malam ahad lepas ada satu incident yang buat aku bengang betul dengan pengurusan Mas kargo. salah satu dari kotak pasu kami tak sampai. walhal kami check in kotak tu sama serentak dgn luggage yang lain. Nasib baik la pekerja kargo kat klia sungguh baik melayan kami. dorang kata memang selalu terjadi barang tak sampai especially utk penerbangan dari Kuching dan Kota Kinabalu.
Lepas buat report, kami balik sambil merungut2 jugak la. Sejam lebih jugak la kami menunggu utk buat report tu. Pasu dalam kotak tu nak kasi pd mak Potel dan adik ipar aku. kami masing2 melepaskan geram pada Mas. kalau kami tak dapat kotak dlm masa 2 minggu maka kami boleh buat claim la. claim utk dorang bayar gantirugi pd kami. tapi menurut pekerja di situ kalau nak claim biar letak harga tinggi, sebab dorang tak akan bayar full. kami angguk2 sajalah. maklumle ini 1st time berlaku pd kami. yang cakap tu pekerja kargo, bukan bahagian report. dia pon cakap bisik2 dgn kami. taknak orang lain dengar la kan kata dia mengajo kami mcm tu.
hari isnin masa aku tgh menggigil2 demam kat office, aku dpt satu panggilan dari orang Mas. mengatakan barang aku dah sampai. nanti dia hantar setelah mengambil alamat tempat kerja aku. pada mulanye dia nak hantar ke rumah. tapi aku cakap la mana ada kat rumah. semua pergi kerja. aku pon tunggu jugak sampai petang. tak ada pulak. aku malas nak call balik.
semalam aku mc. aku tak dapat apa2 call dari orang Mas pasal ni. aku cakap dgn Potel, esok(hari ni) aku akan call dorang lah. sebab kalau lama2 nanti tak sampai2 la kotak pasu kami tu.
tadi, pukul 2pm agent mas call kata dorang dah nak sampai offc aku. nak kasi kotak pasu yang lambat sampai tu. lega aku. dapat jugak kami kotak tu. dapat juga kasi pd mak. dapat jugak kasi pd adik ipar aku.
Mas patutnye memantau kelewatan barang2 yang sampai pd penumpang. kalau selalu kes macam ni, orng akan malas nak guna perkhidmatan Mas lagi. kena check kenapa barang2 tu tak sampai sama time mcm tuan dia sampai. Kena buat post mortem lah pasal ni sebab kejadian ni sentiasa berlaku seperti kata pekerja kargo. nasib baik la kotak pasu kami yang tak sampai. kalau la beg, adoiii la..memang aku mengamuk la.
Wednesday, November 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment