Aku dah bitau Potel, kalau dia nak teruskan niat dia, aku setuju n sokong sepenuhnya. Bukan lama pon. Tak sampai 2 tahun. Kalua dia nak teruskan lepas tu pon aku tetap sokong. Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Hal2 rumah atau benda2 lain jgn dirisaukan. Aku akan bertangungjawab sepenuhnya. Yang penting dia dapat meneruskan niat murninya itu.InsyaAllah, niat yang baik Allah akan makbulkan. Yang penting usaha, doa dan tawakkal.