Untuk semua rakan2 muslim, selamat menyambut aidilfitri serta maaf zahir dan batin.
aku insyaAllah akan balik ke kampung pagi khamis ni. untuk Potel yang beraya di KL tahun ni, jangan rasa sunyi atau sayu di pagi raya sebab family semua ada bersama.
Tahun ni pada aku sama je mcm tahun2 lepas. beraya sebagai orang dewasa ni tak mcm beraya sebagai kanak2. kanak2 adalah umat paling seronok sekali bila tiba raya. sebab boleh dapat byk duit raya. aku sbg orang dewasa pulak berkewajipan bagi duit raya pada kanak2. nak kata tak seronok, tidak la. sebab kita tumpang seronok tengok budak2 seronok dapat duit raya. Lagipon bukan selalu kita nak kasi duit pd budak2 ni. hanya setahun sekali. dua kali kalau aku balik raya haji. selalu raya haji aku beraya di kl saja.
memang bab2 duit raya boleh membuatkan aku terkehel jugak la nak budget utk duit raya ni. dengan bertambahnye bilangan anak buah yang mencecah 30 orang lebih, aku memang tak boleh nak bagi lebih2. kalau dulu setiap orang akan dapat duit kaler merah. bila bertambahnye bilangan anak buah, maka duit pon bertukar ke kaler hijau. budak2 seronok aje . dapat duit kaler apa pon tak apa asalkan dapat duit.
teringat aku masa kecik2 dulu. dapat seposen pon dah seronok bukan main. dulu2 orang kampung mana ada duit nak kasi byk2. seposen tu biasa la. kalau doposen tu kira orang tu memang kaya la kat kg. ada yang kasi lima sen je. takpe. kita budak2 ni kita amik saja berapa orang kasi. ada jugak yang tak kasi duit raya. yang tu memang kedekut la. so nanti kami akan cakap la pd kawan2 tak payah la pegi rumah si polan si polan. tak dapat duit raya. pergi beraya bukan nak makan sgt. lebih kepada nak duit raya saja. budak2 mcm tu la.
aku tak sabar nak balik raya nak masak rendang dengan mak. nak tolong mak buat ketupat palas. orang utara ketupat palas. ketupat pulut. mula2 tu susah jugak aku nak pusing sana sini nak jadi ketupat.sampai naik bosan nak belajar. tapi mak tak jemu2 ajar kami anak2 sampai jadi ketupat yang cantik. mak kata bucu ketupat kena kasi tajam. kalau longgar nanti air rebusan masuk dlm ketupat. nanti ketupat jadi lembik. memang susah. bila tengok mak buat mcm senang. bila buat sendiri macam nak pusing2 tangan. lama2 ok la. orang melayu kata alah bisa tegal biasa. orang putih kata practise makes perfect. dah pandai buat takde la susah mana pon. tapi aku masih buat ketupat pakai daun palas yang tak besar2 sgt. yang besar2 kasi mak buat. aku baut daun2 yang sederhana besar.
setiap tahun mak akan buat dodol. mak selalu kacau sendiri. bila aku balik kg, dodol dah sedia utk dimakan. mak walaupon dah tua tapi kederatnye sungguh kuat. aku penah tolong mak kacau dodol. lenguh segala urat sendi. bergilir2 dgn adik. tapi mak, steady je. dia kacau dan kacau tak renti2. kalau aku la, memang aku surrender buat dodol. baik beli saja. tapi dodol mak memang sedap. kalau tahun ni mak buat lagi aku nak bawa ke kl sket bagi potel rasa dodol mak.
tahun ni aku tak harap mak nak buat dodol lagi. kalau nak buat, biar aku balik dulu. biar sama2 buat.aku taknak mak susah2 nak buat semua tu utk anak cucu. tapi mak degil.kalau dia nak buat, nak halang pon tak guna.
dulu bukan saja ketupat, malah lemang pon mak buat. kami adik beradik akan pakat tolong bakar lemang. kalau abang ipar aku ada, memang dia rajin nak bakar lemang. tapi tahun ni dia tak balik raya. so takde la lemang. tapi, nenek selalunye akan buat lemang. mcm biasa dia akan suruh kami pegi amik lemang bila dah masak. aku memang suka lemang dari ketupat.
bila teringat nak balik kampung ni, nak kerja pon tak semangat. tapi makin dekat nak cuti makin banyak kerjaaaaaaaaaaa....
ok la ..buat semua kawan2 yang akan beraya di kampung halaman, selamat balik kampung dan pandulah dengan cermat dan selamat.
Salam aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Tuesday, October 9, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment