Thursday, June 5, 2008

Apabila minyak naik harga

Yea..dah naik dahh...kata Ogos konon..kenapalah cakap tak pernah serupa bikin. Agaknya inilah 'hukuman' dari Allah..apabila lidah sudah biasa menyebut benda2 yang berunsur pembohongan, apa saja yang dituturkan semua bohong2 belaka. Astaghfirullahal'azim.Takutlah pada Allah SWT.Istighfarlah byk2 semoga lidah yang biasa berbohong itu akan bertukar menjadi lembut utk berkata yang benar.

selaras dengan kenaikan harga minyak, tunggu sajalah kenaikan barang2..kenaikan toll, yang pasti tarif elektrik sudah naik, eloklah belajar utk menggunakan lilin atau pelita ayam di rumah bg mengurangkan kos electricity.Juga tak lupa kenaikan kadar jenayah yang bakal meningkat mencanak2.Bukan mendoakan, tapi realitinya begitu. Rata2 rakyat berpendapatan sederhana. Kenaikan minyak hanya menambahkan beban yang dah sedia terpikul di bahu rakyat jelata masing2.

Kerajaan melalui PM yang ntah apa2 ni tak perlu nak menyedapkan rakyat dengan pemberian rebate la , pengurangan road tax la..tak perlu wahai kerajaan. Rakyat dah penat la. Penat dengan janji2 kerajaan yang tak pernah nak menolong rakyat. Malah memerah tenaga rakyat dengan keringat dan pendapatan yang tak seberapa ini untuk membayr cukai kepada kerajaaan. Hasil cukai tu ke mana? Untuk pembangunan kononnya utk keselesaan rakyat? Ptuiiii! Ptuiiii!!Ptuiii!!

Kerajaan bertalu2 cuba meyakinkan rakyat yang harga barang akan dipantau walaupon minyak naik. Ptuiiii!!Ptuiii !!Ptuiii lagi!! ni tak belajar ekonomi ke apa ni??teori ekonomi pon dah cakap, apa jua harga barang yang naik akan memungkinkan kenaikan harga barang2 lain. Imagine...minyak naik, tapi pekedai dengan baik budi baik hati tidak naikkan harga barang runcit. Abis duit minyak lori nak angkut barang depa apa semua tu maintain rega lama ke? oooo..takkk..depa angkut barang pakai keta kuda, keta lembu..patutle kerajaaan kata depa boleh pantau kenaikan harga barang..ooo...

Wahai Shahrir Samad, tak guna la jadi Menteri kalau simpan 'kuku' saja..dulu di luar kabinet bukan main lagi mengaum. Dah masuk jadi ahli kabinet, mcm2 la kau auta.Malas aku nak kata apa lagi dah. Aku berdoa agar pemimpin yang zalim pd rakyatnya akan mendapat balasan yang setimpal atas perbuatan mereka. Amin ya rabbal alamin

No comments: