Sempena Raya Korban bebaru ni, aku balik kg. Buat korban. Aku amik satu bahagian. Inilah pertama kali aku buat korban utk diri sendiri. Terharu rasanya.
Meleleh air mata bila tengok saat2 lembu disembelih. Bukan menangis sebab kesiankan lembu. Tapi sebab aku terharu campur sebak. Tak sangka aku akan buat korban. Alhamdulillah.
Daging korban kami tak agih2kan. Kami buat kenduri. Semua buat di surau. Masak di surau. Makan pon di surau.
Sedap orang kampong masak sup daging cicah air asam campur kerisik. Seronok makan bersimpuh bersila ramai2. Yang dah lama tak jumpa, masa tu la dapat jumpa. Dapat bertepuk tampar bertanya khabar.
Meleleh lagi air mata dek bergelak sakan bila kisah2zaman kanak2 dibuka dan dikisahkan semula. Semuanya mengenai kenakalan diri ini. Nakalnya jangan cerita lah. Sampai aku pon lupa aku penah usik2 member aku sampai jatuh tergolek dalam kubang kerbau. Kesian dia. Cerita lama. Dibuka kembali utk memeriahkan suasana.
Raya korban tahun ni memang paling seronok. Jarang aku dapat bercuti balik kg waktu raya korban. Maklumlah, cutinya bukan lama. Sehari saja.kali ni 3 hari.sabtu, ahad, isnin. Ok la tu.
Aku balik KL petang raya. Tak amik cuti pon. Kerja banyak.
Sempat aku bawa balik sedikit perut.Memang aku suka bahagian perut lembu. Tunggu Potel masakkan sup perut.
Sepertimana aku, Potel juga mengadakan korban di kg. Juga bawa balik sedikit daging. Belum masak lagi hingga ke hari ini.
Weekend ni penuh dengan jemputan kenduri. Kenduri sempena anak bersunatlah, kenduri kawinlah. Masa ni lah nak berjumpa dan bertemu semula dengan yang lama tak bersua muka. Dengan yang dah lama tak bertanya khabar berita.
Yang pastinye aku nak rehat cukup2 weekend ni selain dari memenuhkan perut dengan masakan2 kenduri. Nampaknya sup perut kena KIV dulu la.
Friday, December 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Wahhh balik kampung....? kita tak berkontek-kontek pun kan ....
Saya ballik SP la Raya Korban kali ni.
Tahniah atas "pengorbanan" yang dibuat.
:-)
Cik Pretty,
balik sat je..memang tak dan nak contact. InsyaAllah kalau balik lagi, kita p dating no.. :)
-blue-
Adakah Potel ni seseorang yang saya kenal? kwang kwang kwang... comelnya nama glamour dia
Post a Comment