Selalunya, bila kita berlaku jujur, ramai yang tidak boleh menerima. Malah tidak menyukainya.Malah lagi, akan mengutuk2 sifat jujur kita. Bila sudah kes mengutuk, tu maknanya dia tak nampak sifat jujur kita. Orang yang terus mengutuk ini, pendek fikirannya, pendek akalnya. Tanpa meyelidik dengan mendalam, berderet2 kutukan akan keluar dari mulutnya umpama bertih jagung yang sedang diproses. Macam la dia tu bagusss sgt kann....perasan bagusss ada la...hahahaha..!
kebanyakan orang lebih menerima sikap tidak jujur dari jujur. Sebab, jujur tu kadang2 satu benda yang sungguh pahit utk ditelan, untuk diterima. Sebab itu manusia lebih suka menyembunyikan kejujuran itu kerana ianya pahit kalau diketahui, kerana ianya biasa menimbulkan fenomena yang tidak sanggup utk dihadapi seperti cemuhan masyarakat.
Sepatutnye, kejujuran yang dipersembahkan itu perlu dihormati. Bukan dilaknati. Segelintir masyarakat, bukan mudah nak menerima kejujuran kerana ianya dipandang kotor, jijik. Contoh la, kalau seorang perempuan itu berkahwin dengan suami orang, mesti akan kawin senyap2, tempatnye sudah tentu di selatan Thai. kenapa tidak berlaku jujur memberitahu perkara sebenar?? Kenapa??? Ya..sebab takut kena sembelih dengan bini pertama. Sebab takut kena serang hendap dengan bini pertama. Sebab takut kena bom apa semua.
TAKUT. ye..sebab takut. sebab takut lah maka kejujuran itu disembunyikan. takut apa yerk?mmm...byk takutnye..antaranya takut orang kata kita ni manusia kejam lah,jahat la , tak mengenang budi la..atau pon takut sebab nanti hilang kawan..nanti kawan kata mcm2 kat kita, kira busuk nama la..mcm2 lagi jenis takut ni..cukup la sekadar menyebut beberapa jenis takut ni. di sini bolehlah kita concludekan orang tak jujur ni sebenarnye PENAKUT, PENGECUT...
Jujur pula adalah satu sifat yang baik. tapi ada sesetengah sifat jujur yang tidak dipandang baik oleh masyarakat. Contohnye bila seorang isteri/suami mengatakan dia tak boleh lagi nak melayari hidup dengan suami/isterinya. Dia nak hidup dengan orang lain. Dalam hal ini, kejujuran itu sudah tidak nampak wpon itu perbuatan jujur dengan memberitahu pasangan yang dia tak mampu nak hidup bersama. Tapi orang akan pandang itu sebagai satu kesalahan. bukan kecil, tapi besarrrr. ini adalah salah satu kejujuran yang tidak boleh diterima oleh kebanyakan orang walaupon itu perbuatan yang wajar. Orang sekeliling malah mengorek ngorek hingga ke akar umbi apa salah sijujur tadi. Hanya kerana memberitahu niatnya maka dia dipandang serong oleh masyarakat.
Mungkin orang lebih suka nak dengar berita macam ,si polan kena tangkap basah dengan pasangannya. si polan ditangkap oleh bini sendiri sewaktu sedang bermesraan dengan orang lain di dlam bilik air contohnya. Ini agaknye yang masyarakat kita nak kott..sebab, bila si polan secara jujur memberitahu dia nak bercerai utk menikah dengan orang lain, semua orang naik minyak salahkan dia, salahkan orang satu lagi. Walhal dia jujur tu. dia bersikap terus terang. Tapi ramai yang tak boleh menerima sifat terus terang ni. Habislah sebakul, atau sepadang bola orang tu kena maki free saja. Tapi pahala orang tu banyak la kan..hehehe..
Tu la sikap segelintir masyarakat kita. Tau nak salahkan orang saja. Alih2 di belakang dia pon sama juga, main kayu patbelas dengan orang lain.kekekekeke..lawakk..lawakk..tak rasa ke mcm jilat ludah sendiri ke atau ludah ke langit terkena ke muka sendiri??hihihihih....
Kesimpulan yang boleh disimpulkan ialah, jujurlah dengan diri sendiri. bila kita jujur dengan diri kita, maka kita akan jujur dengan orang lain. Dan perlu diingatkan, tak perlu lah kita nak menyangkal kejujuran seseorang sekiranya kita sendiri tiada kejujuran.
Oleh itu, hayatilah bait bait lagu JUJUR yang dinyanyikan oleh Radja. Dalam maksudnya tu..
Jujur
Duhai kekasih pujaan hatiku
Apakah kau memberiku satu arti
Sedikit rasa yang bisa kumengerti
Bukan sumpah atau janji
Buktikanlah bila ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
O... Ho... O... Ho...
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
Selamanya
Wednesday, January 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment