Friday, September 28, 2007

Tips kejutkan org bersahur


kalau nak kejutkan org bangun tidur esp sahur..cam ni antara caranya..


1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond


tp kalau still tak effect

1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau bleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempabumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bg ambik bau sikit

tp kalau still tak effect gak

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

tp kalau still tak effect gak...ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya

Wednesday, September 26, 2007

From KL to Sydney-Part 4

Balik dari kerja, Potel ajak aku jalan2 di Sydney City. Hari ke 3 di sana baru dpt tau rupanya bus stop paling dekat betul2 depan hotel penginapan kami. Sebelum ni punye le jauh kami berjalan ke Macquarie Centre nak naik bus. Tak apa lah. anggap tu exercise walaupon ada masanya hampir putus nafas naik bukit turun bukit.

Kali ni kami berjalan2 di Circular Quay. Circular Quay ni tempat Feri berlabuh mengambil penumpang untuk ke Taronga Zoo juga jalan untuk kita pergi ke Opera House. cuaca malam memang sejuk. Ramai betul orang bersiar2 sambil lepak2 di deretan cafe yang menghadap ke laut dan Harbour Bridge.

Sambil lepak sambil snappy2. walaupon tak berapa jelas tapi puas hati sangat2 sebab dapat melihat keindahan malam di Sydney City.

Harbour Bridge waktu malam dari Circular Quay.


bangunan yang bercahaya diwaktu malam menghadap ke Opera House


Opera House waktu malam.


disebabkan tak tahan kesejukan yang sudah melarat ke tulang selangka, maka kami bergerak meninggalkan Circular Quay lepas hampir 3 jam lebih lepak2 di situ.

Seksa giler nak cari jalan yang kami turun dari bus tadi. Maka kami berlegar2 di sekitar bangunan di situ sambil melihat map utk mencari jalan menuju ke QVB. pening jugak. dah la malam. sejuk plak tu. tahan sajalah. Setelah ringan mulut bertanya mamat 7E maka kami sampai jugak kat bus stop di QVB.

Memang penat berjalan tapi puas.

Friday, September 21, 2007

Al-Fatihah buat adik Nurin Jazlin

Aku sedih dan tanpa di tahan2 aku menangis bila tengok dalam paper mayat budak dijumpai dalam beg sukan di depan sebuah kedai. aku menangis tengok gambar mayat budak tu. tu baru paper tunjuk muka. bukan the whole body. mesti keadaan mayat sungguh menyayat hati.

dan aku berharap agar pembunuh yang berhati syaitan itu akan ditangkap dalam masa terdekat ini. apa lah salah budak kecik yang belum kenal erti hidup tu sampaikan sanggup mendera dia sedemikian rupa. apa salah dia? aku sedih sangat lah dengan fenomena yang makin teruk melanda negara kita ni. makin lama makin menjadi2 jenayah untuk kanak2. kalaupon diwujudkan akta kanak2 tetapi tidak ada tindakan yang diambil, tak guna jugak. kerajaan perlu pantau jenayah2 ni supaya tak menular ke serata tempat.

kalau diikutkan sejarah kekejaman terhadap kanak2 ni, bukan baru.dah lama . ingat lagi kan kes adik nurulhuda yang dirogol dan dibunuh di rumah TNB kat gelang patah tu. dan byk lagi kes2 menyayat hati sebelum tu. kerajaan patut menggubal akta kanak2 ni dah lama dah. jangan bila terhantuk baru nak terngadah. kita selalu mcmtu la. bila jadi benda2 yang teruk2 banyak kali baru nak baut akta tu la akta ni la. cuba pantau dari awal.

pada aku , penjenayah kanak2 ni patut dihukum depan khalayak ramai. supaya boleh bagi pengajaran pada orang ramai. kanak2 adalah manusia lemah yang perlukan lindungan dari orang dewasa. tapi hari ini kanak2 adalah spesis terancam yang diancam oleh orang dewasa sendiri malah ramai yang diancam oleh kaum keluarga sendiri. di mana letaknya sifat perikemanusian kita pada mereka?apa dosa budak2 diseksa didera sebegitu rupa?binatang pon tau sayang anak dia. tau nak cari makan utk anak dia. tau nak jaga anak dia dari ancaman anasir luar.

untuk ibu bapa di luar sana, awasi anak anda. sebab kita tanpa sedar mungkin membuka peluang pada penjenayah berhati syaitan bertopengkan manusia untuk mengjadikan anak kita mangsa kerakusan nafsu syaitan mereka. jangan dibiarkan anak keluar sorang2. kalau nak pegi pasar malam tu jangan la bawak budak2. nak pegi shopping tu hati2 la dengan keaktifan anak2 kita. jangan biarkan anak lepas dari pandangan mata.


Al-Fatihah buat adik Nurin Jazlin. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Thursday, September 20, 2007

From KL to Sydney-Part 3

Monday-10/9/07

sebelum Potel pegi keje kami breakfast sesama dulu. dalam bilik sajalah dengan makanan yang di beli di Woolworth semalam.

Nasib baik perut aku tak ngidam minta nasi goreng


strawberry bersalut nutella.rasanya ada umppphhh!


Pukul 8am Potel pegi keje naik van dari hotel. So aku lepak2 kat reception area baca paper. Sementara nak tunggu housekeeper siap kemas bilik aku pon terus la menjalankan aktiviti exercise kaki lepak di Macquarie Centre. Dengan angin sejuk musim bunga membuatkan badan rasa sungguh segar. Keletihan berjalan kaki pon tak terasa dengan cuaca sebegitu.

hasil dari exercise kaki ke MC. boleh dimakan sambil nonton.


bersambung lagi...dan lagi.

Monday, September 17, 2007

From KL to Sydney-Part 2

Dari Macquarie centre ke Sydney City memakan masa lebih kurang setengah jam. Kami turun di Queen Victoria Building (QVB). Memang cantik QVB ni. Binaan kurun ke 18 dan masih bertahan hingga sekarang. QVB ni serves as shopping centre tapi mostly kedai2 di dalam tu semuanya dari designer2 yang terkenal la mcm Ralph Lauren la Salvatore Ferregamo la dan banyak lagi. Juga ada byk coffee house utk sessi melepak.


pemandangan di dalam QVB



Walaupon Sydney dipenuhi dengan bangunan modern yang mencakar langit, bangunan lama tetap dijaga dengan baik.Kami menyusuri jalan2 di Sydney untuk mencari Paddy's Market. Paddy's Market ni terletak di kawasan China Town. Terkenal dengan barangan souvenir dengan harga yang murah compared dengan kedai lain. Jauh sket la nak berjalan. Kena ringan mulut bertanya orang2 di situ jalan nak ke sana, kang sesat letih wooo nak berjalan. Dah la jalan kat sana bukan rata. Berbukit2. Nasib baik la cuaca sejuk. So takde la terasa letih atau berpeluh2. Kalau lalu kawasan ni kita rasa mcam berada di Petaling Steet sajalah sebab almost 95% pekedai kat Paddy's Market ialah Chinese.

Lagipon barangan souvenir Australia memang semuanya Made in China. Kalau nak jumpa original Made in Australia ni mcm Boomerang ke Tshirt ke. Tapi Mahal. Pelik juga kenapa Australia tak hasilkan sendiri barangan souvenir. Mungkin kalau dia buat, harga mahal so orang tak nak beli sangat.

Entrance masuk ke Paddy's Market. Minah Saleh ni tetiba lak termasuk dalam ini gambarlah



Keadaan dalam Paddy's Market.



Dah beli apa2 yang patut kami lepak2 di Darling Harbour sambil snap2 pic yang menarik. Darling Harbour ni banyak tempat makan.




Kami meneruskan sessi berjalan menjelajah Sydney City sambil snappy2.

Monyet yang pemalu dan tak sanggup diambil gambar.hik hik hik


Di Malaysia namanya Burger King,di sini dikenali sebangai Hungry Jack



Tugu Queen Victoria



Sydney City Council


Melihat jam tangan yang menginjak ke hampir pkl 5pm memang kami tak sempat nak ke Opera House dan menikmati pemandangan di sekitar Circular Quay. Lagipon kaki aku ni dah kematu nak berjalan. Aku hanya teringatkan katil yang empuk saja. Sebelum balik kami masuk Ke Woolworth Supermarket beli barang2 makan. Esok Potel kerja. So aku yang bakal melepek di Hotel ni perlu bekalan makanan yang cukup. Sambil makan sambil nonton tv. Memang aku yang betul2 bercuti nih.

Aku tak dapat bayangkan boleh ke aku bertahan seminggu di sini dengan hanya melepak saja? Atau aku mengambil tindakan nekad untuk berjalan sorang2 di sekitar North Ryde? Boring jugak tau nak tunggu Potel balik kerja. 8am till 5pm. takkan aku nak membatu dlm bilik je? Takkan aku nak guling2 golek2 dalam bilik sambil menyingkap langsir memandang pemandangan di luar sana tanpa berbuat apa2? Itukah aku??Apa yang terjadi pada diri aku pada hari2 seterusnya??

Kita tungguuuuuuuuu selepas iniiiiiiii..(sebenarnye letih nak menulis lah..)

From KL to Sydney-Part 1

Firstly, terima kasih byk2 pada bro zorro n rieya yang sudi menghantar aku dan Potel ke airport petang sabtu lepas (8/9/07). Kami berlepas dari KLIA pkl 10pm. Perjalanan yang memakan masa selama 7 jam 5 mins banyak diisi dengan tgk movies n tidur. Tepat jam 7.23am waktu Sydney(5.23am waktu Malaysia) kami selamat mendarat di Kingford Smith Airport, Sydney. Sejuk. Suhu 11 degree celcius.

Kami menaiki taxi dari Sydney Airport ke North Ryde yang memakan masa selama 45 mins. Potel banyak melayan taxi driver kelahiran Cambodia berborak. Aku membuta sepanjang jalan. Letih. Mengantuk. Semua ada. Jalan agak lengang mungkin sebab hari Ahad. Hari cuti. Kami lega bila taxi driver bitau Sydney City boleh masuk hari tu. Sebab before this tempat lawatan ditutup untuk orang ramai sebab ada APEC meeting yang berlangsung dari 2 sept hingga 9 sept 07.

Lepas check-in di Courtyard Marriots, kami terus keluar menuju ke Macquarie Centre(MC) untuk naik bus ke Sydney City. Boleh tahan juga berjalan kaki dari hotel ke MC. 2.5km. Dah le jalan berbukit2. tapi sebab cuaca yang sejuk dan pemandangan di sekitar yang cantik (musim bunga), maka tak terasa letihnye berjalan.

Potel sempat berposing di bus stop dlm keadaan menggigil. di depan tu terbentang jalan bukit bukau yang terpaksa kami lalui utk ke Macquarie Centre.

Sampai di MC kami singgah makan kebab di Ali Baba's Kebab sebelum menaiki bus ke City.


Ali Baba's Kebab kat Macquarie Centre


Medium size dah macam Big size..Kenyang sampai petang

bila dah kenyang baru la seronok nak berjalan2. maka kami pon menaiki bus menuju ke City. tambang sorang AUD4.60. jangan convert nanti buat sakit kepala saja. hehehe..

to be continued...

Salam Ramadhan

Rasanya belum terlambat utk mengucapkan salam ramadhan pada pada semua warga Muslim yang mengenali diri ini.
Semoga ketibaan ramadhan kali ini akan memberi seribu keberkatan kepada kita.Ameen.

Fadhilat bulan Ramadhan

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

petikan dari:http://www.darulnuman.com

Sunday, September 16, 2007

Sydney (kerja bukan holiday)

Tarikh di gambar ini semuanyer salah sebab si potel tak betulkan tarikh. Dah ler September 2007 jadi 2005. Tapi tak per la. Yg pentingnyer penat tak habis lagi dan kerja bertimbun menunggu si potel di Cbj office. Kesian dia. Aku jugak yg rileks bukan main kat Sydney. ehehehe
Apa apa pun OK la jugak Sydney walaupun tanpa persediaan apa pun sbb semuanyer very short notice. Mcm org pergi terkejut.


Aku di Circular Quay, menghadap Harbour Bridge.



OK la jugak sempat tgk Opera House.



Mlm pun pergi jugak lepak kat Opera House, dedekat Circular Quay jugak.

Wednesday, September 5, 2007

kl-lumut-pangkor

kebizian di tempat kerja membuatkan aku betul2 terlupa hari jumaat minggu lepas adalah hari cuti merdeka. Aku memang tak plan langsung untuk ke mana2 memandangkan aku tak membuat persiapan untuk menyambut cuti merdeka yang berlangsung selama 3 hari itu.

setelah berbincang dengan Potel, maka kami membuat keputusan utk bercuti cutian di lumut dan seterusnye ke pangkor. kami bercadang untuk memulakan perjalanan ke lumut selepas habis kerja pada petang khamis.

namun begitu disebabkan ada hal penting yang tak dijangka,Potel mengusulkan kami balik melaka dulu then baru ke lumut. kami bermalam di melaka dan esoknya, pagi jumaat kami terus bertolak ke lumut. perjalanan lancar hinggalah kami melepasi sungai buloh untuk menghala ke kuala selangor. sungguh sesak dgn kenderaan bersimpang siur. hampir sejam kami terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.

lebih kurang pkl 2pm lebih barulah kami sampai di lumut. Plan awalnya nak bermalaam di rumah kakak yang ditinggalkan kosong sejak dia berpindah ke phillipine. rumah tersebut kini dalam jagaan Kak Ani, jiran Kak Sue yang sungguh baik hati. Kak Ani menyuruh kami bermalam saja dirumah dia memandangkan Kak chik(adik Kak Ani) keseorangan di rumah. Kak Ani n hubby balik kampung.

rupanya Kak chik sudah siap menghidangkan makanan sewaktu kami sampai di rumah Kak Ani. terima kasih byk2 pada kak chik yang sungguh baik hati melayan makan minum kami selama kami di lumut. disebabkan hari sudah menjelang petang, kami mengambil keputusan untuk ke pangkor pada keesokan hari saja.

petang tu aku membawa Potel ke Teluk Batik bersiar2. melihat orang ramai mandi manda. aku dan potel tidak bercadang untuk turut serta. kami hanya berjalan2 menyusuri pantai.Teluk batik nampaknye semakin maju dengan pembinaan ruang gerai yang baru tetapi masih belum dihuni, namun harga barangan di situ agak mahal. kalau nak membeli tshirt elok pergi saja ke pekan lumut. lebih murah. sebelum menjelang maghrib kami beredar dan singgah sekejap di pasar malam berdekatan kem tldm. nak merasa makanan pasar malam di situ. sate cuma dijual dengan harga dua puluh sen secucuk. rasanya pon ok lah. sesuai dengan harganya.

kami kemudian singgah di lumut waterfront untuk menghirup udara malam sambil duduk2 menikmati makanan yang dibeli di pasar malam. seronok pulak lepak2 sambil dibuai2 bayu laut dan melihat gelagat orang ramai yang membawa keluarga masing2 beristirehat di situ sempena cuti merdeka.lebih kurang pkl 9 lebih baru aku dgn Potel balik ke rumah.

keesokan paginya selepas bfast aku dengan Potel bergegas ke terminal feri. feri beroperasi seawal jam 7 pagi tapi kami taklah pergi seawal itu. kami bertolak ke terminal pkl 8.45am. nasib baik la tak ramai orang. maka tak payah lah nak beratur panjang. tiket pegi balik berharga spoloh hinggit seorang. pkl 9 pagi feri bertolak menuju ke pangkor. perjalanan memakan masa lebih kurang setengah jam. aku dan potel menyertai orang ramai yang berdiri di bahagian luar bot untuk menghirup udara pagi. kesian pulak bila mengingatkan kak chik yang tak dapat ikut serta disebabkan dia bekerja hari tu.

sampai di sana aku dengan Potel menyewa van. kami dibawa menikmati keindahan pangkor serta tinggalan sejarah oleh pihak Belanda. kesan sejarah pon tak ada apa sangatlah. cuma batu bersurat hasil lakaran pihak belanda serta runtuhan kubu perang.
mengelilingi pangkor ni tak lama. lebih kurang sejam lebih saja dah abis keliling satu pulau kerana keluasan pangkor dikatakan hanya lebih kurang 24 km persegi.


kami cuma singgah sekejap membeli hasil laut di kilang yang sungguh sesak dengan pengunjung. hari cuti memang ramai.kami tak tunggu lama. dapat sebungkus dua terus bergegas meninggalkan tempat tu. kami kemudian bersantai sekejap di pantai teluk nipah. tengok orang main jet ski,banana ride, snorkeling. di samping itu kami meninjau chalet2 yang terdapat di situ. memang chalet di teluk nipah agak murah berbanding tempat lain. gerai makanan juga bertebaran di sekitar pantai.

kami sempat singgah di Little China. tapi driver van tu cakap tak boleh masuk sebab orang cina tengah sembahyang untuk menghalau hantu. upacara sembahyang berlangsung selama sebulan. aku mendesak suruh dia pergi jugak.kalau setakat pergi melihat2 dan mengambil gambar takkan tak boleh. lagipon itu salah satu tempat tumpuan pelancong. rugi la tak pergi. ini kali kedua aku pergi. tapi Potel first time. sayang pegi pangkor tapi tak pegi situ. pegi situ hanya utk sessi bergambar saja. nak masuk ke dalam,penuh sesak dgn orang ramai.

lebih kurang pkl 12 kami meninggalkan pangkor. lepas lunch hasil masakan kak chik yang sungguh lazat itu, kami meninggalkan lumut dan menuju ke kl. supposed kami stay lagi sehari di sana. tapi bila memikirkan kesesakan jalan yang bakal berlaku keesokan harinye, adalah lebih baik kami balik awal. at least dapat berehat sehari di rumah.sempat singgah di kedai pasu tepi jalan di kuala selangor untuk membeli pasu yang agak murah harganya.

kami sampai di rumah sebelum senja berlabuh. sesekali pergi bercuti tanpa merancang ni seronok juga.