Wednesday, August 29, 2007

aku dan makanan

sempena nisfu syaaban semalam, aku dan potel mengambil berkat dengan berpuasa sunat. bila berpuasa ni selalunye makanan akan jadi menu penting time berbuka nanti. dan selalunye susah nak decide apa nak masak apa nak makan.

sekarang ni Potel banyak memantau kegiatan pemakanan aku. dengan berat badan yang makin bertambah, Potel mengelakkan dari memasak makanan yang kaya dengan karbo seperti nasi. aku sekarang memang cuba sedaya upaya untuk berkata tidak! pada nasi walaupun ianya bukan mudah. Bagi orang mcm aku yang sedari kecil menikmati nasi sebagai makanan ruji, bukan mudah untuk aku meninggalkan nasi begitu saja.

kata Potel untuk membiasakan diri dari tidak makan nasi, kita kena try selama 21 hari utk tak sentuh nasi. lama tu. aku kena sabar. aku jadi tak sabar bila teringat lauk pauk yang memerlukan nasi sebagai bahan utama. Cair air liur aku bila membayangkan ketam masak lemak, asam pedas ikan terubuk dan mcm2 lagi lah.

Teringat masakan ibunda Bijan sewaktu sessi pot luck di rumah cool last weekend. Ayam kampung masak lomak cili padi. Walla!!lazat tak terkira. aku yang dah beberapa hari tak jamah nasi, jadi lupa diri sekejap. Since itu majlis makan2 dgn kawan2, maka aku dpat lah makan nasi dgn lauk pauk yang sedap2 belaka. Potel pon tak melarang aku mengambil nasi cuma aku kurangkan volume nasi tu la. kalau dulu dgn masak lemak yang sedap tu(air tangan orang tua memang sodappp) aku boleh tambah nasi berpinggan2...tapi malam tu aku tambah sesenduk dua. Kira sikit la tu dibandingkan dengan aku yang dulu.

Aku cakap dengan Potel aku nak makan kuetiaw kerang untuk berbuka. Potel kata malam semalam kami dah makan seafood so kena elak makan seafood berturut2 lah. so aku serahkan aje la pda Potel apa dia nak masak. Bila berpuasa ni apa depan mata pon kita makan saja.

Balik rumah aku tengok Potel tengah memasak di dapur. aku pon tolong la apa2 yang patut. Menu berbuka kali ni ialah western food. Potel dah siap marinate chicken wings, lamb dan beef masa aku sampai. Aku ni kalau lamb chop memang aku tak gemor sangat. Tapi malam tu aku pulun makan sebab kesedapannya hingga menjilat jari!!



lagi 10 mins nak berbuka aku dah hadap depan makanan.nyum!nyum!



kalau mcm ni tak makan nasi pon takpe!slurppp..



yummy!yummy!



Burpppp...Alhamdulillah



Sempena hari merdeka yang bakal menjelang tiba,aku mengucapkan selamat hari merdeka untuk semua warga malaysia dan juga selamat bercuti serta berhoneymoon untuk bro zorro and rieya yang sekarang sedang bercanda ria di Tioman dan juga bro cool n akak shiza yang menikmati keindahan Pulau Bali.

Wednesday, August 22, 2007

Larra Jasmine 3-saya dah sihatttttttttt

Date: 21 August 2007(Tuesday)
Time: 9.10pm
Venue: Bukit jelutong
Age: 11 days

apa kata larra?

yeahooo!!saya dah sihat..!!saya dah balik rumah..dapat jumpa mummy, daddy, mak tuk, mama and ummi!!






Larra Jasmine 2-saya tak sihatttttt

date: 18 August 2007(Saturday)
Venue: Poliklinik Umra,Shah Alam
Time: 7.00pm
Age: 8 days

apa kata larra?

saya tak berapa sihat la...so mama dan ummi bawak saya balik shah alam...mummy dan mak tuk pon ikut sekali..
saya sedih sebab kena tido sorang2..nasib baik ada auntie nurse jaga saya...saya nak balik rumah cepat2...saya rindu daddy,mummy, mama, ummi dan mak tukkkkkkkkkk!!uwaaaaaaaaaaa..!!!










Larra Jasmine 1

Date:18 August 2007-Saturday
Time: 3.00pm
Venue: Merlimau
Age: 8 Days





Tuesday, August 21, 2007

ketam masak lemak..siakap stim

Hari ahad adalah hari yang agak bz buat aku dan Potel. Hari ahad adalah hari mengemas sedunia. Pagi2 kami bergerak ke pasar borong utk membeli barang2 utk dinner nanti. Cool dan family akan bertandang ke rumah. Balik aje dari pasar maka bermulalah keje2 mengemas rumah. Tengah hari sempat hantar kereta Potel ke service centre. Petangnye baru kami memulakan xtvt memasak. Berpeluh juga membantu Potel memasak.

Malamnya lebih kurang pkl 9.30pm sampai lah cool n family ke rumah kami. Rasa gembira bukan kepalang bila melihatkan kelibat kak shiza yang turut serta. Alhamdulillah, nampaknya ketam masak lemak cili api, ikan siakap stim, tempe goreng serta ulam ulaman hampir habis dijamah.

Dengan kehadiran the unmask of zorro serta partner membuatkan rumah kami riuh rendah jadinye. Sayangnya Bijan n Lumix tak dapat turut serta disebabkan Bijan mengalami masalah kesihatan sedikit. Rasa berat melepaskan mereka balik disebabkan belum puas beramah mesra. Namun tetap terpalit rasa puas hati yang bukan sedikit apabila rumah kami dikunjungi oleh tetamu yang sudah dianggap seperti saudara sendiri.

InsyaAllah sekiranya ada kelapangan, aku dan Potel akan berkunjung ke BP menemui keluarga bro cool di sana. Layanan mesra mereka sewaktu berkunjung ke rumah bro cool tetap terpahat dalam ingatan.

untuk bro cool and family, selamat bergumbira di Pulau Tioman. insyaAllah lepas ni kita lepak2 lagi sebelum bro balik ke UK.

Larra oh Larra

Sabtu pagi aku dengan Potel bergerak ke Melaka. Tujuannya kali ni lebih khusus iaitu utk melawat Larra Jasmine.Mummy Larra balik berpantang di Melaka. So kami hanya dapat menjenguk Larra pada hujung minggu sahaja. Sampai di rumah, kami diberitahu Larra mengidap demam kuning. Penyakit biasa utk newborn baby. Petangnya kami ke klinik membawa Larra. Selepas diambil darah, doc mendapati demamnya agak kritikal dan doc mengusulkan kami bawa Larra ke GH.

Dengan macam2 kes yang berlaku di GH lately, membuatkan kami mengambil keputusan membawa Larra ke Shah Alam, ke klinik tempat Larra dilahirkan. Lebih selesa dan anytime boleh visit dia. Walaupon agak berat untuk meninggalkan Larra sendirian, tapi itu adalah lebih baik utk mengelakkan gangguan kepada Larra. Sedih bila melihatkan Larra yang kecik tu dalam incubator tanpa baju tanpa seluar. Pakai lampin saja. Lebih kurang pkl 8pm lebih kami meninggalkan klinik utk balik ke rumah.

Memang agak meletihkan. Pagi ke Melaka n then petangnya kembali semua ke Kl. Tapi demi anak tercinta , keletihan itu bukan masalah utama. Yang penting kesihatan Larra. Semoga dia cepat sembuh . Aminnn.

Botok botok

Jumaat lepas maghrib aku merancang membawa Potel jalan2 cari makan. Sewaktu bersiap untuk keluar, aku dapat sms dari bro cool yang baru tiba dari UK menjemput aku dinner di rumahnya. Suasana dalam rumah bro cool sungguh meriah. Emak dia ada, akak dia ada, adik dia ada, anak2 buah pon ada.aku yang agak segan pada mulanya terus jadi riuh macam dorang apatah lagi keluarga dia memang ramah tamah terutama akak T yang sungguh sedap masakannya malam tu.

Antara menu malam tu ialah botok2. inilah kali pertama aku makan botok2. nama botok2 tu pon aku baru dengar malam tu. Selama ni aku cuma tau botox saja bukan botok2. botok2 ni dibungkus dalam daun pisang. Bila buka daun pisang tu kita akan nampak byk dedaun seperti daun puding, daun mengkudu, daun betik, daun kesum dan ada lagi jenis daun yang aku pon tatau nama apa. Bila selak daun2 tu semua, kita akan nampak ikan tenggiri berempah. Lepas tu apalagi..makan laaa!! Mmm..sedapppnyeee..aku yang suka daun daunan ni memang ligat je makan. Akak T kata botok2 ni makanan orang selatan. Orang BP.memang kat utara takde botok2 ni. cara masaknya ialah dengan mengukus.

Satu lagi yang aku suka ialah telur pindang. Dah lama aku tak makan telur pindang. Malam tu puas la aku makan. Akak T memang pandai masak. Kalau lama lagi aku kat situ, makin bertambah boroi la aku.Sewaktu nak balik, kak T bagi sebungkus botok2 untuk dimakan dirumah. sebelum balik, aku menjemput bro cool sekeluarga utk datang makan2 di rumah bila ada kelapangan.Keramahan keluarga bro cool meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri aku. Seolah2 aku berada di kalangan keluarga sendiri.

Thursday, August 16, 2007

Selamat Lahir Ke Dunia Larra Jasmine!

Sabtu 11 August 2007 tepat jam 12.25 tgh hari Larra Jasmine selamat dilahirkan. Alhamdulillah.
Semoga Mama dan Ummi dapat mendidik Lara menjadi insan yang berguna. Amin.













Dari Abu Hurairah , Rasulullah SAW bersabda :
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah(suci yakni Muslim). Kedua dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi" (Bukhari)

Wednesday, August 8, 2007

balik kampung

Sabtu pagi, aku akan bertolak balik kg. dah lebih dari 2 bulan aku tak balik kampong.

Mak kata balik la cepat sebelum habis buah moktan.

aku peminat buah rambutan. Mesti aku nak balik sebelum buah moktan habis dibaham, sebelum pokok moktan hanya tinggal ranting.moktan gading pulak tu. Isi tebal. Rasa manis. Kena balik sebelum kehabisan stock!

Bila nak balik kampong aku selalu war2kan pada ofcmate yang rapat. Maka adalah yang memesan ikan tamban masin, ikan gelama masin, belacan. Dulu ada yang memesan rempah kari cap ‘O’. Kata depa rempah kari tu memang slurppp..tak jumpa kat mana2. ada kat negeri aku saja. Kat kl memang takde rempah kari cap ‘O’. tapi mak aku kat kampong pon pakai rempah kari Allagappas. Dia kata rempah kari Allagappas berasa rempahnye. Mungkin mak dah muak pakai rempah kari cap ‘O’. orang kl nak pakai sebab sedap lain dari yang lain. Orang kampong dah jemu.

Dulu masa aku kecik2, mak tak beli rempah kari. Mak giling sendiri. Bila aku dah besar sedikit, mak suruh aku giling rempah tolong dia. Selalu aku merungut.

“Batu giling ni berat la mak”

“Tangan orang pijar la kena cili”

Macam2 alasan aku. Alasan nak lepaskan diri dari menggiling cili.

Tapi bila masak, rempah giling memang rasanya sungguh superb! Selera aku makan. Selera arwah ayah makan, selera adik aku makan. Mak makan tak seselera kami makan. Agaknye sebab dia masak, maka selera tu tak seberapa mcm selera kami.

Aku memang suka bagi alasan untuk mengelak dari tolong mak kat dapur. Tapi alasan tak kuat. Maka aku tetap jadi penolong setia mak. Kalau nak ngelak, aku kena cepat kuar jumpa kawan2. main jauh sikit dari rumah. Jadi mak nak panggil tolong pon susah sebab aku jauh. Mak tak merungut. Aku tak tolong dia tetap buat. Dia minta tolong sekali saja. Kalau aku tak tolong dia buat sendiri. Mak memang sabar dengan karenah aku. Aku sebagai budak nak membesar memang malas nak buat urusan dapur.

“Blue, tolong mak kukoq nyioq.” Mak menyuakan aku sebiji kelapa yang dah dikopek.

“Mak, mata kukoq ni tak tajam la.letih la kukoq nyioq ni” aku mengukur dengan penuh malas sambil memuncungkan bibir.

Mak tengok hasil kukuran aku.

“La..awat hang kukog besaq2 ni..bukan mcm tu. Nak kukoq kena tekan lembut2 baru la nyioq jadi haluih haluih (halus). Ni besaq macam ni susah nak keluaq santan kalau perah. Mai la mak kukoq.”

Begitulah mak . Dia cuba mengajar aku untuk menjadi orang yang rajin di dapur. Aku buat. Aku tolong. Tapi kadang2 separuh jalan. Nampak sangat aku tak minat kerja dapur.

Aku merungut pada mak. Beli aje kelapa kat kedai. Ada mesin utk memarut. Tenaga kita pon tak byk habis.

Mak kata. Buat apa nak membazir. Ada pokok kelapa sendiri. Tak payah beli. Nak kukur pon bukan berbiji2. hanya sebiji. Mak tau aku malas. Tapi dia tetap tak jemu nak ajar aku rajin ke dapur.

“Kerja dapoq kena amik tau jugak. Nanti besaq mcm mana nak duk ghumah oghang”

Mak memulakan syarahannye.

“la..pasai apa pulak nak pi duduk ghumah oghang. Ghumah kita ada. Cek tak mau eh duk ghumah oghang”

Aku menyetopkan syarahan mak sebelum ianye berkembang menjadi debat perdana.

Dulu aku tak faham bila mak sebut ‘ghumah oghang(rumah orang).

Lama tu baru aku dapat tangkap maksud dia. Bila berumahtangga rupanya. Cesss..!lembap sungguh aku nih!

Aku suka kerja luar Kalau mak suruh aku kopek kelapa laju je aku buat.. Kalau mak suruh aku nyalakan kayu api, dengan pantasnya aku melaksankan perintah itew. Kalau mak suruh aku ambil rebung kat pokok buluh, cepat je kaki aku melangkah ke rumpun buluh. Tapi bila mak suruh kukur kelapa aku jadi lemah longlai, bila mak suruh aku masak nasik, aku jadi macam orang nak demam. Bila mak suruh aku siang ikan, aku macam nak sorok ikan tu. Memang kerja mudah. Tapi bagi aku yang tak minat, benda tu sungguh berat.

Bila padi dah diambil, mak ajak aku pergi tangkap ikan. Aku ikut je belakang mak. Mak pandai tangkap ikan. Dia memang pandai cari lubuk ikan. Aku tukang bawa baldi. Sebab ada sawah yang dalam dan banyak air sampai paras peha. Nak tangkap ikan dengan mudah kena la menimba bagi air kurang. Tugas aku menimba air. Dah hampir kering baru kami meragau2 dengan tangan utk mencekup ikan. Mak jarang guna serkap ikan. Guna tangan saja dia mampu cekau ikan keli, ikan haruan dengn mudah. Aku kagum dengan mak. Dia mak yang serba boleh.

Balik rumah adik dah menunggu utk menyiang ikan. Mana2 ikan yang masih gagah yang masih hidup kami simpan dalam tempayan. Buat bekalan untuk sehari dua atau pon sehingga seminggu. Habis ikan kami cari lagi. Seronoknye tangkap ikan di sawah.

Kalau byk tangkapan, separuh mak buat pekasam. Ikan puyu yang selalui dibuat pekasam. Nasi yang tak habis di makan mak jemur sampai kering. Dah kering mak goreng tanpa minyak dalm kuali. Sampai bertukar warna ke perang perangan. Kemudian mak suruh aku tumbuk beras sampai hancur. Kemudian mak campurkan garam dengan air dalam beras yang ditumbuk. Mak ambil ikan puyu. Mak gaul sekali. Lepas tu mak simpan ikan puyu yang diperam dalam balang. Lepas seminggu dah boleh makan. Tu la ikan pekasam.

Sekarang mak dah tak larat nak buat pekasam. Mak dah tak larat nak tangkap ikan. Kalau nak makan pekasam mak beli saja dari jiran. Rasanya sama macam mak buat.kalau aku balik kampong pon, aku akan beli dari jiran. Bukan senang nak dpaat pekasam yang sedap. Pekasam sekarang kebanyakannya ikan yang tak berapa best. Pekasam best mesti ikan puyu. Ada jugak yang letak anak haruan atau keli. Tapi aku tetap suka ikan puyu.

Sekarang juga mak dah tak larat nak giling rempah nak buat gulai. Dia hanya tinggal sorang. Ayah dah tak ada. Rempah giling ni arwah ayah yang suka. Dia tak suka makan rempah kedai. Tak sedap katanya. Sejak ayah tak ada mak masak gulai pakai rempah kedai. Allagappas. Mak tersasul2 nak sebut Allagappas bila dia minta aku belikan.

Tapi, mak masih kukur kelapa walaupon aku dah belikan dia mesin parut kelapa. Mak takut nak guna. Tangan mak tak kuat nak cengkam tempurung kelapa. Takut tempurung tu terpelanting waktu nak gerudi kelapa. Jadi, mak tetap setia dengan kukur kelapanye yang antik itu. Mesin parut kelapa mak hanya pakai bila adik ada kat rumah. Bila nak kukur berbelas biji2 kelapa untuk masak ketupat.hari biasa mak guna kukur manual.

Mak, sabtu ni anak mak yang dulunya malas ke dapur nak balik. Anak mak ni rindu sangat kat mak. Mak tak payah masuk dapur lagi. Mak rehat aje goyang2 kaki. Biar anak mak yang dulunya malas ke dapur ni yang masak. Tapi…errr..sambal belacan mak tolong buat yea…ngeeeee..

a shoulder to cry on

Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further
When you're headed for the ground,
And there is nothing more painful
Than to let you're feelings take you down,

It's so hard to know
The way you feel inside,
When there's many thoughts
And feelings that you hide,
But you might feel better
If you let me walk with you by your side,

And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,

I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.

All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on

Side by side,
With you till the end
I'll alway be the one to firmly hold your hand
no matter what is said or done
our love will always continue on

Wednesday, August 1, 2007

mc

Hari ni aku baru masuk office. 2 hari aku mc. Demam.. Ni akibat makan deroyan berlebihan lah. dah lama aku teringin nak makan durian dengan pulut tanak serta santan.

Hari ahad, lepas aku balik dari rumah mummy Lara, aku singgah beli durian. 4 biji RM10 tapi mcm biasa la aku mintak free sebijik. So 5 bijik la aku dpt. Sampai je rumah aku terus tanak pulut, dan sediakan santan. Dah masak pulut aku dengan Potel pulun makan durian dengan pulut dan santan. Kata Potel ni first time dia makan durian dengan pulut dan santan. Aku cakap ni la makanan aku kat kampong. Orang kampong makan mcm ni la. seriously, aku memang tak puas kalau makan durian saja. Mesti kena ada pulut dengan santan. Baru la puas perut aku.

Isnin pagi, bangun je dari tidur, aku rasa tekak aku sempit. Mcam bengkak. Kepala pening. Badan rasa mcm tak sedap. Mcam orang baru nak kena demam . Potel suruh aku mc saja. Di luar hujan turun dengan lebatnye. Membuatkan aku lagi semangat nak stay kat rumah. Memang pening pon. So lepas hujan reda aku terus ke klinik. Maka, dapatlah mc sehari. Sempat aku beli kerang dengan taugeh. Hajat nak buat kuetiaw kerang. Balik rumah aku terduduk kat sofa. Pening.

Tengah hari Potel balik rumah. Tengok aku. Dia sempat gorengkan kuetiaw. Nasib baik semua bahan2 aku dah sediakan. Ingatkan nak masak petang sket. Ni Potel dah balik maka kami pon makan sama2. Lepas Potel balik ke office aku berbaring depan tv. Petang baru la aku mandi. Bila tak sihat nak mandi pon aku rasa malas.

Hari Selasa, aku rasa badan masih tak sedap. Aku nak mc lagi. Potel pon nak cuti jugak. Jaga aku katanya. Lepas call boss dia dan aku sms boss aku, maka kami keluar pegi klinik. Aku dapat mc lagi sehari. Kami sempat bersarapan roti canai di kedai makan tak jauh dari klinik. Balik rumah kejap, kami keluar lagi. Ke pasar borong pulak. Beli rangka ayam yang ada sket2 daging nak buat rencah soto. Ayam kampong takde. Kalau soto sedap dengan ayam kampong sebab dia tak hancur.

Balik rumah aku basuh baju, tolong Potel sediakan bahan buat soto, aku sempat la merumput laman depan . dah lama aku tak mencangkul. Rumput pun dah mula meninggi. Tak sampai 10 minit aku stop. Panas terik.

Lepas makan soto Potel naik atas. Nak rehat. Letih katanya. Aku lepas solat, terus ke bilik Lara. Aku kemas bilik dia. Aku nak cat bilik Lara. Dah lama sangat aku tangguh. Tak elok tangguh lama2 nanti tak jadi langsung. Baru aku nak mula mengecat Potel dah tercegat depan aku. Dia kata dia nak tolong aku mengecat. Memang dia punye bahagian ada. Sempat Potel baring2 tepi aku tengok aku mengecat. Lebih kurang sejam lebih kami bertungkus lumus mengecat, bilik Lara dah bertukar color. Lega. Misi sebulan yang lepas dah terlaksana. Potel kata tunggu dia siapkan lukisan kat bilik Lara saja. Nanti aku bantulah apa2 yang boleh. Aku bukan pandai melukis. Nanti lukis ayam jadi kambing. Lukis lembu jadi itik. So baik aku tengok saja Potel lukis.

Sesungguhnye penantian itu satu penyeksaan. Lara, kami menantimu dengan penuh sabar.