Saturday, December 20, 2008

Kisah sebiji pisang

Ada satu cerita. Cerita bermula di sebuah kampung. Kampung aku la tu. Cerita ni dah lama. Zaman aku sekolah rendah dulu. Kisah benar. Kisah masyarakat. Kisah pengajaran.

Di kampung aku, antara berpuluh2 rumah ada sebuah rumah. Rumah di tepi sawah. Rumah yang didiami oleh seorang lelaki bersama keluarga. Watak utama dalam kisah benar kali ini adalah watak lelaki ini.

Lelaki ini kerjanya bersawah. Lumrah, orang kampung di utara memang kerjanya bersawah. Apa yang menariknya lelaki ini selain bersawah, beliau mempunyai satu hobi yang dikira sangat2 menyusahkan orang kampung. kesan dari hobi lelaki ini, boleh memporak perandakan suasana harmoni penduduk kampung. Kemungkinan besar boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan.

Apa hobinya?

Hobinya ialah......mengendap pempuan.

Masalah tak?

Memang masalahhhh..

Suatu hari seorang penduduk kampung mengamuk. Bukan mengamuk bawak parang mcm dalm kisah zaman sultan dulu2. Tak..

Dia tak puas hati dan geram dengan lelaki ini kerana dia nampak lelaki ini mengendap bini dia. Adusss.. dah ada bini, bini orang lain jugakkk yang dia nak hendap. Apa dapat? dah hobi..ni la masalahnya..

Jadi lelaki yang bininya kena hendap mengadu pada tok Imam. tentang perilaku lelaki yang mengendap ni. Lelaki yang bininya kena hendap ini mengatakan dia sendiri nampak lelaki itu mengendap2 dan terus menyergah menyebabkan lelaki yang mengendap bini orang ni lari lintang pukang.

Lelaki yang bininye kena hendap tadi juga mengatakan dia sendiri meligan (mengejar) lelaki tadi. Namun sebab larian lelaki tadi lebih pantas maka beliau terlepas dari ditangkap.

Apabila aduan dibuat, maknanya sudah ada kes. Apabila ada kes, maka penyiasatan perlu dilakukan.

Tok Imam tidak mahu kerana kes ini, maka keharmonian penduduk kampung akan terjejas. Sedangkan semuanya ada talian kekeluargaan. Yang hidup aman damai turun temurun sejak zaman dulu lagi.

Belumpun tok Imam sempat menyarungkan selipar croc nya utk ke rumah suspek, lelaki yang dituduh mengendap tadi, tampil bertemu tuan Imam. Dia tidak puas hati. Kenapa dia dituduh. Dia mempertahankan dirinya yang dia tiada ditempat kejadian.

Lelaki yang dituduh mengendap bini orang lantas memberikan idea bagaimana mahu memerangkan suspek sebenar. Dia mahu membersihkan namanya yang sudah buruk di mata orang kampung. Lelaki yang dituduh mengendap bini orang itu mencadangkan agar diadakan majlis doa selamat di rumahnya. Dia menjemput semua orang kampung dan tak terkecuali Tok Imam.

Tok Imam bersetuju.

Maka diadakanlah doa selamat di rumahnya utk menentukan yang benar dan yang mana bathil.

Selepas selesai doa selamat tok imam meminta semua hadirin dan hadirat utk makan pisang. Sebiji seorang. Sekiranya sewaktu makan pisang, ada yang terlekat, maka itulah dia pengendap sebenar.

Pisang di bahagi bahagikan di kalangan hadirin.

Tok imam meminta semua makan serentak.

Sebelum menyuapkan pisang ke dalam mulut, tok imam melihat tuan rumah aka lelaki yang dituduh mengendap bini orang.

'Eh...mana pisang hang"

"La...saya tuan rumah takkan saya pon kena makan"

"Kenaaa...awat pulak tak kena...kita dah baca doa selamat nak tau sapa punye angkara. Hang pon tak terkecuali..kena makan"

Lelaki yang dituduh mengendap bini orang tiada pilihan. Dia kena makan jugak.

Maka dengan lafaz bismillah, semua makan serentak.

Dengan kuasa Allah, lelaki yang dituduh mengendap bini orang aka tuan rumah , tercekik pisang.

Maka, terbongkarlah sudah siapa punya angkara duk ngendap bini orang.

Cerita ini memang kelakar. Dia yang beria2 buat majlis doa selamat utk tentukan sapa yang bersalah, dia yang kena. Memang hangin orang kampung dengan dia. Tapi dia dah dapat pengajaran. Orang kampung lepaskan dia. Tapi dengan amaran terakhir, sekiranya dia masih meneruskan hobi gilanya, dia akan diseret ke balai polis.

Pengajaran disebalik cerita ini ialah...

LU PIKIRLA SENDIRI......!!

Opss...pengajarannya ialah, kalau buat salah mengaku sajalah. kalau tak nak mengaku la kan, tak payah lah beria2 nak buat majlis doa selamat utk tentukan sapa yang salah. Alih2 diri sendiri yang kena.Sapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka....

Sekianlah sahaja secebis kisah masyarakat utk kali ini.

3 comments:

a.n.i.Q.u.e said...

hahaha ada juga org yg mcm tu.. punya konfiden ... ni musti kes lupa kuasa Allah ni ... dia ingat apa agaknya noo dgn doa tok imam apa segala ...

:-P

Anonymous said...

tu lahnye...jgn dok main2 dgn doa..

ijat said...

tingat pisang goreng... sedapnyer...