Friday, June 26, 2009

Apabila mood bekerja NIL...

Minggu ini adalah minggu paling sibuk buat aku.

Sabtu hingga Selasa aku berada di bumi Langkasuka.

Rabu pepagi pkl 5am aku ke Pontian. Petangnya balik ke KL.

Tiada rehat yang cukup sebenarnya.

Semalam, untuk merehatkan diri, aku sambung cuti.

Renew passport di Jab Imegresen Caw Wangsa Maju. Cepat dan pantas. Tak sampai sejam dah siap.

Hari ni baru aku menjejakkan kaki ke pejabat. Tapi pkl 9.30 tadi aku bergegas balik ke rumah sekejap. Tertinggal battery laptop. Satu kerja tak menjadi kalau takde battery.Nyawa tu.

Sampai office semula pkl 10.30. Pkl 11 meeting dengan ESB, Tax agent. Hampir pukul 1 baru habis.

Dan..aku lupa..aku belum brekafast. Dah kenyang dengan kerja. Lunch? Aku tak rasa lapar la pulak.

Petang ni ada CPD Talk di MIM. Potel pergi. Kalau aku pergi, dah sampai ke jalan Ampang mungkin sessi CPD Talk dah habis. Nak melalui federal highway yang azab. Hari Jumaat pulak tu. Baik cancel saja.

Awal pagi esok, aku balik kampung. Musim buah sekarang ni. Mak dah giat suruh balik. Dia tak suruh pon aku akan balik juga. Malam ni, mak buat kenduri makan buah kat rumah. Makan nasi pulut letak santan dan buah.Tradisi orang kampung. Kalau pokok buahnya menjadi, akan dijamu seluruh orang2 kampung. Buah cempedak dan rambutan mak dah masak. Cempedak yang banyak skang ni. Rambutan baru jadi satu pokok. Dokong pulak masih belum masak betul lagi. Sebulan lagi ranum lah tu.

Balik ni ingat nak bawa mak ke Padang besar. Saja bawa shopping di sana. Potel pon belum pernah ke sana. Mungkin ajak Kak Chaq sekali. Aku tak arif sangat jalan ke sana. Pertama kali pergi pon dengan Pak Teh.Kalau aku yang drive mungkin masih cam jalannya. Tapi tak risau, signboard melata di kiri kanan jalan. Asalkan tak buta huruf, sure selamat sampai.

Apabila hanya sehari masuk office setelah lama bercuti, susah nak naikkan semangat bekerja. Still in holiday mooodd...

3 comments:

sky said...

best nye jalan2.
saya jeles.
bila nak bwak saya balik kg pulak.?
sy nak makan buah jugak..

Aku said...

ko bitau aku dulu bila ko nak balik sini. selagi tak balik, ko jeles pon tak guna mate..hehehe...

a.n.i.Q.u.e said...

Ceh ballik kampung tak bagi tau..
haha...

musti kalut la tu..

:-)