kebizian di tempat kerja membuatkan aku betul2 terlupa hari jumaat minggu lepas adalah hari cuti merdeka. Aku memang tak plan langsung untuk ke mana2 memandangkan aku tak membuat persiapan untuk menyambut cuti merdeka yang berlangsung selama 3 hari itu.
setelah berbincang dengan Potel, maka kami membuat keputusan utk bercuti cutian di lumut dan seterusnye ke pangkor. kami bercadang untuk memulakan perjalanan ke lumut selepas habis kerja pada petang khamis.
namun begitu disebabkan ada hal penting yang tak dijangka,Potel mengusulkan kami balik melaka dulu then baru ke lumut. kami bermalam di melaka dan esoknya, pagi jumaat kami terus bertolak ke lumut. perjalanan lancar hinggalah kami melepasi sungai buloh untuk menghala ke kuala selangor. sungguh sesak dgn kenderaan bersimpang siur. hampir sejam kami terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.
lebih kurang pkl 2pm lebih barulah kami sampai di lumut. Plan awalnya nak bermalaam di rumah kakak yang ditinggalkan kosong sejak dia berpindah ke phillipine. rumah tersebut kini dalam jagaan Kak Ani, jiran Kak Sue yang sungguh baik hati. Kak Ani menyuruh kami bermalam saja dirumah dia memandangkan Kak chik(adik Kak Ani) keseorangan di rumah. Kak Ani n hubby balik kampung.
rupanya Kak chik sudah siap menghidangkan makanan sewaktu kami sampai di rumah Kak Ani. terima kasih byk2 pada kak chik yang sungguh baik hati melayan makan minum kami selama kami di lumut. disebabkan hari sudah menjelang petang, kami mengambil keputusan untuk ke pangkor pada keesokan hari saja.
petang tu aku membawa Potel ke Teluk Batik bersiar2. melihat orang ramai mandi manda. aku dan potel tidak bercadang untuk turut serta. kami hanya berjalan2 menyusuri pantai.Teluk batik nampaknye semakin maju dengan pembinaan ruang gerai yang baru tetapi masih belum dihuni, namun harga barangan di situ agak mahal. kalau nak membeli tshirt elok pergi saja ke pekan lumut. lebih murah. sebelum menjelang maghrib kami beredar dan singgah sekejap di pasar malam berdekatan kem tldm. nak merasa makanan pasar malam di situ. sate cuma dijual dengan harga dua puluh sen secucuk. rasanya pon ok lah. sesuai dengan harganya.
kami kemudian singgah di lumut waterfront untuk menghirup udara malam sambil duduk2 menikmati makanan yang dibeli di pasar malam. seronok pulak lepak2 sambil dibuai2 bayu laut dan melihat gelagat orang ramai yang membawa keluarga masing2 beristirehat di situ sempena cuti merdeka.lebih kurang pkl 9 lebih baru aku dgn Potel balik ke rumah.
keesokan paginya selepas bfast aku dengan Potel bergegas ke terminal feri. feri beroperasi seawal jam 7 pagi tapi kami taklah pergi seawal itu. kami bertolak ke terminal pkl 8.45am. nasib baik la tak ramai orang. maka tak payah lah nak beratur panjang. tiket pegi balik berharga spoloh hinggit seorang. pkl 9 pagi feri bertolak menuju ke pangkor. perjalanan memakan masa lebih kurang setengah jam. aku dan potel menyertai orang ramai yang berdiri di bahagian luar bot untuk menghirup udara pagi. kesian pulak bila mengingatkan kak chik yang tak dapat ikut serta disebabkan dia bekerja hari tu.
sampai di sana aku dengan Potel menyewa van. kami dibawa menikmati keindahan pangkor serta tinggalan sejarah oleh pihak Belanda. kesan sejarah pon tak ada apa sangatlah. cuma batu bersurat hasil lakaran pihak belanda serta runtuhan kubu perang.
mengelilingi pangkor ni tak lama. lebih kurang sejam lebih saja dah abis keliling satu pulau kerana keluasan pangkor dikatakan hanya lebih kurang 24 km persegi.
kami cuma singgah sekejap membeli hasil laut di kilang yang sungguh sesak dengan pengunjung. hari cuti memang ramai.kami tak tunggu lama. dapat sebungkus dua terus bergegas meninggalkan tempat tu. kami kemudian bersantai sekejap di pantai teluk nipah. tengok orang main jet ski,banana ride, snorkeling. di samping itu kami meninjau chalet2 yang terdapat di situ. memang chalet di teluk nipah agak murah berbanding tempat lain. gerai makanan juga bertebaran di sekitar pantai.
kami sempat singgah di Little China. tapi driver van tu cakap tak boleh masuk sebab orang cina tengah sembahyang untuk menghalau hantu. upacara sembahyang berlangsung selama sebulan. aku mendesak suruh dia pergi jugak.kalau setakat pergi melihat2 dan mengambil gambar takkan tak boleh. lagipon itu salah satu tempat tumpuan pelancong. rugi la tak pergi. ini kali kedua aku pergi. tapi Potel first time. sayang pegi pangkor tapi tak pegi situ. pegi situ hanya utk sessi bergambar saja. nak masuk ke dalam,penuh sesak dgn orang ramai.
lebih kurang pkl 12 kami meninggalkan pangkor. lepas lunch hasil masakan kak chik yang sungguh lazat itu, kami meninggalkan lumut dan menuju ke kl. supposed kami stay lagi sehari di sana. tapi bila memikirkan kesesakan jalan yang bakal berlaku keesokan harinye, adalah lebih baik kami balik awal. at least dapat berehat sehari di rumah.sempat singgah di kedai pasu tepi jalan di kuala selangor untuk membeli pasu yang agak murah harganya.
kami sampai di rumah sebelum senja berlabuh. sesekali pergi bercuti tanpa merancang ni seronok juga.
Wednesday, September 5, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment