Wednesday, June 6, 2007

cuti2 balik kampung

Musim cuti sekolah dah seminggu berlalu.Tinggal lagi seminggu.Tak kena rasanya kalau tak direlatekan cuti sekolah dengan musim orang kawin.tak kira la kawin hari apa pon..asal cuti sekolah makanya berderu2 mak2 ayah2 nak buat kenduri sambut menantu.kita pon tumpang seronok la dapat jugak merasa nasi minyak la nasi tomato la malah segala jenis nasi akan timbul bila time kenduri ni.belum lagi bercerita pasal lauk pauk yang dihidangkan utk para tetamu.

Hujung minggu lepas aku balik kampong.Misi aku nak jumpa mak aku n then nak tgk anak buah baru aku yang baru berusia 45 hari tu.Biasalah kalau cuti sekolah aje kebanyakan warga KL pon ala2 cuti2 malaysia lah.so penuhlah highway dengan pelbagai jenis kenderaan yang mengaum di atas jalan.Misi?Balik kampong lahhh ..takkan balik bandar kann..

Untuk mengelakkan kesesakan yang melampau di siang hari , aku balik malam.lagipon drive malam2 ni rasa relax sket lah.tak berkejar2.jadi tenang saja.Bila masuk saja highway jalan duta, tu diaaaa….kereta berduyun2 mengambil lane masing2.mana yang laju terus menyambar lane kanan sekali.mana yang taknak berkejar2 lebih suka memilih lane tengah.manakala lane tepi lebih banyak di isi oleh kenderaan berat yang bergerak bagai semut lagaknya.

Kalau dulu balik malam kenderaan tak sebanyak sekarang ni.Ini, kita rasa mcm drive waktu siang saja sebab kereta banyak n then lampu2 keta tu cukup menerangkan jalan dan jadilah mcm siang hari.Kemungkinan besar musim cuti sekolah ni kereta memang penuh saja di highway.Sementelah pula hari minggu, memang meriahlah jalan dengan pelbagai kenderaan yang menuju ke destinasi masing2.

Cumanya kalau nak bergerak malam ni kena pastikan kenderaan kita tu ‘sihat’ lah.dalam erti kata yang lain, conditionnye semua tip top.kalau nak berjalan jauh kena pastikan kereta diservis terlebih dahulu.Untuk mengelakkan kita jadi mcm dalm filem ‘jangan pandang belakang’ tu lah.naya mokcik!!

2 hari di kampong diisi dengan jalan2 cari makan..ye..kalau balik kampong rugi tak merasa me goreng n me bandung mamak yang dah bertapak di situ sejak aku masih kecik lagi.tukang masaknya tetap sama.Cuma bezanya kini dia sudah menginjak ke usia senja, rambut memutih memenuhi kepala.Namun, rasa mee goreng tetap seperti 20 tahun yang lepas!

Menghirup udara kampong yang dikelilingi oleh sawah padi cukup menyenangkan jiwa.Hilang segala masalah .ai..balik kampong mana boleh bawa masalah bersama.tinggalkan aje di KL.nikmati hidup sepenuhnye di kampong..melihat sawah padi yang tumbuh menghijau membuatkan hati meronta2 untuk melihat anak2 ikan dicelah2 pokok padi.cukup untuk mengembalikan nostalgia dizaman kanak2 yang penuh dengan keriangan.

Sekarang pekan yang dulunye kecil sudah meriah.tidak perlu pergi ke Alor Setar untuk membeli langsir atau kain ela .Di sini semuanya sudah ada.Sudah tersedia.malah harganya hampir di paras mustahil.Tak percaya ke?percayalahhhh…

Pekan nat atau lebih dikenali sebagai pekan sabtu adalah tempat masyarakat kampong menjual segala jenis barang pada hari Sabtu.Sebab itulah namanya pon pekan sabtu..Kalau di KL macam pasar malam.cumanya di sini lebih meriah dan beroperasi di siang hari.Macam2 ada!!Sedikit ikan gelama masin serta ikan tamban masin dibeli untuk dibawa pulang ke KL.Ikan tamban masin hanya ada di sini.Tak pernah aku jumpa di KL.Rugi kalau tak beli sebab bukan selalu nak balik kampong.

Kebetulan hari sabtu ada kenduri kawin di kampong, maka dapatlah merasa makan nasi kenduri.puas tekak.lauk pauk yang dihidangkan memang berbeza dengan di Bandar.Dengan gulai nenas ikan talang(ikan masin) serta sup daging yang dihidangkan bersama air asam kerisik membuatkan aku berulang2 menambah nasi dalam pinggan.

Petang ahad bergerak pulang ke KL.Untuk mengelakkan jam yang teruk di highway serta menjimatkan wang toll, aku ikut jalan biasa.Keluar ke Changkat Jering seterusnya menuju ke Lumut.Singgah sebentar di Lumut untuk membeli hasil laut .Rugi juga sudah lalu tapi tak singgah.Kemudian meneruskan perjalanan melalui Sabak Bernam untuk menuju ke Kuala Selangor.Keadaan hujan yang renyai2 menyebabkan kenderaan bergerak umpama semut namun itu adalah lebih baik dari tersangkut dgn kesesakan lalu lintas di highway.Menjelang pukul 12 malam aku sudah berada depan rumah.Tunggu lah 2 bulan lagi aku kembali ke kampong.Merasa mengait buah rambutan belakang rumah.ahhh..tak sabarnyaaaaaaaa..

No comments: