Wednesday, July 11, 2007

Aku, Potel, Rambutan, Kenit dan Cat

Hujung minggu lepas selama 2 hari aku menghabiskan masa cuti di Melaka. Dari jauh sebelum masuk ke pagar rumah, nampak rambutan merah2 atas pokok. Geram lah. Tak sabar nak petik dan makan kat situ jugak.

Sayangnye banyak pulak la semut hurung buah.

“Agaknye sebab hujan sebab tu la semut semua hurung buah”. Kata Potel.

Aku angguk sajalah.

Seksa jugak nak amik buah yang byk semut. Habislah semut bertempiaran lari bila petik buah. Yang tak bestnye semut2 tu lari masuk baju lah..naik atas spec lah…merayap nak masuk dalam telinga lah. Jenuh nak menepis.

Tapi tak apa lah. Asal dapat menikmati rambutan terus dari pokok.

Sedap! Manis!

Patut la semut suka.

Malamnya. selepas menikmati hidangan udang pengantin masakan mak , kami lepak2 tengok tv. Mak membuka bicara. Pasal sikenit yang bakal menggelungsur keluar sebulan lagi. Kami bincang pasal sikenit.

Bincang punye bincang, kata putus sudah diambil.

“bestnye!!”…Potel sengih

“bestkan!!..aku pun sengih. Panjang …macam kerang busuk.

Mak senyum. Ayah pon senyum.

Dan, esoknye..lepas maghrib, kami pulang ke KL dengan senyuman yang sungguh bermakna.

Pagi Isnin

“color apa yang sesuai nak cat dinding ni aaaaa?”..Potel bertanya sambil meninjau dinding yang tak berapa luas tu.

“kenit kan baby girl..color pink lah”

Potel sengih. Aku pon sengih. Kami sama2 sengih.

Lepas zohor. Di kedai cat

“Tokey!catalog maxilite ada?”

“ada! Ada!ini dia..”

“u pilih la mana yang u nak”..aku hulur catalog pada Potel.

“paling kecil berapa liter tokey?”

“kicik punye 1 liter”

“7 liter ada kan?”

“ada!doploh tujuh linggit saja”…tokey sengih2 sambil angguk2 kepala

selang sepuluh minit, wang dan cat bertukar tangan.

Lepas asar.

“u larat ke nak cat?dah petang ni”

“mestilah larat..hobi I kan”..

“amik air sket..i nak bancuh cat”

“eh ..tak payahlah..cat sajalah”

“haaa??takkan tak letak air sikit?nanti pekat sangat. Rugi cat”

“tak payah. Lagi senang. Cat sekali aje dah tebal. Tak payah nak cat dua tiga layer”

“la…macam tu pulak.Mmm...ok lah. Nasib baik ni dinding kecik tau. Kalau cat satu rumah rugi la tak bancuh dengan air”…aku geleng kepala. Potel sengih2.

Lagi 5 minit nak maghrib

Dinding yang putih sudah bertukar ke color pink.

“cantiknye…sukanyaaaa” Potel menepuk2 tangan sambil menjinjit kaki dan melompat2 kecil.

“dah…jom mandi n solat. Cuci bersih2 tangan tu . Kang tak sah solat kalau ada cat kat kuku”

Potel masih melompat2. aku geleng kepala sambil senyum.

Selasa petang lepas balik kerja

“u, I nak cat bilik kenit lah. Sementara rajin ni”

“ok..”

Lepas maghrib

“eh..malam ni bola la..Malaysia lawan China”
“tak jadilah cat malam ni. esok aje la”

Potel pandang aku sambil senyum2 dan geleng2 kepala.

"u rest la malam ni. nak mengecat tu esok2 pon boleh kannnn.."

kata2 Potel tu hanya kedengaran sayup di telinga aku dek asyiknye aku melayan bola.


Kenit, sesungguhnya kedatanganmu kami nanti dengan tangan yang terbuka.
Kenit, sesungguhnye kedatanganmu kami nanti dengan hati yang berbunga

Wednesday, July 4, 2007

Renungan Bersama

Teka teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)

Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Monday, July 2, 2007

Selamat Bertunang adikku!

Alhamdulillah bersyukur padaNYA kerana majlis pertunangan adinda tercinta berjalan dengan lancar. Buat dia yang bertungkus lumus menyiapkan hantaran, terima kasih yang tidak terhingga banyaknye. Sebagai balasan yang tidak seberapa aku akan tunaikan janji membawa dia ke sana. hah..makan banyak2 tau :)


slurppp!!sedapnye kek tu...!!


buat adindaku yang tercinta, selamat menempuh gerbang pertunangan. Orang kata waktu bertunang ni penuh dengan dugaan dan cabaran. Semoga kalian berjaya menempuhinya dengan penuh sabar.

Kalau tak sebab majlis tunang adik aku, memang aku tak pegang mesin jahit la..ni sebab dia perlukan bantuan dari aku, maka dengan penuh machonye aku pon bertungkus lumus la menjahit renda2 yang bejuntaian tu.uii...penat jugak laaa...tobat lepas tu aku taknak menjahit dah. Tapi kalau bantuan diperlukan, aku kena la jugak menolong..ngeeee..