Semalam, aku ke pasar borong Selangor. Potel ada pesan beli barang2 dapur di Balaji. Bawang besar, bawang putih, cili kering di rumah sudah di paras merbahaya. Kena tambah stock sebelum kehabisan.
Namun, agak memeningkan kepala juga apabila Potel menyuruh aku singgah di pasar membeli apa2 yang patut utk di masak tengah hari nanti. Selalunya ikan2 dan sayur2 semuanya diuruskan oleh Potel. Dia tahu mana tempat ikan yang murah, mana sayur2 yang murah. Sudah kenal peniaga2 di situ. Dan aku akan mengekor dari belakang dan bertugas membawa barang2 yang dibeli.
Semalam. Aku kena tentukan apa aku nak beli. Masalah jugak apabila sorang2 ni. Masalahnya aku tatau apa nak masak. Tapi aku sempat membeli 250 gram udang kecik. Hajat hati nak buat cucur udang petang nanti. Dah lama tak makan cucur udang. Kucai di dalam pasu dah subur sangat dan sgt sesuai utk dipetik dan dipotong utk dibuat cucur udang.
Aku kemudian berjalan ke bahagian ikan. aku tengok ikan tamban. Aku tenung ikan selar kuning kecik. Tu memang favorite aku utk digoreng. Ikan tamban aku dah lama sangat tak makan. Malas nak beli sebab tulang banyak sangat. Tapi kalau digoreng garing dan rangup, dengan tulang2 boleh dimakan. Aku ambil 5 ekor ikan tamban dan 10 ekor ikan selar kecik. Hanya RM2.70. Murah!
Aku meneruskan perjalanan ke gerai sayuran. Terus ke gerai Hj Shamsudin Dan Anak2. gerai ini sayurannya murah kerana diambil terus dari ladang mereka. Di situ aku buntu seketika. Aku nak masak sayur apa? AKu bukan peminat sayur. Aku lebih suka ulam ulaman. Tapi kena fikir pasal Potel juga. Dia suka sayur. Fikir punye fikir, aku terus minta taugeh tiga posen, sedikit kacang botol. kesemuanya berjumlah tujuh posen. Kelakar pulak bila beli sayur kurang dari seringgit. Aku yakin aku sorang je pelanggan yang beli sayur punye sket.
Banyak2 pon sapa nak makan. Hanya aku dan Potel saja di rumah. Lagipon bila kami membeli, kami akan pastikan ia dimasak dan dimakan pada waktu itu saja. Tak perlu simpan. Nanti tak makan. masuk dalam fridge. sampai berhari2. Kemudian buang saja bila sayuran dah kekuningan. Kan membazir tu.
Aku kemudian singgah membeli kerang sekilo serta santan kelapa. Sempat aku beli 2 batang ubi kayu. Dah lama aku tak makan ubi kayu rebus cicah dengan kelapa parut yang digaul dengan gula. Teringat zaman kecik2 bila mak aku selalu rebus ubi kayu.
Aku kemudian memanjangkan langkah menuju ke kedai belakang beli sedikit kerisik dan kepala parut. Aku nak buat kerabu kerang campur taugeh dan kacang botol serta ulam raja yang tumbuh subur di rumah. Dah lama pon tak makan kerabu kerang ni.
Hasilnye pada tengah hari semalam aku berjaya memasak kerabu kerang dan ikan goreng. Walaupon kerabu aku tak sesedap kerabu mak, tapi bolehlah nak makan. Untuk mengalas perut yang semakin memboroi ni.
Dan petangnya kami menjamah ubi kayu rebus cicah kelapa parut digaul dengan gula.
Saturday, November 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
sedap nyer mkn ubi rebus time sejuk2 mcm ie...ya temankn zaff d fraser nie...cuaca amat la sejuk...zaff lak sibuk wat keje2 dia...balik pun lmbt...nasib baik bawa laptop boleh gak online...
mate,
sedapnya kerabu kerang. ubi tu pun.. ah, sedap2..telan air liur je kat sini..
hi.. long time no hear from you..
:-)
salam..
kabare kawan..
ingat aku lagii..
salam kengkawan semua..
lama tak dpt online...bz sgt2..
rieya, bestnye kat sana..dah turun belum?
is, sebab teringat nostalgia zaman dulu, tu pasal la aku buat jugak ubi rebuss
cik pretty,
tu la...lama kan..tunggu next week..baru saya dpt online..la ni bz..jarang ada kat tempat..
ulattt...
amboi hang..lama menyepi no...hang duk mana la ni?dengaq kata balik Kola ka??kalo mai kl jgn lupa contact aku...lama weehh tak jumpa hang
Post a Comment