Thursday, August 14, 2008

Kebaikan nyamuk

Arwah ayah pernah bertanya aku. Waktu itu umur aku dalam lingkungan 10 tahun. Selepas menikmati makan malam. Sambil ayah menggulung rokok daunnya, ayah melontarkan pertanyaan

“ Apa kebaikan nyamuk pada manusia?”..Spoantan pertanyaan yang keluar dari bibir ayah dan..aku terpempam..

Tak terfikir pulak nyamuk akan bagi kebaikan pada manusia. Yang dia bagi penyakit ada la. Denggi la malaria lah…kat mana kebaikannya pon. Memang kepala otak aku tak boleh nak cari kebaikan nyamuk.

‘Ada ke yah’..aku macam tak puas hati. Ayah senyum2 sambil hembus2 asap rokok daun dari bibirnya.

Aku ambil rokok daun ayah, gulung2..dan gigit ke bibir sambil mata pandang tepat ke muka ayah …masih fikir apa la kebaikan nyamuk ni.

‘Cuba fikir..apa kebaikan dia “..ayah seolah2 mencabar aku.

Bibirnya tak henti2 menghembus asap rokok daun.

Aku pandang ayah. Ayah mengemam ngemam pipi, sekali kemam dan menarik nafas dalam dalam. Maka berdesup desuplah asap2 keluar dari bibirnya. Ralit aku perati asap tu.

“Kalah la yah..tatau” aku surrender. Seolah2 pertanyaan ayah macam satu pertandingan. Tak boleh jawab maknanya kalah. Memang tak best betul kalau tak dapat jawab soalan ayah ni.

Aku renung ayah..menunggu jawapan. Ayah masih leka dengan rokok daunnya.

“Cepat la yah..apa jawapan dia.” Aku menjadi tidak sabar tengok ayah relax2 dengan rokok daunnya.

“Tu..kilang2 ubat nyamuk tu..tu antara kebaikan nyamuk pada manusia..kewujudan nyamuk bagi peluang pada manusia utk kerja di kilang ubat nyamuk. Bagi pendapatan pada manusia. Bukan kebaikan tu?” ayah macam menempelak aku balik.

Ye tak ye jugak. Sebab nyamuk yang bawa penyakit ni la, maka kilang2 ubat nyamuk tumbuh merata dan memberi peluang pada manusia mencari rezeki sesuap nasi. Memang aku langsung tak terfikir pasal tu.

Sebab tu kita, jangan hanya nampak yang buruk2 saja pada sesiapapon. Disebalik keburukan itu rupanya terdapat kebaikan yang tiada taranya. Dan belajarlah utk lebih bersikap positive. Tidak rugi apa2 pon.

4 comments:

aku yang dah mati said...

dan jgn tengok on the surface je kan bila bende buruk jadi kat kita. mesti ada reason nya kan

Aku said...

betul tu mate. setiap benda ada buruk dan ada baiknya.

a.n.i.Q.u.e said...

Lagikan kain buruk pun ada guna, inikan pula rupa yang buruk.... kebaikan rupa yang buruk ialah pada orang yang cantik. Kalau tak ada yang buruk tak adalah yang cantik..walaupun yang cantik kadang perangai buruk nak mampus....

hehehe

:-)

Aku said...

soooo true cik pretty :)