Wednesday, May 13, 2009

Mak

Boleh dikatakan hampir setiap pagi aku akan call mak. Sewaktu memandu ke tempat kerja tangan aku gatal mendial number mak. Aku sentiasa rindukan suara mak. Ketawa kecil mak kedengaran dihujung telinga aku setiap kali aku buat lawak bangang. Tapi mak ketawa tak macam aku. Tak terbahak2 macam aku gelak. Tak golek2 macam aku. Kalau mak tak tahan sangat, mak akan ketawa sambil menekup mulutnya dengan tapak tangannya yang kecil itu. Serious..tak penah aku dengar mak ketawa kuat2.

Sewaktu aku masih tinggal sebumbung dengan mak. Bila menonton cerita cina yang kelakar bangang, aku akan memuntahkan ketawa yang tidak kurang kuatnya. Dan mak, dengan lembut menegur aku. Kuat sangat gelak. Teguran yang lembut itu ku balas dengan wajah yang masam. Kenit hati aku. Mak tegur aku gelak kuat. Sudahnya, aku menonton cerita lawak bangang tu dengan menahan ketawa. Tanda protes aku kecil hati dengan teguran mak. Ntah apa apa aku ni kan. Ye zaman kecil. Zaman protes. semua mak tegur semua tak kena.itulah anak kan..dan itulah cabaran membesarkan anak.

Bila dah kerja di KL. Nak balik kg selalu pon susah. Selalunya aku menjengah mak 2 bulan sekali. Kalau sibuk sangat 3 bulan sekali. Bayangkan setahun berapa kali saja dapat jumpa mak. Ajak mak datang sini tinggal dengan anak2 di sini bukan perkara yang senang. Setakat 2 minggu macam 2 tahun untuk dia. Tak boleh nak paksa dia. Jiwa dia kuat di kampung. Suasana di kampung tak sama dengan sini. Mak sekarang dah bela ayam kampung. Dah beranak pinak anak ayam dia. Selalu jugak aku mengintai2 telur ayam kampung mak. Kalau ayam kampungnya bertelur sempat jugak aku menyambar sebiji dua buat bawak balik KL. Saja. buat telur ayam kampung separuh masak. Kegemaran si Potel.

Maklah orang yang paling sibuk di dapur kalau kami nak balik ke KL. dibekalkannya dengan nasi lah, sambal lah dan berbagai jenis lauk. Belum campur dengan ketupat lagi kalau datang rajinnya. Nak menghalangnya pon tak guna. Kita taknak dia susah2 sediakan apa2. Di highway penuh dengan hentian R&R yang boleh kita mengalas perut. Tapi itulah dia mak. Dia taknak anak2 dia balik Kl dengan perut kosong walaupon sudah diisi padat sebelum bertolak.

Mak,
anakmu ini akan sentiasa menjengukmu walau sesibuk mana pon ia
anakmu tidak mahu menyesal di kemudian hari, hanya kerana sibuknya ia, ibu ditinggalkan kesepian di kampung.

Mak untung ada anak ramai.
sembilan orang satu angka yang besar
mak tak akan sunyi sebab..
setiap bulan anak mak akan balik menjenguk mak.
sorang balik sorang lagi standby..
kami anak2 mak tak akan biarkan mak kesunyian.
kami anak2 mak akan pastikan hidup mak sentiasa dilimpahi oleh kebahagiaan.
Walaupon arwah ayah dah lama pergi..mak tak akan sunyi kerana mak masih ada kami..

Mak,
bulan ni bulan utk meraikan para ibu..
buat mak...SELAMAT HARI MAK...SELAMAT HARI IBU..SELAMAT HARI MAMA...SELAMAT HARI MUMMY..

Walau apa pon panggilan ...jasamu membesarkan kami mak...tidak mampu kami balas..hanya iringan doa buatmu wahai mak yang tersayang..Semoga hidupmu sentiasa dilimpahi dengan keberkahan.AMinnn..

2 comments:

zakiah said...

Selamat Hari Emak Untuk Ibu mentuaku dan Ibu kandungku yang tercinta....

Selamat Hari Kakak untuk Kak Ros, kakak2 dan kakak kandungku

Selamat Hari Aku heheheh

jangan marah kak ros nanti kena jual

a.n.i.Q.u.e said...

Nice entry....

:-)