Friday, June 8, 2007
Malang Tidak Berbau
Astaghfirullahalazimmm...istighfar panjang aku bila melihat gambar2 accident yang berlaku di plaza tol Hutan Kampung, Alor Setar baru2 ini. Ngeri..Seram..sedih..bercampur baur perasaan dalam hati.Malang tidak berbau.Istilah terbaik untuk menggambarkan kejadian.Ajal maut semua Allah yang tentukan.kita tidak tahu cara mana kita akan menemui yang Maha Pencipta.Sebaiknye kita berdoa semoga kita menemuiNYA dengan cara yang mudah.Tiada siapapon mahu meninggal dengan keadaan yang sungguh sadis, yang sunnguh mengerikan.tanyalah sesiapapon hatta orang kurang siuman sekalipon.semuanya mahu mati dengan cara yang paling teratur.
Kecuaian orang lain, kita yang menerima padahnya.Sungguh tidak adil bukan.Oleh itu sebelum memulakan perjalanan eloklak kita baca doa menaiki kenderaan yang cuma sebaris ayat sahaja dan juga jangan lupa mengucap dua kalimah syahadah kerana kita tidak tahu bila tibanya hari kita.Semoga Allah panjang umur kita.aminnn.
Cadangan aku, eloklah kita guna smart tag ataupon touch n go untuk urusan pembayaran tol bagi mengelakkan kemalangan yang selalunye berlaku di laluan tunai.Ajal maut di tangan Allah, itu kita kena terima lah.Cuma tidak salah untuk berusaha mengelak sekiranya ada caranya.
Berikut adalah sebahagian petikan berita terkini mengenai kemalangan tersebut.Semoga roh mereka dicucuri rahmat.AlFatihah.
Bayi korban kesembilan nahas ngeri dekat plaza tol
Oleh Azmi Md Deros
ALOR STAR: Bayi lelaki berusia enam bulan yang koma selepas terbabit dalam kemalangan ngeri mengorbankan lapan nyawa berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung, dekat sini, Selasa lalu, meninggal dunia tengah hari semalam.
Kematian Mohd Arif Irfan Ahmad Taqiyuddin, kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, menjadikannya korban kesembilan nahas yang membabitkan lima kenderaan di Kilometer 41.3, Lebuh Raya Utara-Selatan itu.
Mangsa yang cedera parah di kepala, tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Alor Star (HAS), di sini.
Nenek mangsa, Zawiyah Hassan, 49, ketika ditemui berkata, arwah meninggal dunia disebabkan kecederaan parah di kepala.
"Saya sedih melihat keadaannya dengan kepala membengkak kerana terdapat darah beku sehingga sukar dikenali. Biarlah dia pergi, kami reda kerana jika hidup sekalipun, pasti dia akan terseksa,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat HAS.
Zawiyah berkata, menantunya yang juga ibu bayi itu, Umi Syakila Mohd Sobri, 23, yang turut parah dalam nahas itu sudah dimaklumkan mengenai kematian bayinya itu.
Jenazah Mohd Arif dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lubuk Batu, Jitra, di sebelah pusara neneknya, Wan Rohani Wan Ibrahim, 54, yang terbunuh dalam kemalangan itu.
Sementara itu, bapa Mohd Arif Irfan, Ahmad Taqiyuddin Hamzah, 25, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan pemergian anak tunggalnya itu.
Dalam kemalangan kira-kira jam 4 petang Selasa lalu, kereta Perodua Kancil yang mereka naiki remuk selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah lori kontena ketika berbaris membayar tol.
Tujuh lagi mangsa menaiki kereta Proton Iswara yang maut dalam nahas itu ialah Ilias Salleh, 54, serta tiga anaknya, Suraya, 32; Zawiyah, 27; dan Mohamad Azlan, 21, serta tiga cucunya, iaitu Mohd Afif Alias, 6, adiknya Nurul Izati, 4, dan Uzma Daniel Shahril, setahun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment