Friday, December 21, 2007

Raya di Melaka

Hari Rabu lepas maghrib, kami bergerak pulang ke Melaka. Sambut Aidiladha di sana. Setelah lebih 4 jam mengharungi kesesakan lalu lintas , kami selamat sampai. Perut yang berkeroncong sepanjang highway lagi, terus diisi dengan menjamah sup ekor masakan mak.

Nasi impit, kuah lodeh, kuah kacang, rendang daging, rendang limpa, kari ayam serta sambal tumis sudah siap dimasak oleh mak. Memandangkan mata kami yang dah kuyu akibat keletihan, kami terus masuk tidur.

Hari raya semuanye lepak di rumah saja. Aktiviti sepanjang hari ialah makan, makan, makan serta tidur. Walaupon makanan masih banyak, mak masih nak masak utk lunch. maka kami semua pakat tolong2 apa yang patut. Menu utk lunch ialah, perut masak lomak cili api letak pucuk paku, Paru goreng serta ketam masak sweet sour. Makan sampai berpeluh2.

Menjelang petang, baru aku dengan Potel bergerak pulang ke KL. itu pon sempat singgah di JJ dulu. Kami masuk highway lebih kurang pkl 8.30pm. Alhamdulillah jalan lengang tak banyak kereta sangat pon. Aku yakin kebanyakan orang sambung cuti sampai Krismas.

Hari ni kat office aku, berapa kerat saja yang ada. Ramai yang cuti. Keje aku kemas barang2 masuk dlm kotak. Senang. Bila aku last day nanti takde la aku terkocoh2. Biar settle awal2 , senang.

No comments: