Thursday, June 28, 2007

Botak

Nak tergelak sakan bila baru2 ni di dada akhbar duk berbicara pasal kes botak sharifah amani. Memang diakui la dia ni seringkali menimbulkan kontroversi walaupon itu bukan dia yang mau. Tapi manusia2 disekeliling yang dikatakan masyarakat prihatin ni la yang selalu menjadikannya satu issue walaupon sebenarnye bukan issue apa pon. Kalau tak sebab dia tu celebrity aku tak rasa semua akan kecoh pasal issue botak ni.

Memang la…kita jarang dengar pasal kes botak dikalangan perempuan terutama yang Muslim. mungkin ada tapi sebab bukan artis, bukan tumpuan masyarakat maka takde la jadi issue kan. So bila ada, semuanya jadi macam ayam lah…bertelur sebiji riuh senegeri! Nak nak yang botak tu artis pulak tu. Tumpuan masyarakat katakan. Maka semua pihak bersungguh2 la bersuara dalam hal ni. Semuanya nak masuk dalam perbincangan pasal perempuan botak. Lalu semuanya bercakaplah pasal hukum membotakkan kepala ni. Botak diharamkan bagi perempuan Muslim. Perempuan Muslim mana boleh botakk!!melainkan dengan bersebab.

Aku fikir2. Bila botak baru semua nak riuh ..kata tak boleh. Haram. Berdosa. Banyak lagi lah hukumnye. Peliknye, hanya botak saja ke yang orang duk riuh kata haram? Bagaimana yang tak botak tapi nampak rambut? Takde lak orang duk kecoh2 kata haram ke berdosa ke apa ke. Persoalan ni diutarakan oleh pengarah yasmin ahmad yang mempertahankan anak buah dia bila reporter tanya pasal ni la. Yela geram jugak la dia. Bila botak semua nak jadi issue. Semua nak bagi pendapat. Agaknye sebab ramai yang nampak rambut tapi tak botak. Maka tak apa lah. Tu bukan issue. Tak payah la nak riuh2. sebab ramai. Ni yang botak ni jarang ada. So kena riuhlah. Kena selak kitab2 lah tengok apa hukum perempuan membotakkan rambut. Ye la jarang berlaku. Kalau ada yang kita dengar pon mcm pelakon Demi Moore yang membotakkan kepala utk filem GI Jane. Tak apa la..kita tak kisah la sebab dia bukan Muslim. Pelakon Hollywood depa boleh buat apa depa nak. Tak kisah sebab takde sapa nak riuh. Masyarkat depa tak kisah. So takde issue la kan.

Ni kena riuhlah sebab yang botak ni pelakon melayu kita. Muslim pulak tu. Jadi kalau tak riuh nampak macam tak prihatin la kan. Nanti orang kata macam tak kisah pulak kan. Macam membenarkan pulak bunyinye kan. Macam bukan berada dalam Negara Islam la pulak. Nanti orang kata Negara sekular kita naik angin. Cuba belek dalam perlembagaan negara. Bukan ke negara kita negara Islam? Oh ya la…Islam..sebab tu la kena riuh kalau ada yang langgar hukum Islam.


Aku bukan nak cakap pasal issue agama . Cuma aku rasa mcm tak kena sajalah pada yang sangat berkobar2 bercakap pasal hukum2 Islam ni semua tapi depa sendiri tak praktikkan hukumnye. Sebabnya yang cakap tu pon entah2 bini dia pon nampak rambut!!entah2 anak dia pon sama rambut mengerbang..tapi sebab tak botak, maka tak apalah. Tak salah. Sebab tak botak. Kalau botak baru salah. Baru berdosa. Baru kena riuh.Agaknye macam tu la kot yang dia fikir.

Ada yang mengambil sikap no komen. Sebab apa?ye la..dia pon mungkin ada bini yang nampak rambut. Jadi kalau dia bising macam tak kena saja. Macam menari zapin tapi musicnya hip hop . Tentulah tak kena, tentulah tak seiring dan tak sejalan. Buat kena gelak saja dek orang. So baik diam2 sajalah. Nanti orang kata pulak mcm2 kat dia kan. Sapa yang malu? Tentulah dia dan keluarga dia. Ni jenis sedar diri akan diam lah. Yang tak sedar2 diri akan sentiasa menyalak la..mengata si fulan salah si fulan berdosa, walhal kekurangan diri langsung la tak pernah diambil peduli. Memang kesian dengan orang mcm ni. Ibarat gajah depan mata tak nampak, kuman di seberang laut dia nampak dengan jelas sekali.mata dia memang ada teropong jarak jauh agaknye.

Apa yang aku nak highlight kat sini ialah, kita manusia ni ada kekurangan kita sendiri. Tak perlu la kita nak kecoh2 pasal kekurangan dan kesalahan orang lain. Tak perlu la kita nak canang canang pasal salah silap orang. Tengok lah diri kita. Lebih ke kita? Sempurnakah kita? Sampaikan berdegar2 kita mengata itu ini pada orang lain. Nanti menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri pulak. Kita nak tuding jari kat orang, kekurangan kita kena perbaiki dulu lah. Baru la kalau tegur apa2 pon orang respect, orang ikut. Kalau setakat jadi macam ketam mengajar anak berjalan, baik diam sajalah. Ini tidak. Orang saja yang salah, dia saja yang betul. Tu dah kes jual ikan namanya.


Yang penting kita cerminlah diri kita sama. Jangan asyik hulurkan cermin pada orang saja. Sesekali tgk diri kita di cermin. Belek diri kita. Tengok kekurangan kita sebelum nak tengok kurang orang. Bila kita sedar kita ni pon banyk kurangnya, maka takde la kita nak mengata orang. Mengata dia mcm kita mengata diri kita balik. Kena malu pada diri sendiri jugak. Kalau apa yang berlaku dalam hidup kita tak sama dengan perancangan kita, jangan terlalu cepat nak salahkan orang itu orang ini, orang sana orang sini. Dalam kita merancang, Allah pon merancang jugak. Dan sesungguhnye perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan.Itu yang selalu kita lupa. Manusia memang mudah lupa.

Kita manusia sentiasa melalukan salah dan silap. Tidak ada siapapon yang mau buat silap. Semua mau buat yang betul2 saja. Ambil contoh masa sekolah dulu la. Macam aku la. Kalau buat homework dalam buku, dan buku tu kat page belakang ada jawapan yang disediakan. Memang la tiap kali buat mesti la nak selak2 kat page belakang. Nak tengok jawapan tu betul ke tak . sebab apa? Sebab kita tak nak buat salah. Kita takut utk buat salah. Kita nak buat yang betul saja.

Kadang2 kita perlu jugak buat salah. Sebab dari salah itulah maka kita belajar. Untuk membetulkan apa yang silap pada awalnye. Kalau buat betul saja, kita tak akan langsung nampak silap kita walaupon sebenarnya ada. Sebab tu la timbulnya sifat bongkak,riak, ujub,takabbur dan mcm jenis sifat mazmumah lagi.Sebaik2 baiknya cubalah hapuskan sedikit demi sedikit sifat mazmumah dalam diri kita dan gantikan dengan sifat mahmudah ke dalam diri kita.

Kita kadang2 lupa mengisi makanan rohani kita, makanan jiwa kita. Kita kadang2 lupa atau memang tak tau yang jiwa kita perlu juga diisi dengan makanan, bukan hanya jasmani kita. Sememangnya manusia mudah lupa.

Untuk diri aku sendiri, aku selalu mengingatkan diri akan kekurangan yang ada, dan cuba seboleh2nya untuk mengatasi kekurangan itu.Dan dalam masa yang sama cuba menghindarkan diri melihat kekurangan orang atau memandang rendah pada kkekurangan orang kerana kita sendiri ada kekurangan kita.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu dari diri ku jua. Wallahua’lam.

No comments: