Wednesday, November 21, 2007

Demam

Semalam aku mc. Sebab aku demam. Sebenarnya aku demam dari hari ahad lagi masa kat Kuching. Masa masuk dlm perut kapal terbang aku minta blanket kat pramugari mas yang cun melecun. nasib baik ada. kalau tak sure aku menggigil mcm orang lapar ganja.

Monday aku masuk keje walaupon aku masih menggigil2. sebab kena buat PDR. Hujung tahun memang bz dgn PDR. Semalam aku dah tak tahan. dengan selesema la dengan batuk la dengan pedih mata semua cukup. Potel suruh aku mc je. Aku kuar seiring dgn Potel yang nak ke tempat keje. Aku gi klinik depan rumah. Doc kasi mc kat aku. sehari. cukup la tu. lama2 pon aku bosan kat rumah.

Nama aku dipanggil. nurse kasi ubat. ada ubat sakit tekak. ada ubat demam. ada ubat selsema. ada ubat batuk . ksemuanya 4 jenis ubat. ubat batuk dan ubat selesema nurse kata bila makan jgn drive sebab boleh tertido. aku angguk2 sambil menggigil2 ambil ubat.

keluar dari klinik aku rasa perut aku berbunyi2 minta diisi. aku stop kat kedai shiraj. beli gardenia high fiber. bila check tak de pulak stock tuna mayo. terus aku ke kedai runcit selang 2 buah dari kedai shiraj. ada pon tuna mayo. sempat aku sambar sebungkus meehun dan beli sayur kangkong. sayur lain takde la plak. teringat ofcmate masak meehun putih hari isnin lepas. sedapp la. aku teringin nak makan. demam2 pon aku masak sebab teringin sgt meehun putih. tapi roti pon aku makan. byknye aku makan. mcm bukan orang sakit je.

lepas makan roti aku masak meehun. aku sempat ambil baju utk basuh. waktu2 kat rumah mcm ni la nak buat semua benda. nak tunggu weekend lambat sgt. nanti baju dah penuh. nak basuh kena buat 2 trip.

lepas baju disidai, meehun pon dah boleh dimakan. makan sambil baca paper. lepas makan baru aku makan ubat. betul la. tak lama lepas tu mata aku berat sgt. nak tido la tu. aku pon landing kat sofa dan tdo berselimut. sedapnye tido.

aku bangun bila dengar hujan turun. macam pelesit aku angkat baju diampaian. sayang wooo basuh baju lepas tu dah kering lepas tu pulak hujan turun. nasib baik hujan baru turun. jadi tak sempat la baju aku yang dah kering tu basah. kalau aku tdo mati maunye lencun baju2 tu semua.

petangnya Potel pon balik dari kerja. Potel kata malam ni kami makan steamboat. lama Potel tak buat steambot. aku suka la. Aku tolong Potel kopekkan buah mangga yang kawan aku kasi. Potel suka buah mangga telur. tu mangga masak. aku pon suka. kalau mangga masam, haram aku tak sentuh. aku tak suka buah masam2 ni. Potel suka.

malamnya puas la aku makan steamboat Potel masak.



meleleh leleh air liur aku tgk isi steamboat ni


yummy yummy!

No comments: