Kesempatan melawat site office selama 2 hari tidak dipersiakan. Maksud yang lebih mendalam lagi, tidak dipersiakan utk melawat sahabat yang berada di sekitar tembok johor. Sudah lama merancang utk berjumpa, akhirnya tiba juga hari yang tidak disangka.
Selama 2 hari ke sana terasa tidak cukup utk beramah mesra dengan sahabat lama dan baru. Bukan ramai pon. Cuma 2 orang. Sorang dah lama kenal, sorang baru dikenalkan.
Paling seronok, Potel turut serta memeriahkan suasana. Walaupon tujuan ke sana adalah berkaitan dengan kerja, tapi masa yang ada sedikit itu tetap dimanfaatkan sepenuhnya.
Rabu malam, sahabat membawa kami menghirup udara di Danga Bay sambil menikmati makanan laut di situ. Datang idea Potel utk berkaraoke lepas makan. Yang masih available adalah karaoke kotak. Muat cukup cukup utk 4 orang. Takdela sampai sesak nafas. Just nice.
Semuanya, kecuali aku, mensumbangkan suara masing2. Aku cuma pendengar dan sesekali mengikut rentak nyanyian mereka dengan suara kecil. Ye la aku tak pandai menyanyi. Biar yang bersuara sedap mengalunkan lagu buat halwa telinga ini.
Sedar tak sedar jam sudah hampir menunjukkan ke pukul 1 pagi. Ye memnag tak puas berjumpa. Sementalah pula, kedatangan kami bukannya di hujung minggu. Atas urusan kerja pulak tu. Di harap lepas ni dapatlah pula kami memanjangkan langkah ke seberang sana sekiranya ada rezeki utk berjumpa sahabat.
Buat sahabat, terima kasih belanja makan, belanja karaoke. Juga kerana sanggup mengambil Potel di airport dan menghantar kami balik ke hotel.
Cepat datang ke KL. Kami menunggu kedatangan sahabat berdua.InsyaAllah layanan kelas pertama akan diberikan.
Saturday, December 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment