Sebetulnya aku merasa amat geli hati bila mendapat tahu tentang peraturan yang tidak masuk akal itu. Aku tak tahu lah kalau peraturan ini memang ada di tempat lain juga. Tapi, ini benar2 mengundang rasa jengkel dan aku yakin siapa saja yang mendapat tahu tentang peraturan ini akan merasakan betapa ini seolah2 bukan sebuah organisasi yang sihat dan menjaga pekerja dengan baik. Inilah telahan aku apabila pertama kali mendengar tentang peraturan karut ini.
Cuba bayangkan satu situasi. Pejamkan mata sekejap dan wujudkan satu bayangan di dalam kepala anda.
Adakah anda menerima peraturan yang mengatakan anda dilarang untuk makan dan minum di tempat kerja. Anda dilarang membawa makanan ditempat kerja.Anda hanya dibenarkan makan dan minum di cafe yang disediakan. Tetapi dilarang sama sekali menapau makanan. Sebarang penapauan makanan akan hanya mengundang bahaya dan boleh dikenakan tindakan tatatertib memandang cctv ada disegenap pelusuk bangunan hatta di tempat parkir,di dalam cafe atau dilorong kaki lima menuju ke cafe. Cctv melambak umpama periuk api yang banyak terdapat di kawasan2 perang.
Dan ada pulak yang ditugaskan untuk monitor cctv . Dan lebih dari itu, dilantik pula puak2 ala gestapo yang ditugaskan sebagai spy kepada orang atasan untuk memerhati siapa yang melakukan kesalahan dan kesalahan itu akan direportkan tanpa pengetahuan pesalah itu. Setiap company dikatakan ada seorang atau dua gestapo ini. Tidak tahu siapa tapi memang ada. Ia dipanggil IR atau Internal Relationship.
Kalaulah di company aku yang seramai 6 orang ( 2 lagi di site office, jadi tidak boleh diambil kira) itu ada seorang gestapo, alangkah kelakarnya. Memang akan kena belasah habis2an disebabkan jadi talibarut taghut ini (ye memang layak dipanggil taghut pon.)
Dari 5 orang, seorang ialah big boss dan seorang ialah driver. Boss aku memang tak boleh lama di sini. Bontotnya cepat panassss. Setiap hari paling lama dia akan stay sampai pkl 12. Lepas tu dia akn chow pergi ke office number 2 di midvalley. Jadi yang tinggal terkontang kanting di sini hanya 4 orang. Adakah antara kami berempat ini seorang ada potential dilantik menjadi spy? KAHKAHKAH...hanya ini jawapan yang boleh kuberikan.
Cuba bayangkan lagi, sewaktu larangan penapauan makanan dikuatkuasakan, kenapa di kedai runcit yang bertempat di Ground Floor dibenarkan menjual nasi lemak, kuih muih, roti2. Ini belum masuk lagi dengan makanan ringan, buah potong, rokok,maggie ,ais kerim dan pelbagai jenis makanan yang lain. Adakah management menjangkakan pekerja akan makan dan minum di depan kedai runcit itu? Ya la...tak boleh tapau, makanya kena lah makan di situ. Nampaknya kedai runcit kenalah menyediakan meja makan, pinggan mangkuk semua untuk memudahkan pekerja makan di situ. Peraturan yang kelakar.
Alasan mereka untuk tidak membenarkan membenarkan makanan dibawa ke tempat kerja atau berada di atas meja ialah untuk mengelakkan semut datang dan menghurung sisa2 makan di dalam tong sampah. Hanya itu. Tidak ada alasan yang lain.
Malah orang atasan ini sanggup buat spot check di dalam bakul sampah kalau2 ada bungkusan makanan. Maka bakul sampah sangatlah bersih. Sampah hanyalah kertas2 sahaja.KAHKAHKAH..
Di sini, aku memang simpati kepada mereka yang bekerja direct dengan holding company. Pantry disediakan tapi tidak boleh guna. Hanya boleh ambil minuman air kosong saja. Malahan kalau makan di pantry sekalipon adalah dilarang sama sekali. Jadi, apa tujuan pantry tu ada?Serabutt...
Bagi kami subsidiary company khususnya office aku, kami tidak menguatkuasakan peraturan ketat seperti itu. Malah di pejabat aku, kami menyediakan kemudahan microwave, fridge malahan segala biskut2 atau stock meggie memang melambak disediakan utk staff. Boleh makan apabila lapar. Boleh tapau makanan dari rumah atau di gerai2 ke. Tapaulah. Tapi nak selamat dari di spot oleh cctv, makanan tersebut dimasukkan dalam paper bag. Kelakar. Macam menyeludup dadah pulak. Malahan kami boleh mendengar radio sambil bekerja. Ini memang peraturan sendiri. Kami ini memang degil.
Bila masuk di sini, bila menjadi salah satu subsidiary di sini, banyak peraturan yang tak masuk akal dan tak dapat diterima. Bagaimana pekerja hendak merasakan pejabat ini rumah kedua sekiranya banyak sangat peraturan yang pelik2 dikenakan ke atas mereka? Nampak sangat sifat perikemanusian sesetengah orang atasan tiada.
Kata mereka ,tujuan datang ke pejabat adalah untuk bekerja semata2. Bukan utk makan. Makan apabila tiba waktu makan iaitu dari pukul 1 hingga pukul 2. Ya..memang betul pon. Kita tidak nafikan. Tapi kalau di antara waktu itu kita tak dibenarkan utk minum atau membawa minuman dan letak atas meja kita, aku tak boleh terima. Kenapa sampai begitu sekali peraturan yang dikenakan? Rata2 pekerja merungut tentang peraturan ini. Seolah2 ini macam sekolah. Bukan tempat kerja. Kalau macam itu kenalah puasa saja. Itu adalah lebih baik. Tutup sajalah cafe tu. Jangan halang orang utk tapau makanan kalau di cafe pon disediakan dengan bungkusan plastik atau polisterin. Setiap peraturan kenalah selari. Kalau tak , baik tak payah buat peraturan.
Management perlu turun menjenguk pekerja dan mendengar rungutan pekerja. Janganlah menganggap pekerja ini seperti robot. Hanya tahu mengarah apa yang perlu dibuat, hanya tahu marah apabila ada yang tersalah. Sebab itu tidak terkejut apabila staff turnover tinggi di sini.
Memang kesian apabila mendengar rungutan pekerja di sini. Banyak lagi peraturan yang tidak masuk akal. Malas aku nak ceritakan di sini. Oh ya..biar aku cerita satu lagi disebabkan kes ini terjadi kepada salah seorang staff kami.
Baru2 ini sempena menyambut hari pekerja,kami diminta menghantar 2 orang staff pergi ke perbarisan kehormat di Komplek Sukan Bukit Jalil. Ini adalah secara sukarela. Mereka menyediakan t-shirt dan topi denagn percuma. Hendak dijadikan cerita, seorang staff tidak dapat hadir dihari perbarisan disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan.
Hasilnya, beliau diberikan surat tunjuk sebab oleh pihak HR dan perlu membela diri dan memberi alasan di atas ketidak hadiran beliau pada hari itu. Malah, tshirt dan topi 'dirampas' semula. KAHKAHKAH...aku tidak tahu apa nak komen tentang ini.
Saturday, June 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
erk mate,
dunia kerja mana ko masuk ni? zaman Hitler kah?
sabar eh.
zaman Gestapo zaman sapa lagi mate kalau bukan Hitler..cuma kali ni dia tak aim yahudi la..ni aim sesama muslim...hampeh kan..
huihhh... berakal ke tidak org yg buat keputusan tu? ih.. ih..
hmmm kalau dh tahap gini, xleh ke dpt 'pembelaan' mana2 pihak? persatuan ka, kementerian ka, apa ka...
payah mate...kat sini puak2 atasan memang sombong tahap setan dengan staf2 bawahan...memang kesian lah..
ada kemudahan apartment kat PD la, genting la utk staff..tapi yang bodonya, utk exec n above je..yang non exec ni tak layak...kejam giler...dah berkasta mcm tu plak..
-blue-
terus pangkah kampeni ko.
glenmarie tu kan?
ermmmm..
tak mo mintak keje sana..
lalalalala
macam2 resam dunia n peraturan ciptaan manusia ni
sabo jelah
is,
takyah la keje sini...nanti boleh giler meroyan...
Post a Comment