Wednesday, November 12, 2008

Takde idea...

Dah lebih 2 minggu aku mengalami fenomena batuk yang melampau. Fenomena kebatukan ini tidak kira masa dan ketika. Waktu aku tengah makan, tengah borak, hatta tengah sedap tido sambil melayan mimpi indah pon batuk ini menyerang.

Aku belum pegi klinik walaupon dah berbuih2 mulut si Potel memaksa aku ke klinik. Ok aku tak pegi bukan sebab malas. Sebab aku makan juga ubat batuk yang masih ada tu. Di samping tu aku makan Intra. Dan tak lupa juga air kosong yang dah bergelen2 masuk dpt perut aku. Aku takle degil sangat bab2 makan ubat ni. Sapa nak sakit kan.

Minggu ni minggu yang agak kelam kabut utk aku. Minggu yang busy. Kena settlekan banyak benda. Semua kena buat sendiri. Inisiatif sendrii. Inilah dia, kalau rajin sangat nak tukar kerja kan. Maka tanggung sendiri lah kalau lepas ni masa untuk bersuka ria pon tak banyak mana. Tak apa lah. Aku ok. Baik busy dari takde kerja.

2 comments:

Makbed said...

Personal Invitation

Kak, jemput datang majlis bersanding saya pada 14 Disember 2008 (ahad) di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Sik, 08200 Sik Kedah.

Tak jauh dari kampung akak kan...

Saya menunggu kehadiran mu.

Anonymous said...

TQ Liza, InsyaAllah kalau balik kg time tu pastnya akak akan p kenduri Liza. Selamat pengantin BARU Liza!!