Friday, July 31, 2009

cerita pendek

Senang hati aku melihat Potel agak happy lately. Malam tadi, dia dah masak nasi. Pagi ni dia bawak nasi goreng untuk officemate 'test'. Kalau OK, dia akan terus memberi sumbangan . Dah hobi dia memasak, elok disalurkan ke tempat yang sepatutnye.

Aku pon menumpang sekaki bawa utk ofcmate. Alhamdulillah, next week dah siap2 dorang order. Potel sangat happy. Aku pon. Biar dia buat benda yang happy. Kurang sket stress tu.

Aku dah bitau Potel, kalau dia nak teruskan niat dia, aku setuju n sokong sepenuhnya. Bukan lama pon. Tak sampai 2 tahun. Kalua dia nak teruskan lepas tu pon aku tetap sokong. Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Hal2 rumah atau benda2 lain jgn dirisaukan. Aku akan bertangungjawab sepenuhnya. Yang penting dia dapat meneruskan niat murninya itu.InsyaAllah, niat yang baik Allah akan makbulkan. Yang penting usaha, doa dan tawakkal.

Monday, July 27, 2009

Hujung minggu yang padat

Sebetulnya kesibukan bekerja tidak membataskan diri ini untuk sama2 memeriahkan majlis anjuran keluarga. Aku seboleh2nya cuba untuk membahagikan masa yang adil sama ada untuk diri, keluarga atau kawan2.Namun, apabila tarikhnya bertindan dengan perkara lain yang timbul secara tiba2 maka perlu dipastikan agar ia tidak tertinggal di dalam schedule yang semakin penuh ini.

Dikisahkan hujung minggu lepas jadual kami agak padat. Sabtu kami perlu mengikuti CPD Talk di MIM selama setengah hari. Kemudian menghadiri majlis pertunangan adik angkat di Ampang. Ikut perancangan, aku ke rumah keluarga angkat hari Jumaat malam untuk menghulurkan tulang empat kerat menolong apa2 yang patut. Ini memandangkan keesokan harinya aku perlu menghadiri CPD Talk selama setengah hari. Tidak sedap hati datang ke rumah hanya untuk menikmati hidangan tanpa menolong.KIta bukan lagi tetamu malah sudah dianggap saudara seibu sebapa. Jadi faham2lah.

Petang Jumaat ibu di Melaka memberi khabar bahawa mereka dalam perjalanan ke KL dan akan menginap di Bukit Jelutong. Tujuannya adalah utk membeli keperluan adik yang akan menghadiri majlis konvokesyen tak lama lagi.Aku dan Potel buntu sekejap. Mana satu perlu didahulukan. Dua2 sama penting. Lantas aku menalipon ahli keluarga di Ampang bertanyakan tentang persiapan utk esok hari. Kata mereka, tidak perlu terkocoh2 datang malam kerana tidak ada apa2 yang perlu ditolong. Memadai menolong mengemas selepas majlis esok harinya. AKu menarik nafas lega. Selesai satu perkara.

Maka , Selepas maghrib kami bertolak menuju ke Bukit Jelutong untuk bersama keluarga dari Melaka. Pakaian utk menghadiri majlis dan CPD Talk sudah siap di bawa bersama. Memang kami kepenatan tapi apabila ianya berkaitaan keluarga, hilang rasa penat itu. Bukan selalu pun kita dapat meluangkan masa dengan keluarga.

Majlis pada hari Sabtu berjalan dengan lancar. Aku yang kepenatan sempat memejamkan mata selama sejam lebih sebelum dikejutkan Potel untuk menolong mengemas sebelum kami berangkat pulang. Kami sempat membasahkan diri di rumah dan bersantai seketika sebelum kembali ke Bukit Jelutong kerana esok paginya mereka dah nak balik ke Melaka. Kena jumpa sebelum balik. Bukan senang mak nak datang sini tanpa sebab. Bukan senang dia nak meninggalkan kedai makannya begitu saja kalau tak sebab pekerjanya boleh menguruskan sendiri dan boleh dipercayai.

Kami pulang ke rumah selepas maghrib. Walau mcm mana pon, berehat dan bermalam di rumah adalah nikmat yang tidak terhingga.

Pagi ahad terasa begitu indah dengan limpahan air hujan membasahi bumi. Sungguh nikmat terasa berbaring di atas katil sambil mendengar bunyi hujan turun. Namun, bila mendapat sms dari seorang rakan, kami bergegas menukar pakaian utk ke pasar borong. Ada beberapa rakan ingin menikmati hidangan tengah hari di rumah. Antaranya sudah lama kami tak jumpa.

Menu tengah hari itu, ketam masak lemak, ikan kembung goreng, baby kailan goreng, ikan terubuk masin, tempe goreng serta sambal ikan bilis sungguh menyelerakan sekalian yang hadir. Apatah lagi apabila kerongkong dibasahi dengan sirap laici cukup menyempurnakan hidangan tengah hari itu.

Kami berborak sampai ke petang. Dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran sahabat yang membawa goreng pisang, keledek dan cokodok sambil minum kopi pekat dan teh. Sudah lama tidak berkumpul begitu, tentulah banyak cerita dari satu mulut ke satu mulut.

Terima kasih kepada sahabat yang hadir yang sentiasa mewarnai kehidupan kami. Kamu semua adalah sahabat sejati yang tidak ada galang ganti.