Ibu,
Pengorbananmu bukan sedikit untuk aku nilai
Kepayahanmu membesarkan aku sejak kecil hingga aku besar montel seperti ini tidak boleh dinilai dengan apa jua benda
Ibu,
Dulu, tiap kalau anakmu ini pulang ke kampung
berbagai juadah kau hidangkan atas permintaan anakmu
yang sungguh kepingin merasai masakanmu
Ibu,
Dulu, seawal pagi kau sudah bangun untuk melaksanakan tanggungjawabmu
Selepas Subuh, kau bertungkus lumus menyiapkan sarapan buat seisi keluarga
Sedangkan anakmu ini bergelumang sedap di dalam selimut bermimpi indah
Ibu,
Dulu, kau dikenali ibu yang sangat tegas dalam mendidik anakmu
Sampaikan aku pernah berfikir, apakah aku ini hanya anak angkat?
Anakmu ini terpengaruh dengan lakonan di tv
Setiap kali dimarahi olehmu akan kenakalannya
anakmu ini akan membentangkan kain batik dan membalut semua pakaiannya
Kononnya ingin lari dari rumah
lantaran berfikiran dia hanya anak angkat
dan kau Ibu, tidak melatah dengan perangai anakmu ini
Kau sentiasa sabar dengan karenah anakmu
Bukan seorang, tetapi sembilan orang
Ibu,
Kini, kau sudah tua
Kini, kau sudah tidak berdaya
Kini, kau hanya mengharapkan kasih sayang anak2 untuk membaluti hidupmu
Ibu,
Sesungguhnya kau adalah Ibu yang sangat bertuah
Punyai anak2 yang tidak pernah leka dalam memberi perhatian kepadamu
Ibu,
Sesungguhnya kau adalah Ibu yang sangat bertuah
Punyai kasih sayang yang bukan sedikit dari anak2
Ibu,
Sesungguhnya kau adalah Ibu yang sangat bertuah
Anakmu akan bergegas menemuimu setiap kali kau merindui mereka
Ibu,
Sesungguhnya kau adalah Ibu yang sangat bertuah
Anak2mu tidak pernah walau seorang tidak mengingatimu
Malah akan sentiasa berada di sini setiap kali keuzuran melanda dirimu
Ibu,
Sesungguhnya kau adalah Ibu yang sangat bertuah
Punyai anak yang tidak pernah lepas dari mendoakan kebahagian hidupmu dunia dan akhirat
Ibu,
Sesungguhnya kami , anak2mu ini sangat bertuah memilikimu
Kerana kaulah ibu yang banyak mendidik kami menjadi orang yang berguna
Kerana kaulah ibu yang banyak memberi nasihat , membimbing anak2mu untuk menjadi anak yang sangat menyayangi dari dulu hinggi kini.
Tanpamu Ibu, anak2mu tidak mungkin berada di tempat di mana kami berada sekarang
Tanpamu yang melahirkan kami wahai Ibu, melahirkan dengan izin Allah SWT, kami tidak akan berada di dunia ini menghirup udara dan menjalankan kewajipan kami wahai Ibu.
Ibu,
Sesungguhnya kasih sayangmu tidak layak untuk kami nilai dengan apa jua sekalipon
Nilai kasih sayangmu tiada bandingannya
Anakmu ini sentiasa mendoakan agar Allah SWT sentiasa memberi kesihatan yang baik buatmu agar dirimu dapat menjalankan tugas sebagai hamba Allah dengan sempurna
Semoga Ibu mendapat kebahagiaan dan ketenangan di dalam hidup ini.
SELAMAT HARI IBU wahai Ibuku.
Aku sangat menyayangi dan aku akan sentiasa menyayangimu wahai IBU!!
Sunday, May 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment