Menghabiskan hujung minggu bersama kawan2 setelah berminggu2 cuba mencari masa yang sesuai adalah satu kenangan yang perlu diingati. Tiada aktiviti yang mencabar. Sekadar bersantai melihat pantai dan ada yang sanggup dipelantingkan ditengah laut dengan berbanana ride, dan berenang2 di kolam renang sambil bermain bola sepak dalam air, ianya sesuatu yang terkesan di hati.
Plan asalnya cuma aku dan Potel saja untuk beriadah di sana. Kami memang tidak mempunyai masa yang cukup memandangkan weekend selalunye padat dengan mcm2 hal. Setelah ditolak, didarab , dibahagi dan dikuasa duakan, maka last weekend adalah satu2nya minggu yang free buat kami. Itupon selepas aku dengan rela hatinya melepaskan peperiksaan PTD pada hari Sabtu. Setelah difikirkan adalah lebih baik memberi peluang kepada mereka yang memerlukan pekerjaan kerana aku tidak mempunyai masalah itu. Aku sendiri tidak menjangkakan akan menerima surat tawaran menghadiri peperiksaan memandangkan tawaran pertama dulu telah aku tolak. Lama dulu.Aku pon dah tak ingat bila.
Berbalik kepada perancangan kami, dari berdua ia meningkat kepada tiga, empat dan seterusnya berbelas2. Walaupon ianya cuma sessi lepak dihujung minggu, tapi memandangkan ianya lebih dari sepuluh orang, perancangan rapi amat diperlukan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupon pada awalnya ada masalah logistik yang tak sepatutnya terjadi. Atas kecekapan seorang sahabat yang menguruskan penginapan kami,semuanya lancar dan kami sangat berpuas hati.
Aku akan cuba menjadikan aktiviti melepak ini sebagai aktiviti tahunan insyaAllah. Buat sahabat yang hadir pada hujung minggu lepas, terima kasih byk2 dan lain kali kita lepakkk lagiii...
Tuesday, August 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
dude,
perlu aktiviti melepak di hujung minggu ni..untuk kesegaran diri dan kelapangan minda gitu! sambil2 tu buleh gak tengok berbagai aksi menarik! err.. termasuklah menanduk gaya mendada! hahahaha (ampunlah ye kepada yang tuan empunya diri) :P
yep betul...!!
kena cari port yang ada air la kalau mau meneruskan aktiviti mendada ni..hahahah!!!
dey... mana lu punya update ? .. tengok Lin ! selalu dia update ...
hahahaha .. saja provoke
Selamat Berpuasa Blue !
Post a Comment