Hari ni ramai sket dari semalam. kat office aku. bertambah 3 orang je. masih padang jarak padang tekukur.
semalam aku bosan sangat kat office. masa lunch time aku terus balik rumah. boleh la beli barang2 utk masak berbuka petangnye. Potel pon bz je kat office. kesian dia. aku cuma masak nasi, goreng pekasam dan ikan haruan kering serta tumbuk sambal belacan. lewat petang baru aku petik ulam raja yang tumbuh subur dalam pasu. Memang tak rugi berbudi pd tanah walaupon tanah secoet dlm pasu.
Potel balik dgn lesu. banyak keje kat office. letih lesu aku tgk dia. nasib aku dah sediakan bahan utk dia buat asam rebus. bila posa aku memang selera dgn asam rebus letak bendi. nak2 kalau cicah dgn sambal belacan. dengan pekasam lagi. duhhh!mau bertambah2 nasi.
sebelum maghrib menjelma aku sempat buat cokodok bilis. ni semua gara2 teringat keenakan cokodok bilis angah la ni.bila posa semua benda kita nak makan. patut posa menahan segala bagai nafsu, tapi nafsu makan memang susah utk dikawal.
hari ni posa lagi. sebab esok nak beraya umah kawan. dah ada beberapa undangan rumah terbuka. sebetulnye tgh hari ni pon ada. member office. tapi aku tak menghadirkan diri sebab puasa. cuma pesanan aku, suruh dia bungkuskan aku kuah kacang serta nasi himpit. sempat tu membuat pesanan. disebabkan kawan rapat maka tak segan silu memesan. mmm....sedapnye makan kuah kacang. ratah mcm tu pon ok. aku suka.
kalau kat utara amnya, kuah kacang tu kami makan dgn cucur udang. sedapnye cicah cucur udang dgn kuah kacang. kat sini aku tak jumpa. oh ya..ada! kat kedai Selera Utara tak jauh dari steven's corner pandan indah. tu pon dia jual masa ramadhan saja. bulan lain dia tak jual. masa duk pandan selalu juga aku beli cucur udang kuah kacang. Skang ni tatau la dia ada jual ke tak sebab aku dah tak ke sana lagi.
tadi aku teringat ketupat palas. aku call mak. aku tanya mcm mana nak masak ketupat. aku sebenarnye belum puas makan ketupat walaupon mak dah kasi bekal bawak balik. kalau aku terlebih rajin dan ada daun palas di pasar, aku nak beli. aku nak baut ketupat palas. mmm.. mcm le rajin.
tadi juga aku duk borak dgn sorang kawan yang terkenal dengan ketererannya dalam bidang membuat tempeyek ni. aku minta resepi. sebab aku teringin nak buat tempeyek. ni pon kalau aku terlebih rajin aku buat. kalau malas, alamatnye aku beli sajalah kat makcik sungai buloh yang terkenal dengan tempeyek paling best aku penah makan. tapi nak pegi jauh. kena drive kena toll sampai 3 kali baru aku sampai rumah dia. kan jauh tu. so kalau rajin, aku buat sendiri la.
sebenarnye bila posa ni semua jenis makanan menari2 depan mata aku. itu aku nak makan ini aku nak sental. siap minta resepi tu. harap2 aku dapat merajinkan diri untuk buat semua yang aku nak.
Friday, October 19, 2007
Thursday, October 18, 2007
cerita lepas raya
Hari ni aku dah start keje. Lengang office aku. Masih ramai yang bercuti. Mood raya belum hilang lagi.
aku balik kl hari selasa. semalam aku rehat kat rumah. Potel dah start keje semalam. So aku jadi supir Potel pegi hantar dia ke office. balik dari hantar dia aku pegi pasar. kena la jadi tukang masak. Aku masak mee bandung. nasib baik la jadi. Main campak je bahan2. tgh hari aku amik Potel kat office. bawak balik rumah. laju dia makan. nasib baik la dia kata ok mee bandung aku masak. sambil makan Potel kata takyah hantar dia pegi office. dia drive sendiri.
boring gak duk rumah sorang2. so aku amik ikan kering yang aku bawak dari kg. aku jemur kat luar. bagi kering betul2. tgh hari cuaca agak panas. bila dah masuk ke petang mula la awan hitam meliputi ruang udara. lepas tu hujan pon turuuuunnn. aku pon membuta la . hujan2 memang sedap kalau kita tidur.
Potel balik dah hampir maghrib. aku panaskan kuah mee bandung kasi Potel makan. Potel ajak aku kuar jalan2 pegi jj. aku pujuk Potel pegi esok sajalah. malamnye kami lepak2 kat rumah tengok cite Mukhsin.
Pagi ni Potel kuar awal. Banyak keje katanya. Aku kuar pkl 7.30am. Masa aku nak tutup gate aku perasan tayar belakang mcm nak kempis. aku picit2. ala...sah la ni pancit. terus aku pecut pegi petrol station sebelum tayar makin kempis. tak sanggup aku nak stop tepi jalan tukar tayar. Nasib tak baik, kat petrol station tu pump angin rosak. Hampeh!tak penah2 rosak, masa ni la dia nak rosak.
AKu tak putus asa, aku pecut pegi satu lagi petrol station. Alhamdulillah ok. lepas isi angin aku balik ruamh dulu. awal pagi mcm tu mana la kedai service yang buka. aku lepak kat rumah sambil tgk fara fauzana kat 8tv. pkl 9am aku kuar rumah. Lega pusat service dah buka. bila check memang ada bocor. kena paku. dah bayar RM5 aku terus pecut ke office.
office lengang. aku takde mood nak keje. so baik la aku celoteh sorang2 kat sini.

Tuesday, October 9, 2007
raya oh raya
Untuk semua rakan2 muslim, selamat menyambut aidilfitri serta maaf zahir dan batin.
aku insyaAllah akan balik ke kampung pagi khamis ni. untuk Potel yang beraya di KL tahun ni, jangan rasa sunyi atau sayu di pagi raya sebab family semua ada bersama.
Tahun ni pada aku sama je mcm tahun2 lepas. beraya sebagai orang dewasa ni tak mcm beraya sebagai kanak2. kanak2 adalah umat paling seronok sekali bila tiba raya. sebab boleh dapat byk duit raya. aku sbg orang dewasa pulak berkewajipan bagi duit raya pada kanak2. nak kata tak seronok, tidak la. sebab kita tumpang seronok tengok budak2 seronok dapat duit raya. Lagipon bukan selalu kita nak kasi duit pd budak2 ni. hanya setahun sekali. dua kali kalau aku balik raya haji. selalu raya haji aku beraya di kl saja.
memang bab2 duit raya boleh membuatkan aku terkehel jugak la nak budget utk duit raya ni. dengan bertambahnye bilangan anak buah yang mencecah 30 orang lebih, aku memang tak boleh nak bagi lebih2. kalau dulu setiap orang akan dapat duit kaler merah. bila bertambahnye bilangan anak buah, maka duit pon bertukar ke kaler hijau. budak2 seronok aje . dapat duit kaler apa pon tak apa asalkan dapat duit.
teringat aku masa kecik2 dulu. dapat seposen pon dah seronok bukan main. dulu2 orang kampung mana ada duit nak kasi byk2. seposen tu biasa la. kalau doposen tu kira orang tu memang kaya la kat kg. ada yang kasi lima sen je. takpe. kita budak2 ni kita amik saja berapa orang kasi. ada jugak yang tak kasi duit raya. yang tu memang kedekut la. so nanti kami akan cakap la pd kawan2 tak payah la pegi rumah si polan si polan. tak dapat duit raya. pergi beraya bukan nak makan sgt. lebih kepada nak duit raya saja. budak2 mcm tu la.
aku tak sabar nak balik raya nak masak rendang dengan mak. nak tolong mak buat ketupat palas. orang utara ketupat palas. ketupat pulut. mula2 tu susah jugak aku nak pusing sana sini nak jadi ketupat.sampai naik bosan nak belajar. tapi mak tak jemu2 ajar kami anak2 sampai jadi ketupat yang cantik. mak kata bucu ketupat kena kasi tajam. kalau longgar nanti air rebusan masuk dlm ketupat. nanti ketupat jadi lembik. memang susah. bila tengok mak buat mcm senang. bila buat sendiri macam nak pusing2 tangan. lama2 ok la. orang melayu kata alah bisa tegal biasa. orang putih kata practise makes perfect. dah pandai buat takde la susah mana pon. tapi aku masih buat ketupat pakai daun palas yang tak besar2 sgt. yang besar2 kasi mak buat. aku baut daun2 yang sederhana besar.
setiap tahun mak akan buat dodol. mak selalu kacau sendiri. bila aku balik kg, dodol dah sedia utk dimakan. mak walaupon dah tua tapi kederatnye sungguh kuat. aku penah tolong mak kacau dodol. lenguh segala urat sendi. bergilir2 dgn adik. tapi mak, steady je. dia kacau dan kacau tak renti2. kalau aku la, memang aku surrender buat dodol. baik beli saja. tapi dodol mak memang sedap. kalau tahun ni mak buat lagi aku nak bawa ke kl sket bagi potel rasa dodol mak.
tahun ni aku tak harap mak nak buat dodol lagi. kalau nak buat, biar aku balik dulu. biar sama2 buat.aku taknak mak susah2 nak buat semua tu utk anak cucu. tapi mak degil.kalau dia nak buat, nak halang pon tak guna.
dulu bukan saja ketupat, malah lemang pon mak buat. kami adik beradik akan pakat tolong bakar lemang. kalau abang ipar aku ada, memang dia rajin nak bakar lemang. tapi tahun ni dia tak balik raya. so takde la lemang. tapi, nenek selalunye akan buat lemang. mcm biasa dia akan suruh kami pegi amik lemang bila dah masak. aku memang suka lemang dari ketupat.
bila teringat nak balik kampung ni, nak kerja pon tak semangat. tapi makin dekat nak cuti makin banyak kerjaaaaaaaaaaa....
ok la ..buat semua kawan2 yang akan beraya di kampung halaman, selamat balik kampung dan pandulah dengan cermat dan selamat.
Salam aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Subscribe to:
Posts (Atom)