Hujan emas di negeri orang hujan batu dinegeri sendiri,lebih baik negeri sendiri..ya..!halwa telinga kita biasa mendengar peribahasa ni.kita akan lebih memahami bila diri sendiri merasai pengalaman berada di negeri orang.maka kita akan tahu bahawa Negara kita berkali ganda bagusnya jika dibandingkan dgn negeri orang.
Pengalaman selama 3 hari menjejaki bumi manila mengundang rasa keinsafan yang sangat mendalam dalam hati ni.betapa kehidupan kita di bumi Malaysia ni sangat bertuah berpuluh kali ganda.Alhamdulillah.
Hari pertama di sana sudah cukup menggambarkan betapa taraf hidup masyarakat di sana jauh terkebelakang daripada kita.rata2 golongan miskin memang homeless..sepanjang jalan ke Quiapo melihat budak2 bogel bermain tepi jalan, menyelongkar tempat pembuangan sampah mencari makanan, membuatkan hati cukup terusik dan simpati dengan nasib yg menimpa kanak2 yg belum kenal erti kehidupan.
Quipao adalah sebuah tempat yg menjual barangan kraftangan terletak di kawasan metro manila.melangkah keluar dari keta, bau yg kurang menyenangkan menusuk ke hidung.kalau yang tidak tahan dgn bau2an itu, cara terbaik ialah menekup hidung dgn tangan atau lekapkan sapu tangan atau tissue.Sungguh murah barang kraftangan di sana.Lazimnya Quiapao dilawati oleh masyarakat setempat.melihat keadaan sekeliling, memang tak nampak muka2 asing yg lalu di situ atau jarang kalau ada pon.Tourist lebih berminat untuk ke Greenhill yang terkenal dgn jualan mutiara , swarovski dan suasananya pon lebih ‘bersih’ kalau dibandingkan dengan Quipao.
Tapi kepada yang suka kepada harga murah tanpa menghiraukan bau bauan yg menusuk hidung, Quipao adalah tempat terbaik untuk berbelanja membeli barang souvenir utk keluarga, sanak saudara atau kawan2.
Melihat kepada kehidupan masyarakat di sana membuatkan aku tersenyum sendiri.penuh dengan sifat toleransi yang sungguh tinggi.berada di jalan raya manila samalah seperti berada di jalan raya kota metropolitan Jakarta.Dengan kesesakan yang sungguh meletihkan kenderaan bersimpang siur serta selit meyelit tanpa memberi signal, itu adalah perkara biasa.pada mereka.masyarakat di sana.kalau kita?hah…sudah lama penumbuk dikepal kepalkan..sudah lama jari tengah diangkat..sudah lama horn dibunyikan bertalu2 kerana rasa geram ,rasa baran, rasa tak puas hati.Ini memang imej masyarakat Malaysia bila berada di atas jalan.tapi di Manila.mereka tidak begitu.horn dibunyikan bukan utk menunjukkan rasa marah, tapi utk kita ‘alert’.kadar kemalangan jalan raya di sana sungguh rendah.sekiranya tergesel sedikit sahaja , itu sudah menjadi ‘accident’ yang begitu besar kepada mereka,kenapa?kerana jarang berlakunya accident di sana.so kalau ada, akan menjadi kecoh umpama ayam bertelur riuh sekampung lagaknye.sungguh berbeza dgn kita.accident tu mcm pemandangan biasa.kalau tak accident terutama di musim2 perayaan mcm sesuatu yang pelik dan sungguh luar biasa.
Banyak juga yang luar biasa di sini yang tidak ada di Negara kita.Papan tanda jalan.ya!sungguh pelik bila datang ke satu Negara di mana tiada terdapatnye papan tanda arah jalan/tempat.bagaimana ya kalau kita tersesat.Kalau menaiki teksi umpamanya.Tiada tanda yang menunjukkan arah jalan,nama tempat, sudah tentu kita bulat2 akan ditipu sesuka hati oleh taxi driver!.ikut suka dia nak memandu arah mana.sudah tentu jarak jauh yang akan dipilih oleh driver teksi untuk mendapat habuan tambang yang lebih.susah kan.hendak protes pon susah.itu Negara mereka.kita Cuma pelancong yang hanya datang mungkin sekali seumur hidup.jadi kena lah terima saja.kalau kena tipu, nak buat mcm mana.tak apa la..itukan pengalaman.nanti boleh cerita pada anak cucu(kalau ada) pengalaman kena tipu ni.adalah lebih baik sekiranya kita pegi ke sana bila ada saudara/kawan yang menetap di sana.ini akan lebih memudahkan kita untuk berurusan dgn masyarakat di sana terutama di dlm soal jual beli yang merangkumi soal tawar menawar harga barangan.
Bersambung…
Tuesday, June 5, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment