Ye..hari ni aku nak mengupas pasal sikap kita bila berada di atas jalan. Tak kira la jalan highway ke jalan persekutuan ke jalan taman ke jalan kampung ke jalan ban pon termasuk la sekali.
Aku admit la, dulu masa aku zaman moda2 dulu..aku drive keta mcm jalan tu nenek moyang belah cousin atuk tiri aku yang punye jalannn...cehh..tak ngaku tu aku punye jalannn...aku takde la memandu membabi buta. takde la aku nak langgar babi melintas ke apa..cuma kadar kelajuan aku tu. Tapi ini hanya di highway saja lah. Jalan2 biasa aku memang pemandu yang sungguh berhemah.
Kekerapan aku memandu melebihi had kelajuan menyebabkan aku selalu menerima surat cheentaaa dari PDRM mengatakan aku melanggo peraturan jalan raya sekian2 masa sekian2 tempat. Dan aku menerima surat chentaaa itu dengan deraian air mata pelesuuu...cess...nangis tak mainn la...berani buat berani bayarr la kan..uwaaaaaa...rugiii betull la bayo samannn ni kan...abeh duittt ...haaa...padan muko kan. sapo suh bawak laju laieee...hamekkkk ko..!!
Aku pon tatau la nak kata mcm mana . Bila tangan dah pegang stereng tu mcm tak best je kalau bawak slow. Mcm orang tua bawak la..slow n steady. tapi di KL ni semua benda mau laju.faster...faster..kita bawak slow, habis la berderetan keta lain ada honnn honnn pinnn pinnn ponnnn ponnn kita...masalah jugak tu. geram wooo orang dok hon hon ni..hangin satu badan weyy..tu menghina namanya..perghh..ayat tak hengattt...so kdg2 tu kita jadi brutal ni bukan atas kerelaan diri sendiri. ni atas desakan orang2 lain tu la yang duk horn2 kita awat bawak pelan sangattttttt..(tu diaa..orang lain pulak yang kena..tapi betul la kan)
kadang2 tu bukan kita nak kata apa lah kan. Bawak slow pon masalah jugak kalau pemandu tu tanpa sedar diri masuk lorong kanan sekali. Tapi dia drive seolah dia tengah berada di dlm panorama Salem High Country gitu. Menikmati pemandangan kiri kanan, menghidup sruppp srupppp udara bersih di keliling. Masalahnya encik, encik sudah salah lane. lane nak hirup2 udara ka apa ka,nuuu..di belah kiri sekalii..tu tempat dia..bukan lorong kanan sekali. Lorong kanan sekali ni tempat orang yang ala2 tercirit birit dlm keta. bawak keta mcm tayar pon tak jejak jalan.
Aku penah jugak la berada di belakang orang yang bawak slow tak hengat dunia ni tapi duk kat lane kanan. Tapi dia relaxxx jee...Walaupon orang horn2 ke..dia steady je. mungkin dia sound trouble agaknye.So maafkan aje la orang mcm ni. Jalan terbaik, kena la potong ikut lane tengah atau kiri sekali. Ada jugak yang terslow lepas tu kena horn, terkedek2 dia nak bagi signal masuk kiri.kesian pulak tgk dia terkedek2 tu tapi sendiri mau ingat la kan.
Akan tetapi, bila dlm keta tu ada orang2 tua seperti mak kita, ayah kita, tau pulak kita nak bawak biasa2 saja. sebab kita pon taknak bawak laju2 bila ada orang tua dlm keta kita kan.ni aku la. Memang aku sungguh bersopan bila bawak mak aku. Walaupon hidung mendengus2 mcm hidung naga nak kuar asap sebab nak kena maintain slow kan..tapi sebab kita pikir keselamatan orang tua kita, maka automatically, peraturan jalan raya itu dipatuhi dengan penuh rela hati.
Mmm..itu cerita dulu. Cerita masa umur belum mencecah 30s. Now, bila usia pon dah menginjak ke alam dewasa(belum masuk tua lagi laa..), gaya pemanduan pon berubah. Aku perasan sgt la pasal tu. La ni kalau aku drive jarang la lebih 110 kalau kat highway pon. Unless kalau aku nak potong la, boleh la mencecah 120 tapi bila masuk lane tengah, jarum meter pon turun balik ke 110km atau pon kurang.
Kalau dulu, aku tak sabar2 nak sampai kg cepat2(dulu 4 jam aku dah sampai kg ), kali ni, aku lebih tenang, relaxx..tak perlu terkocoh2. Apa yang nak dikejar sangat?bukan kampung aku berubah tempat.Bukan mak aku lari sembunyi kat mana2 pon kalau aku sampai lambat. Takkan lari gunung dikejar. Bawak laju pon bukan ada motif apa2 pon.
Malah hari ni, aku menggunakan jalan alternatif utk balik ke kampung. kalau dulu guna highway direct dari Kl, kini aku ikut kuala selangor, sabak bernam, jumpa Lumut, then terus keluar ikut tol Changkat Jering. Di samping aku save duit toll dan petrol (sebab tak perlu nak tekan minyak sgt), aku juga boleh menikmati pemandangan menarik sepanjang perjalanan.
Mungkin mengambil masa agak panjang dari biasa, tapi aku puas. Walaupon ada masanya nak kena ikut bontot lori tanah ke lori balak, tapi kesabaran yang tinggi membuatkan kita takde masalah utk menangani hal itu.
Sikap SABAR memang penting bila kita memandu. Banyak kemalangan yang terjadi adalah disebabkan tiada sifat kesabaran, tiada sikap toleransi sesama kita. Kerana sikap kita, orang lain mungkin menderita. kerana sikap kita, orang lain mungkin hilang tempat bergantung.
Kalau hilang nyawa terus, itu kita tak boleh buat apa dah ajal,tapi ini ke kita nak kesudahan hidup kita? Tentu tidak bukan. Bagaimana kalau hilang sebelah kaki, hilang sebelah buah pinggang, hilang sebelah badan, bukankah itu menyulitkan orang yang hidup utk menguruskan kita yang dah jadi insan yang tak sempurna??
Apa2 yang kita buat pon , kena fikir orang sekeliling kita. Kerana kemungkinan sikap kita akan menjejaskan hidup mereka.
Kita ada peraturan yang perlu dipatuhi. Jangan ingat keselamatan kita saja. Ingat keselamatan orang lain sama. Oleh itu, sebelum memulakan perjalanan sama ada jauh ataupon dekat, baca doa naik kenderaaan,baca dua kalimah syahadah. Semoga kita dilindungi OlehNYA dari sebarang malapetaka.
Thursday, January 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment