Terperangkap dalam lautan kesesakan jalan raya di KL selama hampir 2 jam di kala bahang kenaikan minyak masih panas di hati bukanlah satu kemahuan diri atau tindakan yang bijak.
Namun, undangan dari seorang rakan karib utk menikmati hidangan malam di Menara KL adalah suatu yang sukar untuk ditolak. Bukan kerana tempatnya atau makanannya. Tetapi kerana kerinduan pada rakan2 yang sudah 6 bulan tidak bertemu.
Atas budi baik ex-boss utk mengadakan farewell party untuk H walaupon dia sudah 2 bulan lebih meninggalkan office, maka dia menjemput aku serta sahabat kamcing sewaktu di office lama menjadi tetamu istimewanya.
Pertemuan kami umpama gagak bertemu gagak. Riuhnya tak usah cakap la. Restoran Sri Angkasa yang sgt sesuai utk pasangan bercandle light dinner atau pasangan yang meraikan ulang tahun ditenggelami oleh suara gelak tawa kami yang melebihi bunyian piano di situ. Macam kedai mamak riuhnya. Bila dah lama tak jumpa, bermacam2 topik nak diutarakan.
Makanan di sini tidak perlu diulas atau diberi komen yang lebih kerana memang diakui kelazatan dan kesedapannya(kombinasi masakan melayu, western,chinese,indian,japanese & europe)sesuai dengan harga buffetnye yang mencecah RM150 seorang.
Pemandangan malam di sekitar Jln Raja Chulan
Kambing panggang
Antara hidangan yang disediakan
Deretan dessert yang sungguh menyelerakan
Berjumpa, berborak dan bergelak ketawa dalam masa yang terhad sesungguhnya tidak mendatangkan kepuasan maximum dalam diri. Pelbagai topik yang dikorek dari gossip2 office sehingga lah ke gossip politik serta isu semasa serta rapuan2 yang menggeletek urat perut membuatkan kami tidak sedar masa berlalu begitu pantas.
Setelah hampir 3 jam lebih, kami meninggalkan KL Tower dengan janji utk melepak bersama lagi. Tapi sudah semestinya bukan di KL Tower. Cukup! Cukup lah aku mengharungi jem dari Shah Alam hingga ke Raja Chulan hampir 2 jam!! Sesak mata tengok betapa minyak yang baru di isi semalamnya berkurangan dengan mendadak sekali ekoran kesesakan jalan raya tahap melampau ni.
Saturday, June 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment