Monday, April 20, 2009

Mansuh UPSR dan PMR?Betulkah?

Dah lama aku tak memblog. Banyak alasan. Alasan utama sibuk dengan kerja.Selebihnya penat. Bila kerja banyak, maka kepenatan otak bertambah.Ini memungkinkan tiada idea menarik untuk dilakarkan di sini.

Hari ni kerja tetap ada. Tapi aku terasa ingin membiarkan jari jemari menari2 di atas keyboard..memuntahkan idea idea yang masih kabur. Setelah sekian lama tidak menulis,agak susah untuk menyelongkar idea idea yang boleh dijadikan tatapan buat diri sendiri.

Ya. Aku sebenarnya tiada apa untuk dibicarakan.Politik?aku sudah muak. Cuma pagi tadi, sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja, aku menadah telinga mendengar celoteh di Ikim. Topiknya tentang pemansuhan UPSR dan PMR.Apa kebaikan dan keburukannya. Ramai yang memberi pendapat pro n cons.Aku tidak pasti sama ada pemansuhan peperiksaan ini sudah diumumkan atau pon ini hanya topik pagi yang diutarakan. Tapi topik ini memang menarik utk diperkatakan.

Ralatnya di sini ialah setiap kali kementerian bertukar menteri, maka sudah barang tentu ada saja benda yang nak dirombaknya. Pak menteri mahu meninggalkan jasa. Maka ada ada sajalah pembaharuan yang ingin dilakarkan.Pembaharuankan itu?

Cuma ingin diingatkan. Jangan kerana mahu meninggalkan nama dan jasa, ia bakal menyusahkan orang lain. Hanya kerana pak menteri seorang, habis semua pelajar2 akan mendapat kesan.

Peperiksaan adalah satu penilaian kepada pencapaian seseorang pelajar. Sekiranya tiada peperiksaan, kita tidak akan tahu prestasi pelajar tersebut. Tanpa peperiksaan, pelajar tidak akan bersungguh2 untuk belajar. Umumnya kesungguhan belajar ini dikaitkan dengan semangat untuk mendapat yang terbaik. Untuk ditempatkan di sekolah2 berasrama penuh yang terbaik.Ini impian setiap pelajar yang tekun belajar.

Sekiranya tiada peperiksaan besar seperti UPSR atau PMR, maka bagaimana hendak menyerapkan pelajar yang berkebolehan di sekolah berasrama penuh? Cukupkah dengan hanya bergantung dengan peperiksaan peringkat sekolah?Sedangkan setiap sekolah di Malaysia berlainan soalan peperiksaan diperingkat sekolah yang kebanyakan disediakan oleg guru sekolah terbabit.

Tidak seperti UPSR dan PMR yang mana kertas peperiksaannya adalah standard untuk semua sekolah2 di Malaysia dan disediakan oleh guru yang sudah berpengalaman dan berkebolehan. Sistem yang sudah sedia ada pada pendapat aku, sudah cukup molek. Kalaulah ingin dirombak pon, mungkin sukatan pelajarannya, bukan dirombak terus peperiksaan itu. Pendapat aku la.

Bukan apa. Proses ini akan merumitkan ramai pihak. Mungkin pelajar akan menarik nafas lega kerana tiada la peperiksaan yang membebankan diri mereka. Tapi kalau difikirkan untuk jangka masa yang panjang, ini sebenarnye merugikan mereka. Guru2 terutamanya yang menyediakan perkhidmatan tuisyen utk para pelajar juga tentu akan merasa bahangnya apabila pendapatan sampingan mereka sudah tiada sekiranya UPSR atau PMR dimansuhkan.

Bukan saja pada guru2 tuisyen atau pusat2 tuisyen yang terlibat dalam hal ini. Penerbit atau penulis buku2 peperiksaan atau panduan peperiksaan juga akan menerima nasib yang sama.

Saranan aku , sekiranya ini benar, maka pihak kementerian perlu mengenalpasti kesan2 yang bakal berlaku hasil daripada pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR ini. Jangan terus melaksanakan tanpa mendapat reaksi dari masyarakat. Pemantauan perlu dilakukan utk mengkaji apa buruk baiknya sekiranya tiada lagi peperiksaan ini.Jangan kerana kita ingin mengurangkan satu beban, maka kita mengambil tindakan yang kurang bijak yang hanya akan merugikan kita dan anak bangsa kita pada masa akan datang.

6 comments:

zakiah said...

Saya adalah batch kedua di malaysia yang ambil UPSR.. dan batch terakhir yang ambil SRP...

agak2nya tanpa semua peperiksaan bagaimanakah seorang pelajar nak tahu tahap pencapaiannya?

Walaupun saya sebenarnya pun tak berapa suka exam.... hua hua hua

pires said...

em, decision gomen ni...selalunya try and error.

yang susahnya, budak2 nantilah. damn, dah takde benda lain ke yang nak diberi perhatian?dok sibuk pasal exam ni kenapa lah...

Aku said...

pires,
itulahnya..
sebab kepentingan diri, abis semua kena tempiasnya..

zakiah,

kita tunggu dan lihat hasilnya nanti. jangan nanti 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'..opsss...ada kaitan tak dengan peribahasa ni..?hehehe

sky said...

dah macam sini gamaknya.
sekolah tak de homework.

konsep : kita ikut kan apa minat budak-budak..

Aku said...

tu la is...kat sini, menteri baru semua benda dia nak tukar. tatau la aku..nasib baik la aku dah tak sekolah lagi dah.

zakiah said...

masalahnya akak, memang dah jadi masalah pun...
macammana pula kita nak buang perkataan masalah ni daripada kamus dewan hehehehe