Sejak dari hari Sabtu lagi aku bengang. Tapi kudiamkan saja. Aku tidak mahu kegembiraan balik kampung tergugat dek kerana sebab itu. Biarpon tidak pernah lagi terjadi sebelum ini, tapi aku pujuk2 hati agar jangan ingatkan sangat hal itu. Tak Sabtu, mungkin Ahad.
Kalau ikutkan secara logik dan kiraan matematik, Jumaat lagi sepatutnya dah clear. Tak apalah. Aku pujuk lagi hati.
Ahad aku balik ke KL. Sebelum balik aku sempat check lagi. Oh..memang tiada. Ku pandang Potel dengan senyuman nipis. Potel faham. Dia kata malam ni ada la kot. Aku angguk2 saja.
Perjalanan melalui highway hanya memakan masa 4 jam. Pukul 6 lebih kami sudah sampai di Sg Buloh. Sekejap saja kami singgah di rumah abang. Biasa la bila balik kampung di musim buah2an ni, tentu ada buah tangan utk mereka yang tak dapat balik kampung. Mak dari awal2 lagi dah siapkan bekalan untuk anak2 dia. Dan bonet kereta aku penuh dengan buah2an dan bau bauan yang bercampur baur.
Untuk mengelakkan kami pening2 lalat, tingkap di buka untuk menghirup udara segar sepanjang perjalanan pulang. Potel tersenyum2 disebelah memandangkan kali ini aku mengalah dan balik terus menerus ikut highway. Lagipon cuti hujung minggu biasa highway tidak sesak seperti penghujung cuti sekolah.
Hari ini, sampai saja di pejabat, aku check lagi. Tak ada. Memang tak ada. Ini dah melampau. Aku bersungut dalam hati.Aku dial number itu. Tiada jawapan. Aku tak putus asa. Jariku ligat mendial number yang satu lagi. Perbualan pon bermula. Selepas puas hati dengan penerangan itu, aku dial semula number yang pertama tadi. Dapat.
Soalan dan jawapan silih berganti. Aku tak puas hati. Kenapa boleh jadi macam itu. Dia menggelabah dan mengelak dengan mengatakan itu bukan dia yang uruskan. Orang yang bertanggungjawab cuti pula hari ini. Ok tak apa. Aku cool lagi. Tapi aku tak putus asa ya. Puasa mengajar aku untuk bersabar dan uruskan dengan tenang. Ada la hikmahnya tu kenapa jadi begini. Ujian di bulan Rejab ni.
Aku tidak kisah kalau ini membabitkan aku seorang. Tapi ini melibatkan mereka yang lain. Kesianlah. Hairan mcm mana mereka boleh overlooked benda tu sedangkan ia sudah diberi 'by hand' sehari lebih awal.
Setelah melalui beberapa orang, aku berjaya juga bercakap dengan orang itu. Ku luahkan rasa tidak puas hati tentang perkara yang tak sepatutnya terjadi. Kalau sebelum ini aku boleh bergurau2 bergelak ketawa, kali ni, hari ini, tiada gurau gurauan lagi,tapi aku still control nada suara agar tidak meninggi.Cukup sekadar aku luahkan kekecewaan tentang khidmat yang diberi. Yang tak sepatutnya berlaku. Kalau aku tidak call , aku yakin benda ini pending sampai bila2.
Setelah perbincangan dibuat, dia berjanji perkara itu akan settle before 4pm. Ok. Aku tunggu. Aku check lagi. 4.15pm.
Alhamdulillah. Dah masuk!..Yeahooo!!GAJI dah masyukkkkkkkkk!!lambat 3 hari tauuu...giler aku nunggu...!!Bukan tunggu apa..tunggu nak bayar hutang piutang keliling pinggang ni..Kalau le aku tak follow-up sah2 la gaji langsung tak masukk...sabar sajalah...AKu anggap ini dugaan di bulan Rejab..so apalagi..moh kita posa sunat ramai2!!
Monday, June 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sabo akak sabo
kalau gaji masuk lembat memang geram sikit
yelah banyak dah nak dibayarnya
Post a Comment