Sekali sekala seronok juga merehatkan diri di tempat yang boleh memberi ketenangan jiwa. Lagi tenang dan seronok sekiranya tempat tersebut hanya mengambil masa lebih kurang sejam lebih dari tempat tinggal. Lebih menarik lagi, penginapannya murah dan sangat selesa.
Chalet yang murah dan selesa
Atas cadangan seorang rakan Potel, kami berangkat ke Taman Alam yang terletak di Kuala Selangor. Tujuan kami hanyalah tidak lain dan tidak bukan, untuk merehatkan diri dari kesibukan kota serta menikmati suasana hutan yang penuh dengan flora dan fauna yang berada di sana.
Petangnya selepas melepaskan penat lelah di dlm chalet, kami keluar jalan2 sekitar Pekan Kuala Selangor. Terasa mcm balik kg saja. Sebab suasananya yang aman dan tenteram.
Kami kemudian bergerak menuju ke Kg Kuantan yang terkenal dengan ribuan kelip kelipnya. Kalau nak tengok kelip2 kena datang waktu malam. Tapi kami cuma datang nak menikmati pemandangan di muara sungai sahaja. Lagipon tidak berminat utk menunggu sehingga malam menjelma. Banyak nyamuk. Boleh mengganggu tumpuan utk menikmati cahaya kelip2. Hanya alasan. Sebenarnya nak lepak di chalet sambil menikmati hidangan malam yang kami bawa dari rumah.
Pemandangan waktu senja di daerah kelip2 di Kampung Kuantan
Kami menikmati malam dengan penuh tenang. Tanpa tv kami berborak2 sampai la mata pon dah kuyu dan layu. Kami sempat mengalas perut makan sandwich dan mangga yang sengaja di bawa dari rumah. Kononnya takut takde makanan di tempat berdekatan. Rupanya di situ byk kedai makan. Dah makan di kedai, masih ada rasa dan selera nak menjamah makanan lagi sebelum tido.
Pagi2 bangun, rasa mcm berada di kampong. Terdengar kicauan burung seolah2 membangunkan kami untuk menunaikan solat Subuh. Rasa tenang dan damai menguasai diri. Air mandian sejuk hingga ke tulang sum sum memberi refleksi getaran ke seluruh badan . Menambahkan lagi suasana tenang di pagi hari , kami buka tingkap utk menghirup udara pagi yang tiada kesan pencemaran alam. Ahh..suungguh tenang mendengar nyanyian sang burung. Hilang segala masalah. Yea..kalau mahu ketenangan, rapatkanlah diri dengan flora dan fauna ciptaan Yang Maha Esa. Tinggalkan segala masalah di rumah.
Tanpa berlengah lagi, kami terus berjalan2 di sekitar hutan yang sudah dibuat denai yang cantik. Kiri kanan kami seolah2 disapa oleh sang burung yang kian galak berbunyi bunyian, bernyanyi nyanyian. Sungguh terhibur.
Dipertengahan jalan terserempak dengan seorang perempuan India lebih kurang sebaya. Sempat berbual2 mengenai taman alam dan sekitarnya. Rupanya dia dari sekumpuan NGO yang membawa kanak2 bermalam di situ dengan tujuan mengenal dan merapatkan kanak2 dengan hutan semulajadi. Bagusnya.
Kami meneruskan perjalanan ke Menara Tinjau. Melalui denai yang agak kecil dan berjaga2 melihat sekeliling. Di atas langit kelihatan cerah dan matahari memancar2 cahayanya menembusi pokok2 yang subur tumbuh di situ. Terdengar kicauan burung helang mencari mangsa. Mencari sarapan pagi buat keluarganya barangkali. Orang kata, di mana ada helang di situ ada ular. So sambil berjalan, kami berhati2 agar tidak terserempak dengan sang batik.
Denai untuk ke menara tinjau
Sampai di menara tinjau, sudah ada orang di situ rupanya. Sempat berbual mesra. Rupanya NGO juga yang berpusat di Cambodia. Sempat bertukar kad sebelum kami melangkah naik meniti tangga2 kecil dan curam utk ke atas menara.
Sungguh tenang rasanya berada di atas menara. Menikmati keindahan pemandangan di bawah sana juga di atas sana melihat burung2 berterbangan di ruang angkasa. Melihat alam ciptaan Allah yang tidak terjangkau di fikiran kita. Subhanallah. Sungguh indah ciptaanNYA.
Antara pemandangan dari atas menara tinjau.Di sudut sebelah kanan kelihatan dua ekor pasangan bangau.mencari sesuatu utk mengalas perut agaknya.
Setelah hamper setengah jam berada di atas sana, kami menuruni anak tangga utk berkemas2 utk pulang. Pulang dengan hati yang puas.
Thursday, May 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment