Wednesday, April 29, 2009

Buat mama

Selamat ulang tahun dan semoga hidup sentiasa dilimpahi keberkatan.

Wednesday, April 22, 2009

Demam

Ini kisah semalam.Kisah hari Selasa.

Semalam aku demam. Aku mc. Tak pergi kerja. Sms boss cakap mc. Sungguh aku tak larat. Sampai nak ke klinik amik mc pon aku tak larat. Sudahnya aku di rumah saja.

Ubat ada. Aku dah amik sehari sebelum tu lagi. Hari Isnin. Amik di klinik bawah office. Dah petang pon. Jadi aku tak minta la mc. Naik office, aku makin tak larat. Terus kemas barang. Aku balik 3.30pm. Amik time off. Bila sihat aku akan gantikan balik.

Sampai rumah, aku rehat sambil tengok tv. Lebih kurang pukul 6 lebih, Potel sampai rumah. Dalam keadaan pening2 lalat aku gagahkan juga pegi ke Secret Recipe. Kesian Potel. Dia nak ajak aku pegi Chillis. Tapi keadaan aku tak mengizinkan. Kang termuntah dalam keta, aku tak sanggup nak basuh.

Balik dari Secret Recipe, aku rasa mual. Tau dah. nak muntah la tu. Memang pon. Segala yang aku makan tadi semua keluar balik. Lepas solat aku terus terkedang atas katil. Nak buka mata pon tak larat. Nak kerling2 pon tak mampu dah. Akhirnya aku tertidur.

Bangun pagi semalam. Sore aku dah kalah penyanyi rock. Makanya keputusan diambil dengan segera. Sms boss kata mc. Tak seronok juga duk di rumah sorang2 ni. Bosan.Aku layan je tv. Sempat aku masak nasi, tumbuk cili padi, goreng bilis. Masak nasi goreng.Nyum!nyum!nyum! Dalam tak larat tu sempat aku mengabihkan nasi goreng dalam pinggan. Ye..demam, demam jugak. Time makan tetap selera.Aku tinggalkan sket utk Potel kalau2 dia balik lunch nanti.

Lepas makan nasi goreng, aku telan ubat. Lepas tu aku layan tv lagi. Tak sedor bila aku membuta. Sedar sedar pon bila ada orang ketuk pintu. Oh..Potel rupanya. Dia bawak 2 bungkus laksa serta kuih donat n goreng pisang. Aku teman dia makan.

Lepas dia pegi kerja, aku lepak lagi tengok tv. Dah takde keroje lain aku ni. Nak bawak keta pegi service pon terbantut sebab aku jalan pon mcm orang mabuk todi. Tak stabil. So baik la aku rehat je kat umah. Sesambil tu aku lipat baju.

Aku jenguk kat luar rumah. Rumput dah naik 3 inci. Aku pantang ada rumput tumbuh kat laman, mesti nak cabut. Tapi kali ni, aku nengok je. Aku tak cabut. Dengan panasnya lagi, tak kuasa aku nak cabut rumput. Biarlah dia panjang sket. Weekend ni aku cabut la kalau rajin. Comel pulak aku tengok rumput tu tumbuh di celah2 batu putih tu.

Dari rumput di celah2 batu putih, pandanganku beralih ke arah akuarium ikan puyu. dari luar, tiada siapa yang tahu akuarium hijau lumut tu didiami oleh sang puyu berjumlah 7 ekor. Seingat aku baru 2 minggu lepas aku cuci akuarium tu. Sekejap je dah bertukar jadi lumut. Biarlah. Ikan puyu memang suka habitat mcm tu. Kalau air bersih sangat, rimas agaknya dia.

Hari ni. Aku dah sihat. Alhamdulillah. Walaupon batuk masih menyerang. Selesema masih ada. sore masih garau. Ubat pulak tertinggal kat rumah. Tak apalah. Janji aku dah ok dan boleh kerja.

Monday, April 20, 2009

Mansuh UPSR dan PMR?Betulkah?

Dah lama aku tak memblog. Banyak alasan. Alasan utama sibuk dengan kerja.Selebihnya penat. Bila kerja banyak, maka kepenatan otak bertambah.Ini memungkinkan tiada idea menarik untuk dilakarkan di sini.

Hari ni kerja tetap ada. Tapi aku terasa ingin membiarkan jari jemari menari2 di atas keyboard..memuntahkan idea idea yang masih kabur. Setelah sekian lama tidak menulis,agak susah untuk menyelongkar idea idea yang boleh dijadikan tatapan buat diri sendiri.

Ya. Aku sebenarnya tiada apa untuk dibicarakan.Politik?aku sudah muak. Cuma pagi tadi, sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja, aku menadah telinga mendengar celoteh di Ikim. Topiknya tentang pemansuhan UPSR dan PMR.Apa kebaikan dan keburukannya. Ramai yang memberi pendapat pro n cons.Aku tidak pasti sama ada pemansuhan peperiksaan ini sudah diumumkan atau pon ini hanya topik pagi yang diutarakan. Tapi topik ini memang menarik utk diperkatakan.

Ralatnya di sini ialah setiap kali kementerian bertukar menteri, maka sudah barang tentu ada saja benda yang nak dirombaknya. Pak menteri mahu meninggalkan jasa. Maka ada ada sajalah pembaharuan yang ingin dilakarkan.Pembaharuankan itu?

Cuma ingin diingatkan. Jangan kerana mahu meninggalkan nama dan jasa, ia bakal menyusahkan orang lain. Hanya kerana pak menteri seorang, habis semua pelajar2 akan mendapat kesan.

Peperiksaan adalah satu penilaian kepada pencapaian seseorang pelajar. Sekiranya tiada peperiksaan, kita tidak akan tahu prestasi pelajar tersebut. Tanpa peperiksaan, pelajar tidak akan bersungguh2 untuk belajar. Umumnya kesungguhan belajar ini dikaitkan dengan semangat untuk mendapat yang terbaik. Untuk ditempatkan di sekolah2 berasrama penuh yang terbaik.Ini impian setiap pelajar yang tekun belajar.

Sekiranya tiada peperiksaan besar seperti UPSR atau PMR, maka bagaimana hendak menyerapkan pelajar yang berkebolehan di sekolah berasrama penuh? Cukupkah dengan hanya bergantung dengan peperiksaan peringkat sekolah?Sedangkan setiap sekolah di Malaysia berlainan soalan peperiksaan diperingkat sekolah yang kebanyakan disediakan oleg guru sekolah terbabit.

Tidak seperti UPSR dan PMR yang mana kertas peperiksaannya adalah standard untuk semua sekolah2 di Malaysia dan disediakan oleh guru yang sudah berpengalaman dan berkebolehan. Sistem yang sudah sedia ada pada pendapat aku, sudah cukup molek. Kalaulah ingin dirombak pon, mungkin sukatan pelajarannya, bukan dirombak terus peperiksaan itu. Pendapat aku la.

Bukan apa. Proses ini akan merumitkan ramai pihak. Mungkin pelajar akan menarik nafas lega kerana tiada la peperiksaan yang membebankan diri mereka. Tapi kalau difikirkan untuk jangka masa yang panjang, ini sebenarnye merugikan mereka. Guru2 terutamanya yang menyediakan perkhidmatan tuisyen utk para pelajar juga tentu akan merasa bahangnya apabila pendapatan sampingan mereka sudah tiada sekiranya UPSR atau PMR dimansuhkan.

Bukan saja pada guru2 tuisyen atau pusat2 tuisyen yang terlibat dalam hal ini. Penerbit atau penulis buku2 peperiksaan atau panduan peperiksaan juga akan menerima nasib yang sama.

Saranan aku , sekiranya ini benar, maka pihak kementerian perlu mengenalpasti kesan2 yang bakal berlaku hasil daripada pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR ini. Jangan terus melaksanakan tanpa mendapat reaksi dari masyarakat. Pemantauan perlu dilakukan utk mengkaji apa buruk baiknya sekiranya tiada lagi peperiksaan ini.Jangan kerana kita ingin mengurangkan satu beban, maka kita mengambil tindakan yang kurang bijak yang hanya akan merugikan kita dan anak bangsa kita pada masa akan datang.