Kesibukan dan kepenatan bekerja tidak membuatkan aku hendak berhenti menjadi penulis blog. Walaupon susunan kata tidak teratur atau jalan cerita yang mungkin berterabur dan tiada apa2 mesej utk disampaikan,ada kalanya melepaskan segalanya di blog merupakan satu kepuasan.
Blog umpama diari kehidupan. Atau dialog bisu yang dilontarkan tanpa batasan atau sekatan oleh pihak berkuasa. Untuk siapa? Untuk siapa2 saja..atau untuk diri sendiri juga. Kadang2 bila kita bercakap sorang2, orang kata gila. Tapi bila di blog, menzahirkan cakap sorang2 ni adalah normal. Antara tujuan mempunyai blog adalah untuk melampiaskan apa yang bermonolog di dalam hati kita. Dan selalunya ia adalah ikhlas, tulus dan mulus.
Aku berkecimpung di dunia blog ini pon secara kebetulan atau dengan kata lain secara ikut ikutan saja. Melihat rakan2 mempunyai blog sendiri, kita pon nak juga. Melihat rakan2seronok bercerita bermacam perkara, kita pon nak cerita jugak.
Cerita di dalam blog lebih universal. Semua orang boleh access sekiranya tiada password yang diperlukan. Ya, semua orang. Tak kira di mana ceruk dia tinggal.
Zaman ini zaman teknology. Zaman yang merentasi sempadan. Kalau dulu nak cerita atau share apa2 kenalah berjumpa atau bergayut di talipon. Kalau lepas cerita dah nak abis, seorang rakan baru sampai, kena cerita dari awal balik. Bukankah itu memenatkan dan membuatkan kuantiti air liur berkurangan? atau buih2 mulut timbul di tepi bibir seperti seorang menteri yang pernah berdialog di tv sedikit masa dulu?Tapi, dengan adanya perantara ini, kerja kita jadi mudah. Tidak perlu menggunakan suara. Biarkan jari2 menari poco poco dengan riangnya di atas keyboard atau sewaktu air mata mengalir laju membasahi pipi. Asalkan ada idea, segala perasaan dapat diluahkan . Senang bukan.
Adalah perkara biasa di blog apabila blogger menzahirkan pelbagai perasaan. Blog adalah tempat luahan rasa, rasa gembira, rasa syahdu, rasa sedih,rasa geram ,rasa amarah, rasa nak mengumpat dan pelbagai lagi rasa yang tak terungkap di sini. Malahan ada yang menjadi follower kepada sesuatu blog disebabkan olahan ayat dan jalan cerita yang menarik. Umpama drama bersiri yang menjadi kesukaan ramai dan yang kita sentiasa menanti2 tayangannya.
Aku juga adalah salah seorang yang mengikuti blog2 rakan2. Apabila kita tidak ada masa yang banyak utk bersantai dengan rakan2, blog atau facebook atau myspace atau yang sewaktu dengannya menjadi penghubung atau perantara utk kita dan rakan2. Setidak-tidaknya walaupon jarang berjumpa, kita masih tahu keadaan rakan kita. Masih dapat berbual walaupon tanpa suara.
Walaupon ini adalah blog kita, hak milik kita,hak milik kekal mungkin, kita tetap perlu jaga tata susila ayat2 terkandung di dalamnya. Sekarang sudah ada akta untuk mendakwa blogger yang didapati bersalah menggunakan blog sebagai tempat untuk menghasut contohnya. Mungkin kita melihat hasutan ini lebih kepada perspektif politik. Tapi hasutan ni bermacam2 cabang, bukan setakat hal2 politik saja.
Baru2 ini blog seorang artis diberi amaran oleh Biro Aduan Pengguna Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana ayat2 yang terkandung di dalamnya lebih kepada ayat makian yang kita baca pon nak terberak dalam seluar. Kita tengok di dalam konteks yang general lah. Walau siapa pon kita, orang glamer ke tidak ke, tatasusila perlu kita ambil kira. Kita boleh kata, ini blog aku la, ikut suka haku la nak kata apa, korang pedulik hapeee...haktuiiiiiii!! wowowowo....yea...blog ko..ko nak buat apa ko punye suka la kan...tapi ambil kira juga la apa persepsi orang luar pada ko.
Kebanyakan orang lebih suka membuat persepsi sendiri dari mengkaji terlebih dahulu sesuatu isu itu. Ini mentaliti kebanyakan orang. Tidak boleh nak halang dorang berpikiran mcm ini kerana dah dorang mcm tu. Tapi sekiranya kita boleh kawal ayat2 yang bakal kita tulis dengan madah2 yang lebih manis dan sedap utk dibaca, itu adalah lebih baik. Mencegah lebih baik dari mengubat.
Namun, orang melihat luahan rasa yang berbentuk negatif seperti memaki itu adalah satu kejujuran dari dalam diri dia. Transparent gitu. Ini masing2 punya pendapat sendiri. Kita tidak mampu menghalang pon kerana blog masing2 atau dengan kata lain rumah dia. Luahan rasa cara masing2. Ini kerana character yang terbina dalam diri masing2 adalah berbeza. Maka tentulah berbeza hasilnya walaupon acuan yang sama. Ada keras ada lembut, ada manis , ada masam, ada payau...ada kelat...pendek kata macam2 adaaaaa...
Aku tiada apa2 mesej pon untuk disampaikan berhubung dengan apa yang aku luahkan di atas. Sekadar melontarkan pandangan dan sekadar menunggu mata menjadi kuyu walaupon hingga di saat ini ia masih terbuka luas. Menunjukkan masa tidur aku semakin pendek. Mungkin ia tidak mahu pejam, tidak mahu tidur kerana memberi peluang pada aku menzahirkan apa yang ada di dalam fikiran aku ketika ini.
Thursday, June 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
mudah-mudahan kita kuat akak
tidak terikut2 style kerapuhan bahasa dan adab sopan yang dicipta oleh manusia
harap2nya ini semua tidak akan menjadi ternd yang diikuti orang
Post a Comment