Monday, December 31, 2007

Last Day

Hari ni hari terakhir aku di company ni.

Lama aku di sini.

Lebih 10 tahun.

Sedih memang sedih. Nak meninggalkan kawan2 yang dah mcm saudara sendiri.

Ada yang tak boleh terima kenyataan aku nak pergi. Maklum sajalah. Di sini aku lah yang paling bising, suka buat kecoh. Suka mengusik.

Aku tak sanggup nak berdepan dgn semua orang hari ni. Aku taknak ada titisan air mata yang jatuh berguguran bila aku nak bersalam2 nanti.

Aku tau. Semua terkejut aku nak resign. Memang tak dijangka. Tapi aku memang dah menjangkakan ini satu kejutan buat kawan2 aku di sini.

Aku pergi utk kebaikan aku juga. Memang sayang nak tinggalkan company yang dah banyak bagi pengalaman berharga pada aku. Banyak kenangan di sini. Pahit, manis, masin, payau, kelat, semua ada.

Namun,untuk career, aku perlu mencari dan mencuba sesuatu yang baru. yang lebih challenging. aku perlu keluar. untuk lebih melihat tempat lain yang juga boleh memberikan aku seribu jenis pengalaman lagi.

Hari ni ada farewell party utk aku. Aku sendiri tak prepare apa aku nak cakap. Mmm...yang pastinye aku tak nak suasana sedih menyelubungi diri aku nanti.lagipon, aku bukan pergi ke medan perang. Aku cuma bertukar kerja. Satu proses yang semua orang pernah atau akan mengalaminya.

Semoga aku happy di tempat baru. Sama seperti tempat lama aku.

Friday, December 21, 2007

Tahukah anda...

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3.Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca blog ini
telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

Kuang ...kuang...kuangg

Larra

Larra makin comel. Makin tembam. Makin bulats. Berketul2 isi dia. berulas ulas isi dia. Geram. Dia dah kenal orang . Kenal mummy dia dah. Kalau nak dukung dia pon , dah tau berkerut2 muka bila tau orang tu dia tak biasa. Pandai. Geramnyeeee..

Tengah asyik masyuk menyusu



Posing sakan wpon tgh di shampoo oleh mummy



Aksi porno di bilik mandi..euwwww!







Lepas mandi.




Yeah..!dah siap pakai baju!

Dah pandai pegang botol susu



Aktiviti menggigit lepas kenyang minum susu







Berposing sebelum tidooo

Raya di Melaka

Hari Rabu lepas maghrib, kami bergerak pulang ke Melaka. Sambut Aidiladha di sana. Setelah lebih 4 jam mengharungi kesesakan lalu lintas , kami selamat sampai. Perut yang berkeroncong sepanjang highway lagi, terus diisi dengan menjamah sup ekor masakan mak.

Nasi impit, kuah lodeh, kuah kacang, rendang daging, rendang limpa, kari ayam serta sambal tumis sudah siap dimasak oleh mak. Memandangkan mata kami yang dah kuyu akibat keletihan, kami terus masuk tidur.

Hari raya semuanye lepak di rumah saja. Aktiviti sepanjang hari ialah makan, makan, makan serta tidur. Walaupon makanan masih banyak, mak masih nak masak utk lunch. maka kami semua pakat tolong2 apa yang patut. Menu utk lunch ialah, perut masak lomak cili api letak pucuk paku, Paru goreng serta ketam masak sweet sour. Makan sampai berpeluh2.

Menjelang petang, baru aku dengan Potel bergerak pulang ke KL. itu pon sempat singgah di JJ dulu. Kami masuk highway lebih kurang pkl 8.30pm. Alhamdulillah jalan lengang tak banyak kereta sangat pon. Aku yakin kebanyakan orang sambung cuti sampai Krismas.

Hari ni kat office aku, berapa kerat saja yang ada. Ramai yang cuti. Keje aku kemas barang2 masuk dlm kotak. Senang. Bila aku last day nanti takde la aku terkocoh2. Biar settle awal2 , senang.

Wednesday, December 19, 2007

Lega

Lega rasanya

Apa yang terbuku di dalam dapat diluahkan

Alhamdulillah

Tuesday, December 18, 2007

Miq

Sabtu lepas aku meluangkan masa melawat Miq . Melihat Miq yang sudah baik dari Eczema membuatkan aku rindu pada Larra. Raya Haji baru la dpt jumpa si comel tu.

Kepala Miq dah dicukur oleh abah. Tapi belum habis sebab Miq tak selesa.




Pakai apa pon Miq memang comel


bedak sejuk ditempek kat pipi Miq.



Miq..merenung masa depan agaknye tu.


Dah ready nak tido ni..


Goodnite...Miq dah nak tido ni.


Wednesday, December 12, 2007

Fatwa Terbaru

Haram Menikahi Gadis Satu Kampung.

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 9 April tahun 2007:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakanbahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah danterburu-buru.

Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIMuntuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwasedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahigadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung...!!

Fakta sejarah: Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada
kawan-kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang
sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini
kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.


1508: Alfonso de albuqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis
untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia
tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja
Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal,
15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan
pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5
pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan
Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan
Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar
tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu
dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir
kecewa dan putus asa...

1512: Setahun kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis,
Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu
untuk gula rantau ini,...

Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang untuk
mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah,
perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang
diperlukan.. .

2 minggu kemudian

FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada
Alfonso
Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang
selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)

Alfonso: selamat pagi

Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis,
Kedah dan Pulau Pinang

Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? (dengan nada marah dan
bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang
Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita
kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis,
Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya ialah hang sihat, hang buat apa, hang
apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang singgah
dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang, pungk*k hang macam macam lagi hang ada kat sana .....



Alfonso: Haaaaaa........



Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan

pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat

ngeri...... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.



scroll sampai bawah.....



lagi....



lagi...



lagi....



lagi...



lagi....



lagi...





Hang tunggu apa lagik... hang nak mampuih kot.... hang pi buat kerja nu!!

Pi....Pi....Pi....

forwarded from email

Monday, December 3, 2007

Larra ( 3mths 3 wks) & Miqael (1 mth 1 wk)

Hi all!!
saya Larra..saya dah 3 bulan 3 minggu dah...berat pon dah dekat 7 kg. patut la bila mama dan ummi angkat saya kejap sangat. lenguh tangan. eleh..ni baru 3 bulan tauu..kalau dah dekat setahun berapa laaa berat saya kan...hobi saya posing depan kamera..!yeahhhh!!








nyum..nyum..nyumm..mmm cedapnye dapat makan baju sendiriii..




isap jari pon sooooodapppp



ini kawan saya, Miq. dia muda dari saya. baru sebulan seminggu. Kesian Miq pipi dia kena eczema. Saya nak Miq cepat2 sembuh so that saya boleh jumpa dia. Saya tak sabar nak jumpa Miq!Mamaaaaa..Ummiiiii...nanti bawak Larra jumpa Miq tauuuuuuuu!!







Wednesday, November 21, 2007

Barang dah sampai...yeahhh

malam ahad lepas ada satu incident yang buat aku bengang betul dengan pengurusan Mas kargo. salah satu dari kotak pasu kami tak sampai. walhal kami check in kotak tu sama serentak dgn luggage yang lain. Nasib baik la pekerja kargo kat klia sungguh baik melayan kami. dorang kata memang selalu terjadi barang tak sampai especially utk penerbangan dari Kuching dan Kota Kinabalu.

Lepas buat report, kami balik sambil merungut2 jugak la. Sejam lebih jugak la kami menunggu utk buat report tu. Pasu dalam kotak tu nak kasi pd mak Potel dan adik ipar aku. kami masing2 melepaskan geram pada Mas. kalau kami tak dapat kotak dlm masa 2 minggu maka kami boleh buat claim la. claim utk dorang bayar gantirugi pd kami. tapi menurut pekerja di situ kalau nak claim biar letak harga tinggi, sebab dorang tak akan bayar full. kami angguk2 sajalah. maklumle ini 1st time berlaku pd kami. yang cakap tu pekerja kargo, bukan bahagian report. dia pon cakap bisik2 dgn kami. taknak orang lain dengar la kan kata dia mengajo kami mcm tu.

hari isnin masa aku tgh menggigil2 demam kat office, aku dpt satu panggilan dari orang Mas. mengatakan barang aku dah sampai. nanti dia hantar setelah mengambil alamat tempat kerja aku. pada mulanye dia nak hantar ke rumah. tapi aku cakap la mana ada kat rumah. semua pergi kerja. aku pon tunggu jugak sampai petang. tak ada pulak. aku malas nak call balik.

semalam aku mc. aku tak dapat apa2 call dari orang Mas pasal ni. aku cakap dgn Potel, esok(hari ni) aku akan call dorang lah. sebab kalau lama2 nanti tak sampai2 la kotak pasu kami tu.

tadi, pukul 2pm agent mas call kata dorang dah nak sampai offc aku. nak kasi kotak pasu yang lambat sampai tu. lega aku. dapat jugak kami kotak tu. dapat juga kasi pd mak. dapat jugak kasi pd adik ipar aku.

Mas patutnye memantau kelewatan barang2 yang sampai pd penumpang. kalau selalu kes macam ni, orng akan malas nak guna perkhidmatan Mas lagi. kena check kenapa barang2 tu tak sampai sama time mcm tuan dia sampai. Kena buat post mortem lah pasal ni sebab kejadian ni sentiasa berlaku seperti kata pekerja kargo. nasib baik la kotak pasu kami yang tak sampai. kalau la beg, adoiii la..memang aku mengamuk la.

Demam

Semalam aku mc. Sebab aku demam. Sebenarnya aku demam dari hari ahad lagi masa kat Kuching. Masa masuk dlm perut kapal terbang aku minta blanket kat pramugari mas yang cun melecun. nasib baik ada. kalau tak sure aku menggigil mcm orang lapar ganja.

Monday aku masuk keje walaupon aku masih menggigil2. sebab kena buat PDR. Hujung tahun memang bz dgn PDR. Semalam aku dah tak tahan. dengan selesema la dengan batuk la dengan pedih mata semua cukup. Potel suruh aku mc je. Aku kuar seiring dgn Potel yang nak ke tempat keje. Aku gi klinik depan rumah. Doc kasi mc kat aku. sehari. cukup la tu. lama2 pon aku bosan kat rumah.

Nama aku dipanggil. nurse kasi ubat. ada ubat sakit tekak. ada ubat demam. ada ubat selsema. ada ubat batuk . ksemuanya 4 jenis ubat. ubat batuk dan ubat selesema nurse kata bila makan jgn drive sebab boleh tertido. aku angguk2 sambil menggigil2 ambil ubat.

keluar dari klinik aku rasa perut aku berbunyi2 minta diisi. aku stop kat kedai shiraj. beli gardenia high fiber. bila check tak de pulak stock tuna mayo. terus aku ke kedai runcit selang 2 buah dari kedai shiraj. ada pon tuna mayo. sempat aku sambar sebungkus meehun dan beli sayur kangkong. sayur lain takde la plak. teringat ofcmate masak meehun putih hari isnin lepas. sedapp la. aku teringin nak makan. demam2 pon aku masak sebab teringin sgt meehun putih. tapi roti pon aku makan. byknye aku makan. mcm bukan orang sakit je.

lepas makan roti aku masak meehun. aku sempat ambil baju utk basuh. waktu2 kat rumah mcm ni la nak buat semua benda. nak tunggu weekend lambat sgt. nanti baju dah penuh. nak basuh kena buat 2 trip.

lepas baju disidai, meehun pon dah boleh dimakan. makan sambil baca paper. lepas makan baru aku makan ubat. betul la. tak lama lepas tu mata aku berat sgt. nak tido la tu. aku pon landing kat sofa dan tdo berselimut. sedapnye tido.

aku bangun bila dengar hujan turun. macam pelesit aku angkat baju diampaian. sayang wooo basuh baju lepas tu dah kering lepas tu pulak hujan turun. nasib baik hujan baru turun. jadi tak sempat la baju aku yang dah kering tu basah. kalau aku tdo mati maunye lencun baju2 tu semua.

petangnya Potel pon balik dari kerja. Potel kata malam ni kami makan steamboat. lama Potel tak buat steambot. aku suka la. Aku tolong Potel kopekkan buah mangga yang kawan aku kasi. Potel suka buah mangga telur. tu mangga masak. aku pon suka. kalau mangga masam, haram aku tak sentuh. aku tak suka buah masam2 ni. Potel suka.

malamnya puas la aku makan steamboat Potel masak.



meleleh leleh air liur aku tgk isi steamboat ni


yummy yummy!

Monday, November 19, 2007

The Land of Head Hunters

Last weekend aku dengan Potel menghabiskan masa di Kuching. walaupon hanya 2 hari berada di sana tapi masa kami diisi sepenuhnye. terima kasih byk2 kepada Shopa yang menemani dan membawa kami jalan2 di Kuching selama 2 hari kami di sana. ini kali ke 3bg aku dan ke 2 Potel bertandang ke bumi kenyalang. maka tak ada kami rush sana sini bershopping. masa dihabiskan dengan melantak seafood di Rock Road Rest serta jalan2 tgk pasu serta barang cenderamata utk kawan2.

kalau nak bershopping dengan harga yang lebih murah, boleh la ke Sarikin yang tak jauh dari sempadan Kalimantan. kami tak sempat ke sana memandangkan masa yang tidak mengizinkan. lagipon tidak bercadang utk bershopping. hanya utk merehatkan diri dan menghirup udara bumi kenyalag.

Pemandangan sekitar waterfront kuching






kek lapis byk terdapat di kaki lima kedai



antara kedai barangan cenderamata




kedai pasu





boleh tahan jugak la Potel beli pasu. yela..utk family ada, utk kawan2 pon ada. aku tak minat pasu. tak reti pon nak pilih mana ok. tgk sajalah Potel pilih.

Orang kata tak sah ke sarawak kalau tak ke pasar satok. tempat jual ikan terubuk masin. tapi,memandangkan aku dengan Potel tak berapa minat dgn ikan terubuk masin, maka kami tak pergi ke satok. kami terus ke muzium kuching since potel tak penah ke sana lagi.


Di muzium Kuching
]



umur kucing dibandingkan dgn umur manusia







insyaAllah bila ada rezeki ada masa, kami akan ke Kuching lagi. terima kasih byk2 pada Shopa kerana sudi meluangkan masa bersama kami selama 2 hari di sana tanpa menghiraukan rasa letih memandu siang dan malam. tq Shopa!