Tadi aku baca blog Ali Rustam, KM Melaka yang aku rasa tak layak jadi KM pon. Kalau setakat tulis blog hanya utk menunjukkan dia tak buta IT atau cuba nak merapatkan diri dengan rakyat, tak perlu tulis benda2 yang mengarut la. baik saja beli paper keluaran Umno saja sebab gaya bahasanya sama saja.
Sudahnya dia di'hentam' teruk dalam ruangan komen. Ye. Sebab apa yang dia tulis tu semua propa saja. Hentam Selangor sebab nak buat kandang babi yang moden, hentam Perak, hentam Kedah, hentam Penang. Ni sebab semuanya bukan geng dia.Tu pasal sedap dia hentam. Dia lupa nak hentam pon kena ada point la. Kalau setakat point tu dia amik dari paper yang menjadi lidah Umno, baik dia jgan tulis la. Orang meluat bila baca. Bila dah meluat, orang komen pon kaw kaw punya. Macam seolah2 maruah dia dipijak2 je oleh rakyat.
Dah la satu komen pon tak berjawab. Sama ada takut nak jawab atau takde jawapan ataupon dia upah penulis utk tolong tulis on behalf of dia. Tu saja. Contohnya macam blog Khir Toyo. Dia yang menulis dan dia reply komen2 tu. Tulisan dia pon lebih kepada utk memperbaiki hal2 dalaman Umno serta mengajak pembaca bersama2 menyumbang idea ke arah kemajuan masyarakat sejagat. Tidak seperti Ali Rustam yang lebih memperlekehkan cara pembangkang mentadbir negeri yang dimenangi. Ini silapnya dia.
Aku teringat lagi masa reporter tanya dia pasal kekalahan teruk dalam BN masa PRU12 baru2 ini. Dia kata rakyat sebenarnya keliru dengan isu kenaikan harga barang dan isu ini dimanipulate oleh pembangkang utk menambahkan lagi kekeliruan rakyat. Apa ke bengong jawapan mcm tu. Agaknya di fikiran dia, dia rasa rakyat ni bodo bodo kot sampai terkeliru dengan kenaikan harga barang. Kalau nak jawab, biar jawapan tu ada unsur intelektual dan realistic sket la. Sket pon cukup la. Ini jawab mcm orang tatau nak jawab. Jawapan yang menampakkan kebodohan sendiri. Macam ni pon boleh jadi KM! ini je ke orang cerdik pandai di Melaka? Nampak sangat Umno ketandusan pemimpin yang bijak, yang cerdik, yang tinggi akal fikirannya.
Orang mcm ni la yang menjadikan Umno sedikit demi sedikit tak relevan di mata rakyat.Fikirkan.
Saturday, April 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment