Malam tadi kami ke steven, atas jemputan kawan.
Dah lama kami tak ke sana.
Sampai sana, aku order nasi goreng sotong. Rindu weh. Dah lama tak pekena. Potel hanya order roti canai saja memandangkan sebelum datang dia dah melantak dulu kat rumah.
Tujuan kami ke sana juga sebab nak main pool. Tangan dah gian nak menjolok buah di atas meja yang banyak lubang tu. Lepas makan, terus la kami menyerbu tempat yang dulunye sentiasa menjadi tempat persinggahan suatu waktu dulu.
Apa yang boleh ku kata. Tempat yang dulunye riuh rendah dengan pelbagai karenah manusia, sunyi sepi kini. Yang ada, kawan aku yang duk main sorang2 , kami dan juga sang cashier. Tapi telinga tetap rasa mcm nak pecah dek lagu2 yang dipasang oleh sang cashier. yang tu tak berubah lah. sama je mcm dulu.
Malam tu main 2 frame sajalah since kawan aku tu dah lama sampai. Kalau ikutkan napsu ni, mau lima nam frame kami bantai. Lepas main, kami lepak kat kedai depan pool.
Borak2. gelak2. Maklum dah lama tak jumpa. Bila dah jumpa, nak cakap pon tak nyempat2.Sorang habis sorang sambung. Seolah2 mcm esok tak keroje je.
Potel...ooo Potel...ko nak p main lagi tak?? Jangn ditanya dak Potel. belum habis tanya, dia dah angguk2 dahhh...
Monday, January 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment