Hujung minggu lepas selama 2 hari aku menghabiskan masa cuti di Melaka. Dari jauh sebelum masuk ke pagar rumah, nampak rambutan merah2 atas pokok. Geram lah. Tak sabar nak petik dan makan kat situ jugak.
Sayangnye banyak pulak la semut hurung buah.
“Agaknye sebab hujan sebab tu la semut semua hurung buah”. Kata Potel.
Aku angguk sajalah.
Seksa jugak nak amik buah yang byk semut. Habislah semut bertempiaran lari bila petik buah. Yang tak bestnye semut2 tu lari masuk baju lah..naik atas spec lah…merayap nak masuk dalam telinga lah. Jenuh nak menepis.
Tapi tak apa lah. Asal dapat menikmati rambutan terus dari pokok.
Sedap! Manis!
Patut la semut suka.
Malamnya. selepas menikmati hidangan udang pengantin masakan mak , kami lepak2 tengok tv. Mak membuka bicara. Pasal sikenit yang bakal menggelungsur keluar sebulan lagi. Kami bincang pasal sikenit.
Bincang punye bincang, kata putus sudah diambil.
“bestnye!!”…Potel sengih
“bestkan!!..aku pun sengih. Panjang …macam kerang busuk.
Mak senyum. Ayah pon senyum.
Dan, esoknye..lepas maghrib, kami pulang ke KL dengan senyuman yang sungguh bermakna.
Pagi Isnin
“color apa yang sesuai nak cat dinding ni aaaaa?”..Potel bertanya sambil meninjau dinding yang tak berapa luas tu.
“kenit kan baby girl..color pink lah”
Potel sengih. Aku pon sengih. Kami sama2 sengih.
Lepas zohor. Di kedai cat
“Tokey!catalog maxilite ada?”
“ada! Ada!ini dia..”
“u pilih la mana yang u nak”..aku hulur catalog pada Potel.
“paling kecil berapa liter tokey?”
“kicik punye 1 liter”
“7 liter ada kan?”
“ada!doploh tujuh linggit saja”…tokey sengih2 sambil angguk2 kepala
selang sepuluh minit, wang dan cat bertukar tangan.
Lepas asar.
“u larat ke nak cat?dah petang ni”
“mestilah larat..hobi I kan”..
“amik air sket..i nak bancuh cat”
“eh ..tak payahlah..cat sajalah”
“haaa??takkan tak letak air sikit?nanti pekat sangat. Rugi cat”
“tak payah. Lagi senang. Cat sekali aje dah tebal. Tak payah nak cat dua tiga layer”
“la…macam tu pulak.Mmm...ok lah. Nasib baik ni dinding kecik tau. Kalau cat satu rumah rugi la tak bancuh dengan air”…aku geleng kepala. Potel sengih2.
Lagi 5 minit nak maghrib
Dinding yang putih sudah bertukar ke color pink.
“cantiknye…sukanyaaaa” Potel menepuk2 tangan sambil menjinjit kaki dan melompat2 kecil.
“dah…jom mandi n solat. Cuci bersih2 tangan tu . Kang tak sah solat kalau ada cat kat kuku”
Potel masih melompat2. aku geleng kepala sambil senyum.
Selasa petang lepas balik kerja
“u, I nak cat bilik kenit lah. Sementara rajin ni”
“ok..”
Lepas maghrib
“eh..malam ni bola la..Malaysia lawan China”
“tak jadilah cat malam ni. esok aje la”
Potel pandang aku sambil senyum2 dan geleng2 kepala.
"u rest la malam ni. nak mengecat tu esok2 pon boleh kannnn.."
kata2 Potel tu hanya kedengaran sayup di telinga aku dek asyiknye aku melayan bola.
Kenit, sesungguhnya kedatanganmu kami nanti dengan tangan yang terbuka.
Kenit, sesungguhnye kedatanganmu kami nanti dengan hati yang berbunga
Wednesday, July 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment